Raja Helen bercekik pinggang dihadapan banglo keluarga Tengku Hassanal. Lelaki itu hanya menunjukkan wajah tidak bersalah.
Tengku Hassanal mengheretnya datang ke sini tanpa beritahu sebab apa. Sudahlah dia masih dengan pakaian pejabat.
"Love, jangan lah buat muka macam tu. Seram i tengok, macam nak bunuh orang saja." Tengku Hassanal menepuk perlahan bahu tunangnya.
"Memang i nak bunuh orang pun. You lah orang tu! You bawa i datang sini tanpa cakap apa-apa. Ni dah kira menculik tau. Dengan pakaian i macam ni." Bentak Raja Helen.
"I bawa you sebab mama kata nenda ada dekat sini. So alang-alang bawa you jumpa dia terus. Look love, apa pun you nak cakap or nak buat depan nenda, i tak akan halang you okay. Pakaian you dah okay sayang. Baru nampak wanita korporat." Tengku Hassanal mengeyitkan mata.
Baru Raja Helen mahu menghayun handbag yang dipegangnya ke kepala Tengku Hassanal, pintu banglo itu dibuka dari dalam.
"Has..."
Masing-masing tergamam apabila melihat antara satu sama lain. Tengku Hassanal dan Raja Helen terdiam melihat Tun Syafiyah dan Dinara yang membuka pintu.
Tengku Hassanal menelan liur apabila menerima jelingan tajam si tunang kesayangan. Matilah dia.
"Eh buat apa tercegat depan pintu ni? Helen pun ada sekali? Jom masuk dinner sekali. Zeen dah tunggu dekat meja." Sapa Datin Anis. Kenapa dia merasakan aura seram disekeliling.
Raja Helen memaniskan wajahnya. Dia mencium tangan Datin Anis.
"Mama tunggu dekat meja ya." Kata Datin Anis setelah melihat bakal menantunya mahu bersalam dengan Tun Syafiyah.
Lihat saja Datin Anis menghilang ke dapur, Raja Helen kembali menarik tangannya. Dia menegakkan badan, sudah tidak membongkokkan badan tanda hormat pada yang lebih tua.
Matanya bersabung dengan mata Tun Syafiyah. Dijelingnya orang tua itu. Sengaja dia merempuh dua manusia itu dengan berjalan ditengah-tengah antara Tun Syafiyah dan Dinara.
Tengku Hassanal yang baru hendak masuk disekat oleh neneknya.
"Kenapa kamu bawa budak tu datang ni Has? Kamu tahu kan nenda tak suka dia?" Tanya Tun Syafiyah.
"Has bawa dia datang sebab dia tunang Has. Nenda tak suka, itu urusan nenda, bukan urusan Has." Tengku Hassanal menunjukkan cincin yang tersarung dijarinya.
"Apa ni nenda? Nenda cakap Has tak ada pengganti lagi lepas kami bercerai dulu." Dinara menghentak-hentak kakinya.
"Hish sabar lah. Nenda pun tak tahu yang Has dah bertunang. Tak apa, Has tu dengar kata, mesti dia akan ikut kata nenda, macam dulu. Kamu pun kenalah usaha untuk ambil hati dia. Dah jom masuk." Tangan Dinara ditarik.
Tengku Aazeen yang melihat kehadiran Raja Helen tersengih teruja. Dia berdiri diatas kerusi sambil mendepakan tangan. Raja Helen memeluk dan mencium Tengku Aazeen. Mahu berbulu mata Tun Syafiyah melihat.
"Daddy come, duduk sini." Tengku Aazeen menepuk kerusi disebelah kirinya.
"Haa elok lah tu, bagi mama duduk sebelah Aazeen ya." Ujar Tun Syafiyah sambil menolak Dinara mendekati cicitnya.
"No! Mummy come." Tangan kecil itu menggamit Raja Helen.
Raja Helen lalu dihadapan Dinara dengan senyuman mengejek. Dia mengambil tempat disebelah kanan Tengku Aazeen.
"Dinara duduk sebelah mama saja lah." Datin Anis menarik kerusi untuk Dinara. Dengan wajah keruh, Dinara menghampiri bekas ibu mertuanya.
"Baca doa Has." Arah Tun Syafiyah. Mereka semua menadah tangan dan mengaminkan doa.
