SEBULAN KEMUDIAN.
Raja Helen terlentang merenung siling. Dia berada dirumah atuknya memandangkan esok majlis resepsi dia akan berlangsung. Tengku Hassanal pula berada dirumah Datin Anis.
Dia berpaling ke sisi apabila terasa katilnya diduduki seseorang sebelum kembali menatap siling kosong.
"Kau nak apa? Malam-malam macam ni muncul, macam hantu." Kata Raja Helen.
"Aku nak cakap sikit dengan kau boleh?"
"Cakap je lah. Biasa main terjah saja, tak ada pula nak minta izin ke apa. Kena sampuk dengan apa tiba-tiba jadi sopan ni?" Sindir Raja Helen.
"May, boleh tak kalau kita lupakan saja dendam lama tu? Kau pun bahagiakan dengan pernikahan ni? Dah sebulan pun kau hidup dengan Has. Kita lupakan dendam tu dan mulakan hidup baru dengan keluarga kecil kita." Ujar Raja Helen kepada May, bayangan dihadapannya.
"Kau nak gaduh dengan aku ke Helen? Lupakan? Kau boleh lupakan ke macam mana kejadian malam tu? Kau boleh ke lupakan macam mana cara mummy meninggal? Setiap saat setiap detik aku tengok muka Has tu pun aku benci tau. Muka dia tu sebiji macam muka pembunuh tu. Kau tak dengar ke apa yang Tun Syafiyah cakap sebulan lalu? Dia cakap mummy penyebab hidup anak dia rosak. Macam tu ke kau nak suruh aku lupakan?" Ujar May dengan suara tertahan. Matanya memanah tajam ke dalam anak mata Raja Helen.
"Tapi bukan Has yang buat semua tu May. Has tak ada kena mengena dan dia pun tak tahu apa-apa. Tak adil lah kalau kita nak balas pada dia." Raja Helen masih berkeras.
Dia bersalah kerana mencipta May. Dia sudah tidak mahu teruskan dendam ni lagi.
"Habis tu, pada siapa lagi patut kita balas? Kau nak aku gali balik kubur bapak dia tu ke? Jangan lupa perjanjian kita Helen, kau sendiri yang setuju untuk aku ambil alih. Tak ada sesiapa paksa kau."
Jeda.
"Kita baru sebulan nikah Helen. Semua masih baru, masih indah, jangan sebab kau rasa bahagia sedikit, kau nak lupakan tujuan sebenar kita terima Has. Entah-entah, Has dengan keluarga dia pun masih tak tunjuk perangai sebenar mereka. Aku suka dengan perangai Tun Syafiyah sebab dia terang-terang tunjuk yang dia tak suka kita, tapi aku tak percaya dengan yang jenis menerima macam mak Has. Kau jangan berani nak makan ubat ya Helen." Tambah May lagi dengan amaran.
"Itu hanya perasaan kau May, mama ikhlas terima kita. Kau tu sentiasa buruk sangka tentang orang. Lagi satu, kau berbaik dengan umi sebab kau ada niat lain kan?"
"Sudah! Aku tak nak dengar kau merepek lagi. Kalau kau nak majlis resepsi kau berjalan lancar esok, baik kau diam dan tutup mulut. Jangan nak bercakap benda mengarut lagi dengan aku. Faham!?" Bentak May.
Raja Helen yang berdiam diri membuatkan May bertindak mencengkam pipi wanita itu.
"Aku tanya, kau faham ke tak?" Soal May sambil mengetap gigi. Cengkaman May membuatkan pipi Raja Helen berdarah.
Lambat-lambat Raja Helen mengangguk. Dia mahu menangis, tapi silap dia kerana membiarkan May mengambil alih tubuhnya.
"Bagus, sekarang berambus." May menolak kepala Raja Helen sebelum dia merebahkan diri dan menyelubungi tubuhnya dengan selimut.
**
May turun kebawah untuk bersarapan. Dia perlu ke hotel tengah hari nanti kerana majlisnya akan berlangsung malam ini. Dia menyuruh Atiqah menunggunya dihotel terus.
