BAB 12

25 4 0
                                    

Raja Hud menolak kerusi roda adiknya ke arah ruang tamu. Entah hantu laut mana yang rasuk adiknya hingga membuatkan gadis itu mahu balik ke banglo atuk mereka.

   "Helen! Lama tak jumpa kau." Hazel memeluk Raja Helen yang tak ubah seperti patung itu.

Raja Helen menarik lengan baju Hazel supaya menjauhinya. Hazel memandangnya pelik.

   "Kenapa?" Soal Hazel.

Raja Helen diam tidak menjawab. Dia menggerakkan sendiri kerusi roda itu menuju ke arah ahli keluarganya yang berada di atas sofa. Semua ada disitu, tidak tertinggal walaupun seorang.

   "Ada apa Helen minta kami berkumpul dekat sini? Helen ada nak cakap apa-apa dekat kami?" Soal Harleen.

   "Hmm, Helen akan teruskan pernikahan Helen dengan Has. Tapi nikah saja dulu, majlis resepsi akan berlangsung selepas Helen sembuh." Kata-kata Raja Helen membuatkan yang lain menarik senyum.

Semalam dia fikirkan hal itu. Mungkin itu yang terbaik.

   "Baguslah kalau macam tu, umi boleh tolong apa yang patut." Ujar Neng Dahlia.

Raja Helen hanya menunjukkan reaksi kosong. Langsung tiada senyuman menghiasi wajahnya. Mattheo mendekati Raja Helen.

   "Betul ni princess nak kahwin dengan Has? Kenapa princess nampak tak happy saja." Soal Mattheo lembut.

Pandangan Raja Helen menikam mata bapanya.

   "Gembira atau tak, itu urusan i. Tak usah masuk campur. Hanya uruskan yang mana patut." Kata Raja Helen agak kasar. Dia menuju ke lif untuk naik ke atas. Lebih baik yang duduk didalam bilik saja.

**

Tengku Hassanal mendekati Datin Anis dan Tengku Aazeen yang sedang minun petang di sisi kolam. Riuh mulut anak daranya berceloteh.

   "Daddy!"

   "Ya sayang. Banyak mulutnya anak daddy hari ni." Pipi anaknya dicubit geram.

   "Daddy kena cuba ni. Nama apa ni nenek?" Tengku Aazeen menunjuk kepada kuih yang berada diatas meja itu.

   "Kek lapis Zeen."

   "Hah tu lah. Sedap daddy." Tengku Aazeen menyuap kek itu kepada Tengku Hassanal.

Tengku Hassanal tetap membuka mulut walaupun dia tidak suka akan makanan-makanan begini. Demi menjaga hati si anak.

   "Awal kamu balik Has. Biasa kalau tak maghrib, tak sampai kamu ke rumah." Kata Datin Anis.

   "Oh ni Has nak bagitahu, mama dah boleh buat persiapan untuk akad nikah Has nanti. Akad sahaja, resepsi kemudian hari." Kata Tengku Hassanal.

Melompat dia dipejabat tadi bila terima whatsapp dari si pujaan hati. Raja Helen setuju untuk bernikah dengannya. Itu pasal sebelum asar dia sudah sampai ke rumah.

Hampir saja dia mencium Elvis kerana terlalu gembira.

   "Alhamdullillah, tercapai juga hajat mama nak bermenantukan orang hebat seperti Helen. Esok juga mama buat persiapan." Balas Datin Anis teruja.

   "Sabar mama, lagi sebulan tarikh akad nikah tu mama. Has ikut saja apa yang Helen nak."

Namun, wajah masam Tengku Aazeen menarik perhatian keduanya. Tengku Hassanal dan Datin Anis saling berbalas pandang.

   "Zeen, kenapa ni? Zeen tak gembira ke mummy akan jadi ahli keluarga kita?" Tanya Datin Anis.

   "Bukan mummy tak suka Zeen?"

LoveWhere stories live. Discover now