Tengku Hassanal meletakkan grilled salmon di atas pinggan anak daranya. Demand betul si Tengku Aazeen ni, pagi-pagi sudah meminta sarapan begitu.
“Thank you daddy. I love you.” Satu flying kiss dihadiahkan untuk Tengku Hassanal.
“Baby, perlu ke kita belikan hadiah untuk aunty Helen? Semalam birthday dia.” Tanya Tengku Hassanal
“Yes daddy, we should.” Jawab Tengku Aazeen dengan mulut penuh makanan.
“Cakap melayu, you anak Malaysia. Kita dekat Malaysia, bukan dekat China dah.” Tegur Tengku Hassanal
“Tabiat.” Petah sungguh mulutnya menjawab.
“Daddy patut beli bunga dekat aunty ataupun coklat.” Tambah Tengku Aazeen.
“Zeen nak tahu tak? Aunty Helen tu tak suka benda-benda macam tu.”
“Belum cuba belum tahu daddy.”
“Pandainya anak daddy ni. Siapa ajar?” Pipi tembam anaknya dicubit geram.
“Zeen memang pandai lah daddy. Daddy saja tidak tahu.” Balas Tengku Aazeen dengan gaya diva. Tengku Hassanal ketawa kuat. Anak memang pengubat lara hati.**
“Hei, siapa ajar potong bawang macam tu?” Jerit Rose kepada Raja Helen. Dia menampar kuat bahu gadis itu. Boleh pula Raja Helen mencincang bawang itu.
“Awww! Sakit lah tok ma. Mana Helen tahu nak potong macam mana.” Kepala bahu diusap. Sakit.Kuat betul tok ma hari ini. Macam tidak sakit pula. Ke hulu ke hilir. Pagi-pagi sudah ke pasaraya untuk membeli barang dengan cucu-cucu lelaki.
“Tengok cara tok ma potong ni. Termenung pula.” Suara Rose mengheret Raja Helen ke realiti semula. Baik dia tengok sebelum kena tampar lagi.
“Okay tok ma, faham dah. Sini Helen potongkan.” Raja Helen mengambil pisau ditangan neneknya lalu sambung memotong seperti yang diajar.Setelah berjam-jam mereka memasak, akhirnya makanan sudah siap. Hazel dan Raja Helen menghidangkan makanan diatas meja. Yang lelaki pula menolong apa yang patut. Yang sudah berumur hanya duduk dimeja dan menunggu makanan.
“Tercapai juga hajat tok ma. Terima kasih ya semua.” Kata Rose apabila semua sudah duduk dimeja makan.
“Biasa la tu tok ma. Nanti kita buat lagi ya.” Balas Ethan. Dia mengambil seketul ayam masak merah lalu meletakkannya ke dalam pinggan milik Rose.
“Baca doa Laith.” Arah Luciano kepada anak bujangnya.
Doa dibaca dengan penuh tertib. Selesai mengaminkan doa, mereka mula menjamah makanan.**
Mereka semua berkumpul dihalaman rumah. Bersantai-santai diwaktu petang.
“Mana tok ma? Tak siap solat lagi ke?” Soal Mattheo.
“Entah, sekejap Helen tengokkan.” Raja Helen menuju ke dalam banglo semula.Bilik Rose dan Emilio dituju. Dia mengetuk pintu namun tiada yang menyahut. Raja Helen mengambil keputusan untuk membuka pintu. Nasib baik tidak berkunci.
Dia nampak Rose sedang bersujud apabila pintu terbuka. Raja Helen tersenyum sendiri. Dia duduk dibirai katil dengan niat mahu menunggu wanita tua itu siap solat.
Namun, dia rasa pelik menghurung dirinya kerana Rose seperti tidak bergerak. Dia mendekati Rose.
“Tok ma.” Panggil Raja Helen. Sebaik saja dia menyentuh tubuh Rose, wanita itu jatuh ke lantai.
“Tok ma!” Jerit Raja Helen sambil memangku kepala Rose.
“Tok ma! Kenapa ni? Tok ma dengar kan? Buka mata Tok ma.” Raja Helen bersuara panik. Dia mencapai pergelangan tangan Rose. Namun tiada denyutan nadi.
“Abang! Daddy! Tolong. Tok ma abang Tok ma!” Jerit Raja Helen sekuat hati. Dia mula menangis.
“Tok ma jangan tinggalkan Helen tok ma.” Ujar Raja Helen dengan air mata.Mattheo, Raja Hud dan yang lain berpaling ke atas apabila mendengar jeritan Raja Helen. Tanpa menunggu lama, mereka semua berlari naik ke atas.
“Adik kenapa ni?” Tanya Raja Hud. Dia mendekati adiknya dan Rose.
“Tok ma dah tak ada abang. Tok ma dah meninggal. Daddy, Tok ma daddy.” Raja Helen berkata dengan tangisan kuat.
“Jangan menangis princess. Kesian tok ma nanti.” Mattheo menghapus air mata yang lebat turun dipipi Raja Helen.