Mattheo segak berbaju melayu putih. Ini kali kedua dia berpakaian begini, kali pertama semasa dia menikahi Tengku Aira dahulu. Pernikahan yang menyebabkan dia kehilangan orang yang dia paling sayang.
“Aku ingat kau dah tak nak kahwin. Tak sangka kau tersangkut dengan Dahlia yang sepuluh tahun lebih muda dari kau.” Ujar Luciano yang masuk ke bilik persiapan Mattheo bersama Edoardo.
“Baru sampai seru nak kahwin lagi. Anak-anak pun dah besar.” Jawab Mattheo sampai menyarung songkok dikepala.
“Tahniah Theo. Aku doakan yang kali ini, kekal sampai akhir hayat.” Edoardo menepuk bahu abangnya.
“Daddy, dah tiba masa untuk akad nikah.” Kepala Raja Hud terjengul di pintu.
“Jom lah keluar. Kang lari tok kadi tu, menangis pula abang aku ni.” Ujar Luciano.Dua-dua merangkul bahu Mattheo lalu keluar bersama.
Mattheo duduk bersila dihadapan Haji Amin, selaku bapa kepada Neng Dahlia. Berdebar juga hatinya walaupun ini sudah kali kedua.
Luciano mencuit sedikit bahu abangnya apabila melihat Neng Dahlia keluar dari bilik dengan persalinan warna putih seperti lelaki itu.
Lama Mattheo merenung bakal isterinya. Mahu melompat jantung kerana terpesona dengan kecantikan wanita itu.
“Ehem! Daddy, jangan tenung lama sangat.” Bisik Raja Hud pada daddynya. Renung sudah seperti mahu terkam.Mattheo berdehem. Kantoi pula, dengan anak pula tu.
“Boleh kita mulakan?” Soal Haji Amin.Mattheo mengangguk. Pantas dia menjabat tangan orang tua itu.
“Bismillahirrahmanirrahim.”
“Faith Hayden bin Faith Haidar.”
“Saya.”
“Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku, Neng Dahlia binti Amin dengan mas kahwinnya sepuluh ribu ringgit tunai.”
“Aku terima nikahnya Neng Dahlia binti Amin dengan mas kahwinnya sepuluh ribu ringgit tunai.” Dengan satu nafas Mattheo menjawab.
“Sah?”
“Sah.”
“Sah.”Dengan sekali lafaz, Mattheo dan Neng Dahlia sah bergelar suami isteri. Yang lain menadah tangan tanda bersyukur, tapi lain pula dengan Raja Helen.
Hanya wajah ketat yang menghiasi wajah dari awal mereka sampai di sini semalam. Langsung tidak bercakap dengan Mattheo.
Nasib baik ada Tengku Hassanal yang sabar melayan kerenahnya.
Setelah selesai semua, mereka turun ke bawah untuk menjamu selera. Dua-dua pengantin tidak mahu naik pelamin dan hanya mahu melakukan yang wajib sahaja.
Raja Helen hanya berdiri berpeluk tubuh. Wajahnya sudah bertukar merah sedikit, mungkin kerana panas.
“Love, nak makan apa? I ambilkan.”
“Tak nak.”
“Apa pula tak nak? Sedap tau ni kenduri orang kampung. Makan sikit ya. Kenapa bad mood saja ni?” Soal Tengku Hassanal. Dia menarik tangan Raja Helen supaya duduk dimeja yang sama dengan yang lain. Ethan, Eidlan dan Laith masing-masing sudah melantak.
“Cuba cakap dekat I kenapa. Dari semalam tau muka you ni ketat saja. Bukan you setuju ke daddy you nak kahwin?”
“Hish bising lah you ni. Itu memang satu hal. I setuju sebab I tak tahu umur dia. Dia sepuluh tahun lebih muda dari daddy tau tak? Entah apa niat dia nak nikah dengan orang tua tu. Yang satu hal lagi, you tak tengok ke mata anak dara dekat sini duk meliar tengok you? Bukan anak dara saja, mak dara pun sama.” Jawab Raja Helen geram. Cungkil biji mata kang.
“Kes cemburu ni Has. Habislah kau kalau ibu singa sudah mengamuk.” Sampuk Laith.Tengku Hassanal menjengkilkan mata pada Laith. Ayat itu menambah lagi minyak kedalam api.
“Biarlah diaorang love. Yang penting I tengok you seorang saja. Tak nak lah marah-marah. Tak cantik dah bakal isteri I ni. Lagi satu pasal uncle tu, jangan fikir bukan-bukan okay love. Boleh jadi isteri dia tu tak ada niat apa-apa pun. I ambilkan makanan dulu ya.” Tengku Hassanal bangun untuk mengambil makanan untuk Raja Helen.
“Adik, air muka tu ubah. Nanti apa kata umi pula.” Tegur Raja Hud yang tiba bersama pinggan ditangan.
“Siapa umi?”
“Adik tahu siapa yang abang maksudkan. Jangan buat perangai.” Raja Hud memberi amaran. Makin ketat wajah si adik.
“Geli.” Desis Raja Helen perlahan.
“Abang jangan lah bergaduh dengan Helen dekat sini. Tak elok lah orang tengok.” Ucap Hazel. Tak kena tempat betul kembar ni nak bergaduh.
“Sabar Hud sabar Helen. Balik KL nanti, korang bertumbuk lah sepuasnya. Biar kami jadi pengadil.” Kata Eidlan. Tak boleh dibiar dua beradik ni.
“Kenapa ni muka masam saja? Ni makanan love.” Tanya Tengku Hassanal sambil meletakkan pinggan dihadapan Raja Helen. Wajah si tunang yang bertambah ketat dipandang sayang.
“I nak balik homestay.” Raja Helen bangun dan kerusi yang didudukinya.
“Eh love, kenapa ni?” Tengku Hassanal memandang yang lain silih berganti.
“Makan lah dulu. Lepas makan, I hantar love balik homestay ya.” Tengku Hassanal cuba memujuk.
“Tak nak! I nak balik. You nak hantar atau I balik sendiri.”
“Jangan ikut sangat perangai Helen tu Has. Naik lemak nanti.”