Suasana yang tadi riuh menjadi sunyi. Lensa kamera mula menjalankan tugas, berkelip-kelip disegenap ruang. Pengabdikan momen penyatuan dua hati.
Tengku Hassanal terlihat menarik dan menghembus nafas berulang kali. Wajahnya pula jika ditoreh pun pasti tidak akan keluar darah.
"Oi, yang kau nervous semacam ni kenapa? Bukannya kali pertama kahwin." Raja Hud menepuk bahu bakal adik iparnya.
"Memanglah bukan kali pertama, tapi kali ini dengan orang yang aku cinta. Tu yang rasa macam kali pertama nak kahwin tu. Kau apa tahu?" Balas Tengku Hassanal.
"Eleh, sekarang saja menggelabah. Dah sah nanti, kau tengok lah macam mana pula kelakuan dia Hud. Mahu berkepit saja dengan bini dua puluh empat jam." Kata Eidlan diakhiri dengan ketawa bersama Laith.
"Suka hati aku lah bini aku bukan bini kau. Ops lupa kau single." Balas Tengku Hassanal.
"Kurang asam jawa kau."
"Mengumumkan perarakan masuk pengantin perempuan."
Suara Giovanni menghentikan perbualan mereka. Semua yang berada di dewan itu berpaling ke arah pintu.
Terpana Tengku Hassanal melihat wajah jelita Raja Helen. Lebih tepat lagi kerana dia melihat gadis itu mengenakan tudung. Kali pertama dia lihat. Anak daranya juga tidak kalah comel yang berjalan mendahului Raja Helen.
"Sikit-sikit sudah lah tenung tu. Sambung tenung dalam bilik pula nanti." Tegur Ethan. Raja Helen sudah duduk diatas pelamin pun masih ditenungnya.
Raja Hud bergerak duduk dihadapan Tengku Hassanal. Dia yang akan nikahkan mereka berdua. Semestinya dia tidak akan lepaskan peluang ini, Raja Helen satu-satunya adik dia.
Tengku Hassanal membetulkan duduk. Sudah bersedia untuk berjabat tangan dengan Raja Hud.
"Dah sedia? Tadi bukan main pucat." Soal Raja Hud.
"Tak pucat dah lepas nampak bakal isteri." Jawab Tengku Hassanal bersahaja. Tiba-tiba bersemangat.
Tun Syafiyah memandang tidak puas hati ke arah Raja Helen diatas pelamin. Dia ingatkan gadis ini masih seperti dulu, senang untuk digunakan.
"Sepatutnya Di yang duduk atas tu hari ini nenda bukan dia. Semua rancangan kita tak berjaya. Licik betul perempuan tu, macam ular." Dinara meluahkan rasa tidak puas hati.
"Alah, dah nikah pun boleh bercerai. Kau tunggu tengok saja apa aku boleh buat. Aku pun tak akan biarkan cucu aku dengan perempuan macam tu." Balas Tun Syafiyah.
"Apa nenda nak buat?"
"Tunggu saja. Aku akan pastikan Has ikut cakap aku untuk kahwin dengan kau. Kau pula bila dah dapat nanti, jangan nak gatal bercerai macam dulu." Pesan Tun Syafiyah.
"Mestilah nenda. Kali ni kalau Di dapat, Di pegang kemas-kemas tak bagi lepas dah." Kata Dinara. Dia tidak bodoh untuk lepaskan lubuk emas. Dia sanggup buat apa saja untuk pastikan lelaki itu miliknya. Dia tidak mahu hidup susah.
"Tengku Hassanal Aldric Althaf bin Tengku Isa Aryan."
Raja Helen mengenggam erat bunga ditangan sebaik mendengar nama penuh bakal suaminya disebut. Perasaan mula berkecamuk.
"Saya."
"Aku nikahkan dikau dengan Raja Helen Mayesa binti Raja Rais yang berwakil walikan aku dengan mas kahwinnya satu juta ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya Raja Helen Mayesa bin Raja Rais dengan mas kahwinnya satu juta ringgit tunai."
"Sah?"
