BAB 9

21 3 1
                                    

Mattheo berjalan laju mendekati Raja Hud dan yang lain. Mereka berada diruangan menunggu.
  
  “Hud, macam mana dengan adik? Has?” Soal Mattheo sebaik saja sampai dekat anaknya.
  
  “Adik masih dekat dalam daddy. Tadi Hud dah pergi tengok Has, dia tak teruk sangat sebab rempuhan tu sebelah penumpang.”
  
  “Diaorang kemalangan dengan apa ni? Hud dah tengok tempat kemalangan tu?” Tanya Mattheo lagi.
  
  “Dah daddy, treler hilang kawalan yang rempuh mereka. Kereta yang adik dengan Has naik tu naik keluar simpang. Rakaman cctv dekat situ pun Hud dah dapat.” Jawab Raja Hud.
  
  “Hud tak tahu nak fikir apa daddy sebab adik tersepit dalam kereta masa tu.” Sambung Raja Hud. Dia tertunduk kesal.

Jika dia dan adiknya tidak bergaduh petang semalam, pasti Raja Helen tidak balik ke Kuala Lumpur.
  
  “Sabar abang, doa banyak-banyak. Hazel yakin Helen tak apa-apa. Anggap saja ini ujian untuk Helen.” Hazel bersuara.

Seorang doktor keluar dari bilik pembedahan. Mattheo dan Raja Hud mendekati doktor tersebut.
  
  “Macam mana dengan anak saya? Dia tak apa-apa kan?” Tanpa sempat Raja Hud bertanya, Mattheo bersuara terlebih dahulu.
  
  “Saya minta maaf dengan apa yang saya katakan. Tetapi kemungkinan anak encik akan lumpuh kerana tersepit semasa kemalangan tu. Kelumpuhan itu, mungkin sementara jika dia kuat semangat untuk lakukan rawatan.” Kata doktor itu.

Raja Hud yang hampir rebah ditahan Ethan. Neng Dahlia mengusap lembut belakang suaminya.
  
  “Sekejap lagi pesakit akan dipindahkan ke wad yang disediakan. Saya minta diri dulu.” Doktor itu meninggalkan mereka setelah berpamitan.
  
  “Daddy, ini semua salah Hud. Kalau Hud tak gaduh dengan dia, mesti adik tak akan jadi begini. Mesti adik tak lumpuh.”
  
  “Jangan salahkan diri kau Hud. Kau pun tak minta Helen jadi begini kan? Ini semua takdir, pergaduhan kau dengan dia itu hanya dijadikan asbab. Kau bukannya tak pernah bergaduh dengan dia kan.” Kata Eidlan. Dia turut bersimpati dengan Raja Helen.

**

Tengku Hassanal membuka mata perlahan. Cahaya yang terang membuatkan matanya sedikit pedih. Dia mengerdip beberapa kali untuk menghilangkan kabur matanya.

Wajah Datin Anis dan Tengku Aazeen yang tertidur diatas sofa menyapa mata. Otaknya ligat berjalan untuk mengingati apa yang telah terjadi.
  
  “Daddy.” Panggil Tengku Aazeen yang baru sedar dari tidur.
Tengku Hassanal berpaling ke sisi. Dia tersenyum manis ke arah anak daranya yang berjalan mendekatinya.
  
  “Daddy dah sedar? Tak panggil Zeen pun.” Tengku Aazeen merebahkan kepalanya diatas dada Tengku Hassanal.
  
  “Daddy tengok Zeen tidur tadi. Daddy tak nak kacau anak daddy ni.” Tengku Hassanal bermain dengan rambut anaknya.

Perlahan-lahan dia mula mengingati apa yang terjadi. Bunyi hon treler kembali terngiang di telinga. Perkara yang di lihat sebelum tidak sedarkan diri semalam adalah Raja Helen. Ya Raja Helen, bagaimana keadaan tunangnya?
  
  “Zeen, Zeen dah jumpa mummy? Zeen tahu tak keadaan mummy macam mana?”

Tengku Aazeen menggelengkan kepala.
  
  “Semalam uncle Hud datang tengok daddy. Tapi uncle tak cakap apa-apa pun pasal mummy. Cuba daddy tanya nenek.” Jawab Tengku Aazeen.
  
  “Ya lah, nanti daddy tanya nenek bila nenek bangun nanti.” Tengku Hassanal memeluk anaknya sebelum kembali memejamkan mata.

Dia mahu tidur seketika untuk menghilangkan sakit kepala.

**
Raja Helen menangis teresak-esak diatas katil. Bilik itu juga sudah bersepah dengan barangan yang dia lontar.

Dia tidak dapat menerima keadaan dirinya sekarang. Dia sudah cacat hingga tidak mampu berjalan sendiri. Dia lebih rela mati dari harus hidup dengan bergantung pada orang lain.

LoveWhere stories live. Discover now