"Kena apa pipi adik?" Soalan Raja Hud menarik perhatian yang lain.
"Kau bertinju dengan siapa Helen? Nak bersanding dengan pipi luka ke?" Tanya Eidlan.
"Oh ni, tercucuk kuku aku semalam." Jawab May sambil menunjukkan kukunya.
"Wah, sampai dua-dua ya tercucuk. Ganas betul, nak kata laki ada sekali pun tak." Balas Laith.
"Diam lah kau." Ujar May.
"Helen, masuk bilik bacaan sekejap lepas sarapan nanti. Sempat lagi kan sebelum ke hotel? Tok pa ada benda nak bincang dengan Helen." Ujar Emilio.
"Hmm okey."
Setelah bersarapan, May naik ke bilik bacaan. Emilio sudah naik terlebih dahulu. Satu pedang pendek diselit pada pinggannya dibawah baju.
Pintu diketuk berlebih dahulu sebelum dia melangkah masuk. Dia mendekati Emilio yang berada di meja kerjanya.
"Ada apa tok pa nak jumpa Helen?" Soal May sambil melabuhkan duduk dikerusi dihadapan Emilio.
"Tok pa nak bercakap dengan Helen, bukan dengan May."
"Wah, racist betul. Ada beza ke bercakap dengan Helen atau dengan May?"
"Of course ada beza. Orang lain mungkin tak ada beza tapi bagi tok pa, ada. So, tok pa nak bercakap dengan Helen." Jawab Emilio.
"Helen dah tak ada, Helen dah mati! Yang ada hanya May. Tok pa suka atau tak, tok pa hanya boleh bercakap dengan May!" Bentak May keras.
"Tok pa nak bercakap dengan Helen. Dengan cucu tok pa!" Balas Emilio dengan nada yang sama.
"Enough May, kau dah melampau! Kau kurang ajar dengan tok pa." Suara Raja Helen kedengaran tapi hanya dibuat angin lalu oleh May.
"Okay, May bagi tok pa bercakap dengan Helen untuk kali terakhir."
Anak mata May kelihatan berubah menandakan Raja Helen yang berada dihadapan Emilio.
"Tok pa." Sapa Raja Helen. Dia berasa tidak selesa kerana May sedang merenungnya disebelah.
"Lama tok pa tak bercakap dengan Helen. Tok pa nak tanya sesuatu boleh?"
"Tok pa nak tanya apa?" Soal Raja Helen.
"Kenapa Helen berhenti makan ubat? Kenapa Helen bagi May ganti Helen? Helen tahu kan, May tu akan memudaratkan hidup Helen? Apa yang May buat, Helen tau kena tanggung." Soal Emilio bertubi-tubi.
May mengetap gigi. Tangannya membentuk penumbuk. Raja Helen pula hanya diam.
"Jawab lah sial! Kau diam kenapa?" May bersuara.
"Tu pilihan Helen tok pa. Dendam Helen perlu terbalas. Helen tak nak kematian mummy sia-sia." Jawab Raja Helen dalam terpaksa.
"Helen dengar cakap tok pa ya. Kita pergi jumpa doktor ya princess. Helen makan ubat semula ya, jangan bagi May lagi keluar lagi." Pujuk Emilio.
Tak semena-mena, Raja Helen bangun dan mencapai tongkat Emilio yang tersandar disisi lelaki itu. Tongkat itu ditahan pada leher Emilio. May sudah keluar semula. Pedang pendek yang terselit dipinggangnya diambil.
"Kalau kau nak hidup, jangan kau berani nak hasut Helen untuk jumpa doktor atau makan ubat. Aku tak teragak-agak nak bunuh kau ya orang tua." Ugut May. Dia hanya membiarkan Raja Helen yang menariknya dari belakang.
"Cukup May! Kau dah kenapa?" Kata Raja Helen kepada May.
"Ingat ya apa yang aku cakap kalau kau tak nak mampus awal." Kata May sebelum keluar dari bilik bacaan.
Emilio tercungap-cungap mengambil nafas. Cucunya akan berada dalam bahaya jika May terus menerus mengambil alih. Dia perlu fikirkan sesuatu.