BAB 23

27 2 1
                                    

SEBULAN KEMUDIAN.

Raja Helen memegang satu pregnancy test. Kebelakangan ini dia sering rasa tidak selesa dan selalu muntah setiap pagi. Tengku Hassanal pula berada diluar negeri atas urusan kerja.

Hampir lima minit dia menunggu, akhirnya dia memberanikan diri untuk melihat keputusan ujian itu. Dia menarik nafas dalam sebelum membalikkan test itu. Positif.

  "YEAY!!! Kita akan dapat baby, May!" Jerit Raja Helen yang 'sebenar'.

May masih memproses apa yang dilihat. Dia mengandung? Perlahan-lahan bibirnya membentuk senyum.

  "Aku rasa, kita memang patut lupakan dendam kita." May bersuara.

  "Betul ke? Kau tak bergurau kan?" Raja Helen tersenyum lebar.

  "Ya aku tak bergurau."

Raja Helen memeluk May. "Sayang kau. Jaga baby kita baik-baik ya May." Pesan Raja Helen sebelum hilang.

May berdiri dihadapan cermin. Tangannya mengusap perut yang masih rata. Dia sedang membawa satu nyawa. Tak sabar hendak menunggu Tengku Hassanal pulang.

Tengku Hassanal membuka mata. Matanya memandang sekeliling. Ini bukan bilik hotelnya. Pergerakan disebelah membuatkan dia berpaling, terhenti degup jantungnya apabila melihat Dinara sedang nyenyak tidur disebelahnya. Pakaian mereka berterabur di atas lantai.

Pantas dia bangkit dan mencapai pakaiannya. Setelah selesai berpakaian, dia menuju ke pintu untuk keluar. Sebaik pintu terbuka, ada beberapa orang lelaki lengkap berpakaian jubah dan berkopiah sedang berdiri dihadapan pintu.

  "Kami dari pejabat agama, kami terima laporan tentang pasangan kekasih bersekedudukan dalam bilik ini." Seorang lelaki menunjukkan kad identitinya.

Tengku Hassanal merasakan dunianya berpusing. Darah dalam tubuhnya terasa kering. Dalam fikirannya sekarang hanya dipenuhi tentang isterinya.

Mereka sekeluarga berkumpul diruang tamu di rumah Datin Anis. Mattheo dan Raja Hud turut berada disitu. Raja Helen hanya menunjukkan wajah yang tidak berperasaan.

Tengku Hassanal bangun dan mendekati isterinya. Dia melutut dihadapan Raja Helen, tangan wanita itu dicapai.

  "Love... Hubby minta maaf. Sumpah hubby tak buat semua tu love. Tolonglah percayakan hubby." Dahinya diletakkan pada tangan Raja Helen.

  "Tak buat apa kau? Terang-terang lagi yang kau tidur dengan bekas isteri kau. Tak cukup lagi ke adik aku sampai kau nak tidur dengan perempuan murahan ni?" Raja Hud menarij kolar kemeja Tengku Hassanal.

  "Sumpah aku tak buat Hud. Aku cintakan Helen, aku tak akan buat dia macam tu." Balas Tengku Hassanal.

  "Sabar Hud, kita bincang elok-elok. Kita masih siasat kan Hud? Jangan bertindak melulu, macam mana kalau betul Has tak salah?" Mattheo cuba meleraikan pegangan Raja Hud.

  "Kau masih ingat janji yang kau buat dulu kan? Janji yang kau cakap pada aku masa kau masuk meminang Helen. Nyawa kau galang ganti kalau kau buat adik aku." Raja Hud mengungkit kembali janji yang dibuat Tengku Hassanal dulu.

  "Aku ingat Hud, aku ingat. Sumpah aku tak buat semua ni." Kata Tengku Hassanal.

Raja Helen bangun dan mendekati abang dan suaminya. Dia meleraikan pegangan Raja Hud pada baju Tengku Hassanal.

  "Sudah abang. Tak ada guna semua ni. Has tetap suami adik."

  "Adik jangan nak bela dia sangat ya. Kita masih tak tahu kebenaran dia. Entah-entah, memang betul yang dia tidur dengan pelacur ni."

  "Hei! Kau jangan nak pandai-pandai panggil Di ni pelacur. Dia lagi suci dari adik kau. Memang patut pun cucu aku tidur dengan dia sebab Di beribu kali lebih baik dari adik kau."

