BAB 10

32 3 1
                                    

SEBULAN KEMUDIAN.

Giovanni menolak kerusi roda majikannya mendekati meja makan. Sarapan pagi sudah terhidang diatas meja. Satu pinggan diambil lalu diletakkan dihadapan Raja Helen.
  
  “Datuk nak makan apa? Saya ambilkan.”
  
  “Aku boleh ambil sendiri. Cakap dekat Atiqah hantar dokumen syarikat dekat aku.”
  
  “Baik Datuk.”

Giovanni menuju ke dapur untuk mengambil buah kerana itu kebiasaan Raja Helen setelah bersarapan.

Pranggg!

Giovanni dan kak su selaku maid berlari ke depan apabila terdengar kaca pecah.

Wajah merah dan dada berombak laju Raja Helen membuatkan darah mereka kering.
  
  “Da.. datuk, kenapa?” Giovanni memberanikan diri untuk bertanya.
  
  “Siapa masak ni? Orang dalam rumah ni dah tak ada lidah ke?” Tinggi suara Raja Helen.
  
  “Sa.. saya masak Datuk. Saya masak mengikuti yang Tuan Muda suruh.” Jawab kak Su.
  
  “Aku yang nak makan, kau ikut telunjuk orang lain kenapa? Boleh tak jangan layan aku macam orang sakit? Aku belum nak mati lagi sampai kena makan makanan tawar macan ni.” Amuk Raja Helen.
  
  “Kau sini.”

Dengan langkah teragak-agak, Kak Su mendekati majikannya. Raja Helen menyentak pergelangan tangan wanita itu hingga dia terduduk dilantai.

Rambut wanita itu dijambak hingga terdongak ke atas. Dengan perasaan amarah, Raja Helen mengambil nasi yang masih berbaki dalm mangkuk lalu disumbat ke dalam mulut pembantu rumahnya.
  
  “Makan! Jangan berani kau luahkan semula. Makan!”

Giovanni memejamkan mata. Tak sanggup dia melihat. Mahu dihalang, siapalah dia. Dia masih boleh melihat nasi itu berasap tipis.
  
  “Saya minta maaf Datuk. Tolong jangan buat saya begini.” Rayu Kak Su. Pedih mulutnya kerana makanan masih panas.
  
  “Baru sekarang kau nak merayu? Masa kau buat kau tak fikir? Ikutkan sangat Tuan Muda kau tu kan? Lepas ni apa? Kau nak mengadu pula dengan dia? Pergi lah! Kau ingat aku tak tahu yang selama ni kau selalu mengadu pasal aku dekat dia?”  Jerit Raja Helen. Genggaman tangannya pada rambut Kak Su semakin kuat.
  
  “Sakit Datuk. Saya janji saya tak buat lagi.” Kak Su sudah teresak. Terasa mahu tercabut kulit kepalanya.
  
  “ADIK!”
 
  “PRINCESS!”

Serentak Raja Hud dan Mattheo menempik. Keduanya berlari untuk meleraikan pergaduhan itu.
  
  “Adik! Lepaskan rambut Su.” Raja Hud cuba melepaskan pegangan Raja Helen.
  
  “Princess, dengar cakap daddy sayang. Tak baik buat macam ni. Lepaskan rambut dia.” Mattheo cuba memujuk. Apa dah jadi ni sampai Raja Helen naik hantu hingga begini?

Kak Su segera menjarakkan diri dari majikannya setelah cengkaman pada rambutnya berjaya dilepaskan. Neng Dahlia mendekati wanita itu.
  
  “Apa ni adik? Apa lagi yang tak kena?” Suara Raja Hud naik seoktaf. Perangai adiknya makin melampau.
  
  “Semua tak kena! Yang kau nak bela sangat dia kenapa? Masak pun tak pandai.”
  
  “Tak pandai apa? Su hanya ikut apa yang abang suruh. Perlu ke buat orang sampai macam ni sekali?”
  
  “Boleh tak jangan layan aku macam orang sakit? Aku cacat saja tapi deria rasa aku masih baik.”
  
  “Tapi adik masih boleh cakap elok-elok dekat dia. Bukan buat dia macam ni!” Jerkah Raja Hud. Bergema seluruh ruangan villa dengan suaranya.
  
  “Tu..tuan, tak perlu marahkan Datuk. Sa..salah saya, saya nak berhenti. Saya tak sesuai dekat sini.” Ujar Kak Su tergagap.
  
  “Memang patut pun kau berhenti. Berambus kau dari sini, orang miskin macam kau, tak layak kerja dengan aku!”

Pang!

Terkesima yang melihat. Malah, Raja Hud sendiri pun seperti terkejut. Raja Helen memegang pipi kirinya yang terasa pijar.
  
  “Jaga mulut you Raja Helen. Keadaan sudah begini pun masih sombong, bongkak. Gelaran Datuk dan Raja pada nama you bukan tiket untuk you hina orang lain.” Suara Raja Hud kedengaran bergetar.
  
  “Kau sanggup tampar aku sebab manusia rendahan ni? Kau boleh bawa perempuan ni berambus dari sini. Daddy pun sama, keluar dari sini dan jangan pernah datang sini lagi.”
Raja Helen menggerakkan kerusi rodanya mendekati lift.
 
  “Gio, tutup semua pintu dan jangan benarkan sesiapa pun masuk tanpa kebenaran aku. Termasuk muka-muka yang ada dekat sini sekarang.” Arah Raja Helen sebelum menghilang ke atas.

LoveWhere stories live. Discover now