BAB 13

24 4 1
                                    

Raja Helen mengenakan sepasang dress labuh berwarna hitam. Dia menilik dihadapan cermin untuk memastikan penampilannya kemas. Nak jumpa bakal mertua lah katakan.

Hari ini dia akan bagi kejutan kepada ahli keluarganya. Apalagi jika bukan dia berjalan menggunakan kaki sendiri, bukan lagi kerusi roda. Cukup sudah hampir dua bulan dia duduk saja diatas kerusi itu. Tongkat berkepala naga dicapai.

Untuk saja tok pa memberinya tongkat ini semasa awal-awal dia kemalangan dulu.

   "Wow! Our paid actor so gorgeous. Lakonan apa lagi yang kau nak buat ni May? Untung aku dapat tengok drama percuma kau."

   "Kau ni mana-mana pun ada eh? Menyibuk saja. Aku buat untuk kau, kalau nak harapkan kau, memang dah lama jatuh tersungkur. So, kau ikut saja corak permainan aku. Pergi sana jauh-jauh."

Dengan langkah yakin, dia menuju ke lif. Malas mahu menggunakan tangga. Dari atas dia sudah dapat mendengar suara mereka yang riuh rendah dibawah.

   "Jadi Has berbincang semula lah dengan Helen pasal tarikh tu. Has pun tahukan Helen tu bagaimana?" Kata Emilio selaku ketua keluarga.

   "Boleh tok pa. Kalau Helen tak setuju dengan tarikh tu, kita boleh tukar dengan tarikh lain. Has tak kisah pun." Balas Tengku Hassanal. Tarikh yang dipilih itu lagi sebulan.

   "Hazel, tolong panggilkan Helen. Tak sudah lagi ke bersiap?" Ujar Emilio kepada cucunya.

   "Kejap Hazel panggilkan."

   "Tak usah."

Hazel yang baru hendak bangun terduduk kembali. Berpasang-pasang mata tergamam melihat Raja Helen yang sedang melangkah ke arah mereka.

Keadaan berubah menjadi sepi.

Raja Hud bangun mendekati adiknya. Kedua bahu Raja Helen dipegang.

   "Betul ke ni adik abang? Adik dah boleh berjalan? Ab..abang tak mimpikan?" Suara Raja Hud kedengaran sebak. Dia menarik Raja Helen kedalam pelukan.

   "Tak payah nak emosi sangat." Raja Helen menolak abangnya. Rimas.

Raja Helen menatap Tengku Aazeen yang berselindung disebalik Tengku Hassanal. Wajah gadis kecil itu seperti ketakutan.

   "I dah ubah fikiran, I nak langsungkan majlis resepsi terus. Malaslah buat banyak kali." Ujar Raja Helen sambil melabuhkan duduk disebelah Hazel.

   "Tapi you dah betul-betul sihat ke love?"

   "You nak tengok i berlari tak?" Soal Raja Helen kembali.

   "Tapi sempat ke nak buat persiapan ni? Sebulan saja masa yang tinggal." Tanya Datin Anis. Dia mahu buat majlis perkahwinan yang gah.

   "Semua sudah settle pun, tinggal tunggu hari saja. Kita buat satu majlis saja untuk kedua belah keluarga." Balas Raja Helen.

    "Baguslah kalau macam tu. Lega mama dengar." Datin Anis tersenyum ke arah bakal menantunya.

Yang lain hanya mengunci mulut. Jika tuan punya badan sudah turun tangan, apa lagi mereka hendak kata?

   "Tuan, Tuan Muda makanan tengah hari sudah siap." Sampuk Mak Jah yang baru siap menghidangkan makanan siang.

   "Mari Datin kita lunch dulu." Jemput Neng Dahlia. Mereka beriringan mesra ke meja makan diikuti dengan yang lain.

Hanya meninggalkan Tengku Hassanal, Tengku Aazeen dan Raja Helen diruang tamu. Setelah melihat semua sudah tiada, lelaki itu bergerak mendekati Raja Helen.

LoveWhere stories live. Discover now