  "Hoi orang tua tak sedar diri. Kau bodoh ke apa galakkan zina? Aku ingatkan dah tua ni  makin cerdik, rupanya sama bodoh. Kau patut larang zina, bukan galakkan. Kalau macam ni perangai kau, kau lah orang pertama yang masuk neraka nanti." Balas Raja Hud.

  "Jangan tunjuk sangat yang kau tu bodoh dan bangang ya orang tua. Kau pula perempuan, jangan jadi murah sangat jual diri. Macam pelacur, siapa ajar kau? Orang tua ni ajar kau melacur? Kau ingat kau boleh buat adik aku? Langkah mayat aku dulu. Selagi aku masih hidup, kau jangan nak mimpi.  Kau nak jadi pelacur sangat kan? Aku ada kenal satu pusat pelacuran, aku hantar kau dekat sana nak?" Tambah Raja Hud lagi. Dinara menikus disisi Tun Syafiyah.

  "Abang, sudah lah tu. Peninglah adik macam ni."

  "Adik ni kenapa? Adik abang bukan macam ni. Mana Raja Helen yang suka melawan tu? Jangan bela Has selagi tiada bukti kukuh yang dia tak salah."

  "Apa pun jadi, Has tetap suami adik. Dah tak ada pilihan lain abang."

  "Siapa kata tak ada pilihan lain? Kalau betul dia salah dan dia perlu nikah dengan perempuan ni,  dia kena kena ceraikan adik."

  "Hud!" Serentak Mattheo dan Tengku Hassanal bersuara.

Raja Helen menggeleng. "Tak boleh abang."

  "Kenapa tak boleh? Cuba cakap dengan abang."

Raja Helen menggigit bibir sendiri. "Sebab.... Sebab adik mengandung. Adik tak nak anak adik membesar tanpa ayah macam kita abang."

Tengku Hassanal bagai disambar petir. Raja Hud turut terdiam.

  "Hubby minta maaf love. Hubby janji hubby akan buktikan yang hubby tak salah."  Tengku Hassanal memeluk erat tubuh isterinya. Kepala isteri dicium. Apa yang dia dah buat ni?

  "Love tahu hubby tak salah."

  "Nak atau tak, kamu kena bertanggungjawab Has. Jangan nak lari dari kesilapan." Celah Tun Syafiyah. Tak habis dengan Dinara.

Raja Hud hendak menyerang Tun Syafiyah namun berjaya dihalang Mattheo.

  "Sekali lagi kau bersuara, aku jahit mulut kau orang tua."

Ketegangan antara mereka terhalang apabila Giovanni, Arif dan Elvis masuk ke dalam bersama seorang lelaki yang sudah lebam seluruh wajah.

Wajah Dinara dan Tun Syafiyah berubah pucat.

  "Ini dalangnya Datuk, Tengku. Kami sudah siasat dia." Kata Giovanni. Dia menolak lelaki itu supaya melutut dihadapan majikannya.

  "Saya minta maaf. Saya hanya buat seperti yang diarahkan saja."

  "Siapa yang upah kau?" Raja Hud bertanya.

  "Dinara. Hanya itu yang saya tahu tuan." Jawab lelaki itu. Raja Hud mencerlung ke arah Dinara. Dia menerpa ke arah wanita itu. Rambut Dinara dijambak.

  "Kau bawa perempuan ni ke basement Gio. Aku tahu apa nak buat dekat dia. Dia nak menjalang sangat kan?" Dinara ditolak ke arah Giovanni.

  "Nenda tolong Di nenda." Jerit Dinara.

  "Kau nak buat apa dekat Di hah?" Tun Syafiyah mahu mendekati Dinara tetapi dihalang Raja Hud.

  "Kau sayang nyawa kau, baik kau duduk diam." Raja Hud memberi amaran sebelum berlalu bersama yang lain. Dinara turut berada dalam tangannya.

Tengku Hassanal memeluk Raja Helen. Syukur semua terbongkar. Nasib baik dia mempunyai orang kanan yang cekap dan cepat melakukan tugas.

  "Hubby tak salah love." Bisik Tengku Hassanal.

  "Love tahu hubby." Balas Raja Helen.

Semuanya berakhir setelah mendapat kebenaran. Mattheo menepuk bahu menantunya. Dia perlu pulang memandang semua sudah selesai.

LoveWhere stories live. Discover now