BAB 25

29 1 0
                                    

Lima bulan kemudian.

Raja Helen mengusap perlahan perutnya yang sudah membesar. Lama dia berdiri dihadapan cermin sebelum Tengku Hassanal memeluknya dari belakang.

  "Kenapa love? Dari tadi hubby tengok love berdiri dekat sini." Soal lelaki itu lembut.

  "Love nampak gemuk."

  "Mana ada gemuk. Love kan mengandung, biasalah tu. Tapi isteri hubby ni tetap cantik. Bertambah-tambah cantik sejak perut kedepan ni." Tangannya dilekapkan pada perut isterinya.

  "Ya ke? Kalau lepas bersalin nanti pun, sama macam ni juga, macam mana?"

   "Hubby tetap sayang Love. Itukan pengorbanan love sebab bawa anak kita. Tak kisahlah macam mana pun, love tetap cantik dimata hubby." Pipi Raja Helen dicium. Dia perasan akan pipi isterinya yang naik seiring dengan perut.

   "Hubby tak kerja ke?" Raja Helen memusingkan tubuhnya supaya menghadap Tengku Hassanal.

   "Kerja tapi peluk bini dulu. Nasib la dapat isteri comel macam ni." Kedua tangannya naik menekup pipi Raja Helen. Bibir isterinya dicium berulang kali.

   "Jom sarapan. Nanti lewat pula hubby nak pergi pejabat."

   "Love tak ke pejabat?"

   "Tak, malas lah hari ini. Nanti nak minta mama hantarkan Zeen ke sini." Jawab Raja Helen. Lama tak jumpa dengan Tengku Aazeen.

Mereka berdua turun beriringan ke bawah untuk bersarapan. Semua sudah siap diatas meja memandangkan Tengku Hassanal mengambil pembantu rumah sejak isterinya mengandung.

   "Baguslah kalau macam tu. Zeen pun asyik cakap rindukan love. Mesti dia tak sabar nak jumpa adik dia." Kata Tengku Hassanal. Kerusi ditarik untuk isterinya duduk.

Raja Helen mengangguk. Dia mangkuk berisi bihun goreng lalu dicedok ke dalam pinggan suaminya. Untuk dia pula, hanya sekeping roti bakar yang dia ambil.

   "Hubby gerak dulu love. Jaga diri ya dekat rumah. Kalau ada apa-apa, call hubby okay." Tengku Hassanal bangkit dari kerusinya setelah selesai makan. Raja Helen hanya mengangguk.

Dia mencium tangan suaminya dengan penuh hormat. Tengku Hassanal mencium dahi Raja Helen sebelum melangkah ke luar. Elvis sudah siap menantinya di dalam kereta.

***

Raja Hud naik berang apabila dimaklumkan bahawa Dinara hilang dari rumah pelacuran. Dia mengerahkan semua orang-orangnya untuk mencari Dinara.

  "Abang." Tegur Hazel dengan suara halus.

  "Ya sayang. Sayang nak apa-apa ke?" Pantas Raja Hud bangun dari kerusi dan menerpa ke arah Hazel yang juga sedang sarat mengandung.

   "Tak ada lah. Hazel nampak abang macam stress saja. Abang ada masalah?"

Raja Hud menghela nafas berat.

  "Dinara hilang. Abang risau dia buat apa-apa pada Helen. Abang tahu, dia pasti berdendam dengan adik."

  "Helen dah tahu ke hal ni? Siapa yang last 'guna' Di semalam?" Tanya Hazel.

Bukan dia tidak tahu apa yang suaminya buat pada Dinara.

Raja Hud diam seketika. Seakan terfikirkan sesuatu. Kenapa dia tidak fikir awal-awal tentang itu? Pantas dia bangun dan mencapai jaket yang tersidai dikerusi.

Dahi Hazel dicium dahulu. "Thank you sayang. Abang tak terfikir tentang tu. Jaga diri sayang!" Laung Raja Hud lalu menghilang dibalik pintu.

Hazel tertawa kecil sambil menggeleng. Tangannya mengusap perut yang sudah membesar. Rezeki dia dan Raja Hud kerana akan dapat sepasang kembar.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 19, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

LoveWhere stories live. Discover now