Raja Helen bersandar pada kerusinya. Kaki disilangkan begitu juga dengan tangan. Dia hanya memandang ke arah Tengku Hassanal yang membuat muka toya dihadapannya. Pagi-pagi lagi dia sudah kena hadap sampah masyarakat ni.
“Apa masalah you sampai datang wisma I? Tak boleh duduk diam-diam dekat pejabat you ke?” Soal Raja Helen geram.
“I ni mana boleh masuk pejabat kalau tak tengok muka buah hati dulu. Kita lunch sma-sama ya hari ini.” Jawab Tengku Hassanal dengan muka bersahaja.
“I tak nak! You tak faham bahasa melayu ke hah?”
“I tak kira. Hari ini you kena lunch dengan I okay love.”Raja Helen menunjukkan riak menyampah. Dia mengetap gigi.
“Boleh tak you balik pejabat you sekarang? Buatnya terserempak dengan abang I lagi macam mana? Mahu lebam satu muka you tu.” Raja Helen menunjukkan ke arah muka Tengku Hassanal. Masih dapat dilihat lebam ditepi bibir itu.
“Wah, you risau pasal I ke love? Ni yang buat I sayangkan you. Jangan risau, kali ini kalau Hud tumbuk I lagi, I akan lawan.”
“I bukan risaukan you tapi I ni masih ada sikap berperikemanusiaan. Nanti apa pula pekerja I cakap kalau dua hari berturut-turut muka you lebam? Lagipun, buat apa I sayang you? Sayang pun kena tinggal juga kan?” Raja Helen menyindir dihujung ayat.
“Kalau abang I tumbuk you, sumpah I cakap I akan tolong dia. Biar you masuk icu terus senang.” Tambah Raja Helen lagi.Tengku Hassanal memegang dada sendiri. Menusuk betul ayat yang dilempar gadis ini.
“Love, you memang tak nak bagi I peluang ke? I sanggup buat apa saja untuk you sayang. I rindukan you yang dulu. Please bagi I peluang kedua, I janji I tak akan sia-siakan you lagi.” Tengku Hassanal mahu mencapai tangan Raja Helen tetapi ditepis gadis itu.
“You rasa you layak ke untuk dapat peluang tu Has? Kenapa you nak rindukan diri I yang you dah bunuh dulu? I yakin Hud dah cakap dekat you tempoh hari kan? Kenapa lepas I dah sembuh dari luka, baru you nak muncul semula Has? You tahu tak betapa susah I nak teruskan hidup? Sebab I , abang I tunda pemergiaan dia ke Itali bertahun-tahun.” Terluah juga isi hatinya selama ini. Tetapi wajahnya langsung tidak menunjukkan kesedihan mahupun reaksi.
“Love….”
“Enough Has. I tak nak dengar apa-apa dari you. Pergi balik pejabat you dan jangan ganggu i.” Kata Raja Helen. Dia memandang ke arah tingkap. Sebu hatinya melihat lelaki itu.
“I’m truly sorry love. I akan tunggu you. Itu janji i.” Tengku Hassanal bangun dan meletakkan seutas rantai milik Raja Helen dahulu.
“I jaga rantai ni macam nyawa I sendiri. I tak permah lupakan you walaupun sesaat. I janji I akan tepati janji I untuk jadikan you ratu hati i. I pergi dulu.” Usai berkata, Tengku Hassanal meninggalkan pejabat itu. Ya dia terluka tetapi kesayangannya lagi terluka.Keluar saja Tengku Hassanal dari ruangan itu, Raja Helen kembali berpusing menhadap meja kerjanya. Dia mengambil rantai itu. Loket yang ada disitu dia buka, gambar mereka berdua masih utuh disitu.
Rantai ini dia kembalikan pada malam Tengku Hassanal memberitahunya tentang perkahwinan lelaki itu dengan Rose Dinara. Tak sangka Tengku Hassanal masih menyimpannya.
Dia menghela nafas sebelum mencampak rantai itu ke dalam laci, bersama dengan sepucuk pistol. Dokumen yang berada diatas meja ditarik. Dia perlu fokus pada kerja.
**
Raja Hud mengerling ke arah dua ekor beruk yang berada diatas sofa sedang bermain video game.
“Kau berdua ni dah tak ada kerja sangat ke sampai melepak dekat pejabat aku?” Soalnya kepada Laith dan Eidlan yang sedang bersantai.
“Alah, dah dekat waktu lunch kan. Bukan selalu pun kami dekat sini. Kang kami lepak dekat pejabat Helen kau marah pula.” Jawab Laith dengan mata yang masih terpasak diskrin telefon.
“Masalahnya dari pagi kau dekat sini. Waktu lunch apanya? Kau tak tolong Hazel ke Eid?” Tanya Raja Hud kepada Eidlan.
“Wahai bakal abang iparku, sedarlah bahawa kakakku pergi outstation. Sebab tu aku datang ke sini.” Jawab Eidlan bersama sengihan tidak bersalah.