BAB 17

31 3 1
                                    

Raja Hud mendekati Neng Dahlia yang berada diruang tamu. Wanita itu terlihat seperti sedang termenung. Dia perasan yang uminya ini hanya diam saja sejak balik dari pernikahan Raja Helen.

   "Umi." Tegur Raja Hud. Dia dapat melihat Neng Dahlia tersentak.

   "Ya.. ya Hud. Kenapa? Hud nak minum atau makan?" Soal Neng Dahlia.

   "Tak ada lah. Umi okay? Hud tengok umi diam saja dari tadi. Daddy mana?"

   "Daddy keluar dengan adik-adik dia. Umi okay saja Hud cuma rasa tak sihat sangat hari ini. Mungkin terkejut sebab tiba-tiba dapat pelukan dari Helen."

   "Helen ada jumpa umi ke sebelum ni? Hud tak pernah tengok pula dia bercakap dengan umi."

   "Itu lah, umi pun pelik. Sebelum ni umi dengan dia pun tak pernah berjumpa. Mungkin dia berubah selepas kahwin. Tapi lega hati umi kalau dia boleh terima umi." Senyuman manis menghiasi wajah wanita itu.

Raja Hud mengangguk faham. Tapi dia tetap curiga dengan adiknya kerana dia faham sangat perangai gadis itu. Sanggup gunakan orang lain untuk dapatkan apa yang dia mahu.

   "Hud naik dulu umi. Umi pun nanti naik lah rehat." Ujar Raja Hud lalu bangun dari duduknya.

Neng Dahlia hanya anggukan kepala. Dia menghantar pemergian Raja Hud dengan pandangan. Tangannya naik mengusap lengan kirinya yang terdapat parut disitu.

**

Tengku Hassanal memerhati isterinya yang dari tadi berada dihadapan meja solek. Entah apa yang dibuatnya, sekejap sapu ke lengan sekejap sapu ke muka.

   "Love tak mengantuk ke? Sudah pukul dua belas ni."

   "Hubby t..tidur lah dulu. Sekejap lagi love tidur." Jawab Raja Helen gugup.

Dia berlama dimeja solek kerana tidak tahu apa yang patut dia buat. Kali pertama kena tidur dengan lelaki ini. Menyesal pula balik villa, kalau tidak baik dia lari tidur dengan Hazel saja.

   "Hubby nak tidur dengan isteri hubby." Bisik Tengku Hassanal ditepi telinga. Tangannya memegang kedua bahu Raja Helen.

Dia dapat rasakan bahu Raja Helen terhinjut apabila menerima sentuhan darinya. Mana isterinya yang nakal sebelum mereka disatukan?

Raja Helen tidak menjawab. Lidahnya menjadi kaku. Dia terjerit perlahan apabila tubuhnya melayang ke udara. Secara automatik tangannya melingkar pada leher Tengku Hassanal. Apa benda ni wei?

Dengan hati-hati Raja Helen diletakkan ke atas katil sebelum dia turut melompat naik. Isterinya yang tak ubah seperti patung itu ditarik ke dalam pelukan.

   "Good night love. Jangan risau, hubby tak akan apa-apakan love selagi love tak bersedia." Dahi isterinya dikucup lembut.

Perlahan-lahan Raja Helen menyelesakan diri didalam pelukan Tengku Hassanal. Dia turut membalas pelukan hangat suaminya. "Good night hubby."

**

   "Seronok tidur dengan laki semalam? Konon malu kucing. Puih!"

   "Wah kurang asam kau kan? Pagi-pagi dah muncul. Suka hati aku lah laki aku."

   "Kalau aku jadi kau, semalam juga aku ikat dia jadi suami yang sesungguhnya. Potong daun lah kau ni, malu tak bertempat."

   "Alah maaf lah May. Aku janggal kau tahu tak? Aku mana pernah tidur dengan lelaki."

   "Habis kau nak kata aku pernah tidur dengan lelaki ke? Aku lempang kau karang. Berambus sana!"

Raja Helen meneruskan senamannya sementara menunggu suami kesayangannya bangun dari tidur.

LoveWhere stories live. Discover now