BAB 6

34 3 0
                                    

Tengku Hassanal melangkah keluar dari keretanya bersama Elvis. Baru saja kaki mahu melangkah ke dalam syarikatnya, tiba-tiba…

BOMMM!!

Kereta kesayangan Tengku Hassanal musnah dengan satu letupan. Beberapa orang pekerja yang turut berada disitu menjerit panik. Tercengang wajah Tengku Hassanal melihat perkara itu. Tak sampai lima minit dia turun, keretanya sudah hangus. Elvis pantas membuat panggilan kecemasan.
  
  “Tengku ada musuh ke? Berani dia letupkan dekat tempat awam begini.” Soal Elvis sambil memandang sekeliling. Berjaga-jaga jika majikannya diserang pula.
  
  “Musuh aku sekarang ni satu saja. Itu pun gadis pujaan aku. Kau lupa ke apa yang aku cakap dekat kau tempoh hari?” Balas Tengku Hassanal dengan wajah angau.
 
  “Datuk ke? Saya ingat Tengku bergurau saja hari itu. Tak sangka dia buat betul-betul.”
  
  “Fuh! Kereta meletup ke bang?” Tegur Raja Helen yang baru keluar dari lobi.
Serentak Tengku Hassanal dan Elvis berpaling ke belakang. Wajah sinis itu memenuhi ruangan mata mereka berdua.
  
  “You hantar lagi bunga atau coklat dekat I, I akan pastikan you ada dalam tu lain kali. Hari ini, I tunggu you turun dulu tapi tidak untuk kali kedua.” Raja Helen mengeluarkan amaran sebelum meninggalkan perkarangan pejabat itu.
  
  “Tengku, apa kata Tengku cari orang lain saja? Bahaya la Datuk ni.” Kata Elvis. Kenapalah majikannya suka pada orang gila?
  
  “Yang bahaya tu la aku suka. Jangan pandai-pandai suruh aku cari orang lain. Pergi padamkan api tu sekarang.” Tengku Hassanal menunjukkan ke arah keretanya yang sudah hangus.
  
  “Aku nak balik dengan apa hari ini?”
  
  “Naik grab Tengku.”
  
  “Kau lah naik grab untuk ambil kereta lain. Ingat aku miskin sangat ke? Kereta berlambak dekat rumah tu nak buat jadi harta pusaka ke?” Elvis dikerling. Ada hati nak suruh dia naik grab? Hilang la macho dia.
  
  “Kalau dah tahu macam tu, beli kereta banyak-banyak buat apa?” Tanya Elvis.
  
  “Saja hobi. Kau jangan banyak cakap. Kau bos ke aku bos?”
  
  “Tengku la bos, kalau  saya bos, dah lama saya pecat Tengku.”
  
  “Kenapa pula kau nak pecat aku?”
  
  “Saja hobi.”

Tengku Hassanal mengetap gigi.
  
  “Sebab tu kau tak boleh jadi bos, niat pun dah tak baik. Kau balik ambil kereta sekarang sebelum aku baling dengan kasut ni.” Dihalaunya Elvis sebelum di masuk ke bangunan miliknya. Habis sudah kereta kesayangan dia.

Elvis mendesis.

   "Orang lain buat aku pula nak kena hadap." Bebel Elvis sendiri. Tangannya lincah memesan khidmat grab. Grab pun grab lah, janji bos bayar.

**

Raja Hud memandang pelik adiknya yang tersengih dari tadi. Sudah lah tiba-tiba saja sampai dipejabatnya. Cosplay jadi kerang busuk pula.
  
  “Apa yang happy sangat tu adik? Dah hampir sepuluh minit tau adik datang sini tapi tak cakap apa pun.” Tegur Raja Hud. Dia bangun dan mendekati adiknya yang berada diatas sofa berhadapan dengan meja kerjanya.
  
  “Abang nak tahu tak? I happy gila hari ini.” Jawab Raja Helen dengan tawa. Dia masih terbayang wajah tercegang Tengku Hassanal tadi.
  
  “Why? Cerita lah.”

Raja Helen mencapai telefon pintarnya lalu dia mencari video letupan kereta Tengku Hassanal lalu ditunjuk kepada Raja Hud.
  
  “You buat ni adik?”
  
  “Hmm, siapa suruh dia hantar bunga dan coklat dekat I hari-hari? Boleh kena kencing manis pekerja I sebab makan coklat hari-hari.” Jawab Raja Helen mudah. Setakat satu kereta hilang, sepuluh kereta datang.

Bukan dia tidak tahu akan kehidupan mewah Tengku Hassanal. Lagipun memang hobi lelaki itu mengumpul kereta.
  
  “Masalahnya ini tempat awam adik. Kalau orang tahu ini kerja you macam mana? Habislah reputasi you.”
  
  “Tak ada orang tahu kecuali ada makhluk yang pergi cakap dekat mereka.” Raja Hud dikerling.
  
  “Abang, shopping jom. Lama tak kikis duit you.” Sambung Raja Helen.
  
  “Duit sendiri berkepuk, nak kikis duit orang pula.” Raja Hud menjentik perlahan dahi adiknya.
  
  “Alah bukan selalu. Lagipun dah lama you tak belanja i. Last you belanja pun, villa yang dekat pulau tu dengan Aston Martin tu saja. Lama kan?” Raja Helen mengerdipkan matanya berkali-kali.

LoveWhere stories live. Discover now