BAB 11

37 3 1
                                    

Ethan mendekati beberapa pengawal yang sedang mengawal pintu pagar utama villa milik Raja Helen. Senjata yang dipegang para pengawal itu mampu menggugat keberaniannya.

Raja Hud, Tengku Hassanal dan yang lain sedang menunggu di bahagian belakang, dalam semak samun.
  
  “Maaf, tapi Encik tak boleh masuk.” Tahan salah seorang pengawal apabila melihat Ethan menonong saja mahu masuk.
  
  “Eh apahal pula? Ni villa sepupu aku tau. Suka hati aku lah nak masuk ke apa.” Kata Ethan demgan suara berlagak.
  
  “Ya kami tahu, tapi ini arahan Datuk. Tiada sesiapa boleh masuk tanpa kebenaran dia, termasuk lah sepupu.” Pengawal itu menekan perkataan sepupu itu.
  
  “Kalau aku nak masuk, aku tak perlu kebenaran sesiapa. Kau pun tak ada hak nak halang aku.”
  
  “Tolong berikan kerjasama ya Encik selagi kami masih berlembut. Kami hanya ikut arahan Datuk.” Pengawal itu berkata tegas.

Ethan mengetap gigi. Keras kepala betul. Dia memandang sekeliling sebelum bertindak untuk merempuh masuk.

Namun, pengawal-pengawal itu lebih cekap menangkapnya. Ethan meronta-ronta.
  
  “Lepas! Kau siapa nak pegang aku hah? Dasar kepala botak!” Jerit Ethan kuat.

Arif dan Giovanni yang berada diruang tamu berpaling ke pintu. Apahal malam-malam buta bising ni?
  
  “Kau jaga sini Arif. Aku nak tengok apa benda yang jadi dekat luar.” Kata Giovanni lalu keluar dari situ.
  
  “Kenapa ni?” Soal Gio setelah sampai dipintu hadapan. Mengah juga dia berlari.
  
  “Ada orang datang kata dia sepupu Datuk. Dia nak masuk.” Jawab seorang pengawal.

Giovanni mengerutkan dahinya. Sepupu? Nak apa datang malam-malam? Dia mendekati manusia yang meronta dalam pegangan para pengawal.
  
  “Tuan Ethan?”

Ethan berpaling apabila mendengar namanya disebut. “Gio, kau cakap dekat orang bawahan kau ni lepaskan aku.” 
  
  “Lepaskan Tuan. Sambung kerja masing-masing.” Kata Giovanni.
Yang lain menunduk dan mula mengambil tempat masing-masing.
  
  “Aku nak masuk, aku nak jumpa Helen.”
  
  “Maaf Tuan, tapi Tuan memang tak boleh masuk. Kami hanya ikut arahan dari Datuk, jika Tuan ada hal mustahak, tuan boleh cakap dengan saya. Saya akan beritahu Datuk.”
 
  “Hmm, tak apa lah. Aku pergi dulu.” Ethan meninggalkan Giovanni. Lelaki itu bersiul menuju ke kereta.
Giovanni menggeleng perlahan, macam-macam hal.

**

Raja Hud, Eidlan dan Laith memerhati Tengku Hassanal yang memanjat balkoni bilik Raja Helen dari celah semak. Berkat kekecohan yang dilakukan Ethan, semua pengawal bergerak ke pagar utama.
Itu memudahkan kerja lelaki itu untuk menyusup masuk. Sebentar saja, Tengku Hassanal sudah selamat mendarat dibalkoni.

Jika dilihat dari keadaan bilik yang masih terang-benderang itu menandakan gadis itu masih belum tidur.
  
  “Apahal aku terjebak sama dengan kerja ni eh?” Soal Eidlan dengan nada berbisik.
  
  “Sebab kau pun ahli keluarga ni. Bodoh punya soalan.” Laith menampar perlahan kepala Eidlan.
  
  “Apahal dia masuk macam nak menculik saja? Bangang.” Tanya Laith yang melihat Tengku Hassanal menekup mulut sepupunya yang hendak menjerit.
  
  “Banyak soal lah kau. Nanti kau tanya lah dia sendiri.” Jawab Eidlan. Dia sudah tergaru-garu lengan yang gatal. Berpesta nyamuk malam ni.
Ethan menyertai sepupunya yang sedang meniarap di dalam semak.
  
  “Gila betul. Idea siapa yang suruh pengawal-pengawal tu jaga villa ni Hud? Sekali kena senjata yang diaorang pegang tu, mahu bersepai kepala.”
  
  “Tu ahli kumpulan daddy la. Kau pun tahu kan masih ada yang setia dengan daddy walaupun kumpulan tu dah bubar.” Jawab Raja Hud.

Laith meletakkan jari dibibir apabila melihat beberapa orang yang memakai baju hitam mula bergerak kembali ke kedudukan masing-masing.

Raja Helen yang sibuk melakar berpaling ke arah sliding door apabila mendengar bunyi  disitu.

LoveTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang