BAB 19

32 2 0
                                    

Tun Syafiyah menunjukkan riak bengis apabila melihat kelibat Tengku Hassanal dan Raja Helen di banglo Datin Anis pagi ini. Lagi terbakar hati dia melihat Raja Helen memeluk erat lengan cucunya.

   "Nenda." Sapa Tengku Hassanal sambil mencium hormat tangan tua itu. Raja Helen hanya menayangkan wajah kosong.

   "Kau dah tak reti nak salam dengan aku ke?" Tegur Tun Syafiyah apabila Raja Helen hanya mematungkan diri disebelah suaminya.

Wajah Tun Syafiyah dipandang tajam. Nak gaduh lah tu.

   "Boleh ke? Bukan nenda jijik sangat dengan Helen? Kalau salam karang, kotor pula tangan orang mulia macam nenda ni."

   "Love." Meleret Tengku Hassanal memanggil isterinya. Tolonglah jangan bergaduh.

   "Aku ingat dah bersuami ni, kurang lah sikit perangai kurang ajar dan tak ada adap kau ni, rupanya sama saja. Kesian cucu aku nak kena menanggung dosa betina macam kau." Kata Tun Syafiyah.

   "Nenda ni dah banyak pahala sangat ke? Mulut tu bercakap macam dah confrim masuk syurga. Entah-entah nenda lah orang yang kena merangkak dekat padang mahsyar nanti sebab nak minta ampun dan maaf." Raja Helen mula mahu naik angin. Wajahnya juga sudah bertukar merah.

   "Please nenda, kalau nenda tak boleh bagi muka pada Helen, fikir pasal Has nenda. Has tak suka lah bila nenda bergaduh dengan isteri Has macam ni." Ujar Tengku Hassanal sambil memeluk Raja Helen.

Dia mengalunkan selawat perlahan ditelinga isterinya. Raja Helen sangat mudah marah, hanya ini cara untuk sejukkan hati isterinya.

   "Has pun nak salahkan nenda? Hebat sangat ke perempuan ni pada mata Has? Di tu seribu kali lebih baik dari dia."

   "Apa masalah kau hah orang tua? Mulut kau tu tak habis dengan Di, Di, Di. Yang kau kemaruk sangat dengan dia tu kenapa? Kau sedar tak cucu kau ni dah ada isteri? Kau bodoh ke? Otak kau letak dekat mana? Kau sedar tak yang Dinara tu hanya gunakan kau untuk kesenangan dia? Bapak dia tu dah hampir muflis!" Jerit Raja Helen meluahkan rasa.

   "Kenapa bising-bising ni bonda?" Datin Anis keluar bersama Tengku Aazeen apabila mendengar bunyi bising diruang tamu.

   "Kau jangan nak menuduh Dinara macam tu. Bapak dia tu kaya-raya, tak mungkin akan muflis. Dia pun tak gilakan harta macam kau." Lawan Tun Syafiyah. Sakit hatinya apabila Raja Helen kata begitu tentang Dinara.

   "Enough nenda. Kalau nenda teruskan perangai macam ni, Has tak akan balik lagi ke sini." Tengku Hassanal memeluk erat isterinya.

   "Cukuplah tu bonda. Apa salah Helen sampaikan begini sekali nenda bencikan menantu Anis?" Celah Datin Anis.

   "Aku bencikan dia sebab dia anak kepada Raja Elma. Perempuan yang dah hancurkan hidup anak aku!" Jerit Tun Syafiyah.

Masing-masing terdiam. Tengku Hassanal dan Raja Helen menayangkan wajah bingung. Datin Anis terlihat mengetap gigi.

   "Tapi Helen tak ada kena mengena pun bonda. Tolong jangan balas pada dia. Anis merayu pada bonda." Datin Anis memegang tangan ibu mertuanya.

Tanpa kata apa-apa, Tun Syafiyah meninggalkan ruang tamu dan terus naik ke atas.

   "Mum.. mummy." Tengku Aazeen mendekati Raja Helen.

Raja Helen menarik nafas dalam sebelum bibirnya membentuk senyuman pada Tengku Aazeen.

   "Ya sayang. Lama mummy tak jumpa Zeen." Tubuh anaknya dipeluk.

   "Zeen pun rindu mummy." Tengku Aazeen turut memeluk mummynya.

LoveWhere stories live. Discover now