BAB 24

29 2 2
                                    

Dinara menarik selimut rapat ke dada. Wajahnya dibasahi dengan air mata. Sudah beberapa orang asing menidurinya. Sungguh dia tidak sangka yang Raja Hud boleh buat begini.

Bahunya sedikit terhinjut apabila pintu bilik ditendang dari luar. Raja Hud masuk dengan wajah sinis. Lelaki itu berpakaian serba hitam dari atas hingga ke bawah. Pintu ditutup kembali.

  "Puas menjalang? Tak payah nak bazirkan air mata ya betina. Ini yang kau nak dan yang kau suka kan?" Sinis Raja Hud.

  "Hud..."

  "Tuan, panggil aku tuan. Kau hanya hamba dekat sini." Potong Raja Hud.

  "Tu-tuan, tolong saya. Saya minta maaf, saya janji saya tak akan ganggu Helen dengan Has lagi. Tolong jangan buat saya macam ni. Saya merayu." Rayu Dinara dengan linangan air mata.

Tawa sinis tercetus dari bibir Raja Hud. Dia mencengkam pipi Dinara.

  "Aku dengar, syarikat bapa kau dah tumbang. Aku ingatkan syarikat famous ni kuat sangat tapi aku baru sentuh sikit, dah tumbang ke tanah."

  "Kau... Kau yang buat syarikat papa muflis?"

  "Baru tahu ke? Aku dah lama perhatikan kau dengan si tua bangka tu. Bapa kau, kenalah tanggung akibat atas perbuatan kau. Kan?"

  "Kurang ajar kau!" Pekik Dinara.

  "Kau siapa nak tinggikan suara pada aku? Hamba bawahan!" Rambut Dinara ditarik kuat.

  "Kau bernasib baik sebab aku bagi kau 'kerja' bukan bunuh kau. Tengok ni, bukan main banyak duit kau dapat malam ni. Cukup lah untuk tampung kehidupan kau yang kononnya mewah tu kan?" Raja Hud mengambil duit yang berterabur diatas katil lalu ditaburkan diatas Dinara.

  "Tolong, aku merayu. Tolong bawa aku keluar dari sini. Aku janji aku tak akan ganggu Helen lagi."

Raja Hud berdiri tegak. Senyumannya sedikit mengerikan.

  "Aku suka tengok kau merayu. Buat sekali lagi." Matanya menunjukkan isyarat pada Dinara supaya melutut dan mencium kakinya.

Dengan terdesak, Dinara turun dari katil lantas melutut dihadapan Raja Hud. Kedua tapak tangannya dirapatkan.

  "Tolong.. tolong bawa aku keluar dari sini. Aku merayu." Kaki Raja Hud dicium.

Bergema suara ketawa lelaki itu. Kakinya naik menendang kepala Dinara.

  "Kau ingat semudah tu? Lebih baik kau pergi bersihkan diri kau, air mata kau ni. Pelanggan terakhir kau akan sampai bila-bila masa saja. Aku bawakan baju yang dia minta khas, pastikan kau pakai atau aku gantung kepala kau depan rumah mak bapak kau." Ugut Raja Hud lalu meninggalkan bilik itu.

Dinara menangis teresak-esak. Dia memandang baju yang berada diatas katil. Nak atau tak, dia kena pakai. Dia tidak mahu dipukul lagi. Dia gagahkam diri untuk bangun lalu masuk ke dalam bilik mandi.

Dia tahu bilik ini ada kamera yang mengawasinya.

***

Raja Helem bersandar pada sofa. Badannya terasa sangat lemah kerana dari tadi dia memuntahkan segala isi perutnya. Segala mak nenek mesyuarat dia pastkan pada Atiqah. Ada juga dia meminta Raja Hud untuk menolongnya.

  "Love." Tegur Tengku Hassanal. Baru dia hendak duduk disebelah isterinya,  Raja Helen terlebih bahu menolak suaminya supaya menjauh.

  "Hubby busuk. Jangan duduk dekat dengan love." Ujar Raja Helen dengan kerutan diwajah.

  "Busuk apanya love? Hubby baru lepas mandi tau. Wangi lagi dengan body gel yang love beli tu." Balas Tengku Hassanal. Rela atau tak dia duduk dikerusi lain apabila melihat Raja Helen beria tutup hidung.

LoveWhere stories live. Discover now