ARMANI FAIRY - 23

5.6K 398 54
                                        

Bersama perasaan gembira, Armani melangkah masuk ke dalam rumah dengan beberapa plastik berisi nasi lemak di tangan. Awal pagi lagi, dia sudah mengajak Danilla mencari sarapan pagi untuk seisi rumah. Memandangkan dia tak tahu memasak, jadi ini saja caranya menjamu ibu mertuanya.

"Ibu, Danilla dengan akak ada beli nasi lemak ni." beritahu Danilla sebaik saja mereka berdua tiba di ruangan dapur.

Armani tercengang melihat Seroja juga turut berada di situ. Rajin betul ya dia pagi-pagi dah terpacak dalam rumah orang. Memang tak ada rumah sendiri ke macam mana tu?

"Nasi lemak? La, Kak Seroja kamu pun bawa nasi lemak ni. Dia masak di rumah dia tadi. Ni banyak dia bawa." Puan Maryam tunjuk nasi lemak yang hampir siap dihidang di atas meja makan.

"Habistu nasi lemak yang kitaorang beli ni macam mana? Banyak tau kitaorang beli tadi. Kak Seroja kenapa tak bagitahu nak bawa nasi lemak juga?" Danilla kadang-kadang memang suka cakap lepas.

"Tak apalah. Ni Danilla jemput pakcik Hasyim dengan isteri dia makan sekali dengan kita. Lagi meriah. Kita makan dekat luar rumah." cadang Puan Maryam.

Daripada membazir makanan, lebih baik ajak jiran sekali sarapan bersama.

Danilla angguk lalu membuka langkah menuju ke rumah sebelah.

"Ada apa-apa yang Armani boleh tolong, ibu?" soal Armani menghampiri Puan Maryam.

"Hmm..." Puan Maryam melihat sekeliling.

"Armani buat air kopi boleh? Suami Armani tu nanti mesti cari air kopi pagi-pagi macam ni." pinta Puan Maryam.

"Seroja dah siapkan air kopi tadi, makcik. Seroja dah hidang atas meja makan tu." belum sempat Armani angguk kepala, Seroja mencelah terlebih dahulu.

Armani menjuling mata ke atas. Disebabkan ada ibu mertuanya di sini, Armani sedaya upaya menahan diri daripada melumur sambal nasi lemak ke muka Seroja.

"Abang mana, ibu? Tak nampak pun dari tadi?" Danilla muncul lagi selepas menjemput jiran sebelah bersarapan bersama.

"Abang Darrell bagitahu Kak Seroja tadi dia nak jogging sekejap." Seroja berjaya mencelah sekali lagi.

Armani memejam mata menahan amarah. Tangan dia ni panjang tau nak ambil pisau dekat sinki tu. Ada juga yang meninggal dunia pagi-pagi buta begini nanti.

Sibuk sangat dengan suami orang ni dah kenapa, Seroja?!

"Kak, kita hidang makanan ni dekat luar jom? Rasanya sekejap lagi Pakcik Hasyim dengan makcik Weena datang tu." ajak Danilla.

Ya, lebih baik dia pergi dari sini secepat mungkin sebelum Seroja hilang biji mata dia.

Armani membuntuti Danilla dari belakang sehingga tiba di perkarangan rumah. Makanan dan minuman dihidang di atas sebuah meja panjang warna putih yang terletak di sebelah taman mini kepunyaan Puan Maryam.

Bagus juga idea ibu mertuanya mengajak mereka semua bersarapan di sini. Cuaca tak terlalu panas dan sejuk pagi ini. Bukan selalu makan dalam suasana begini kan?

Kebetulan makanan siap dihidangkan, pakcik Hasyim dan isterinya juga tiba. Kedatangan mereka disambut Puan Maryam.

"Khair pun ada sekali? Bila sampai?" sedikit terkejut Puan Maryam melihat kehadiran anak lelaki tunggal pakcik Hasyim.

"Malam tadi. Bukan pandai nak bagitahu kalau balik. Nasib baik aku dengan Hasyim ada di rumah. Kalau tak, ha tidur lah dekat luar tu sampai pagi." jawab makcik Weeda masih sebal hati dengan anak lelakinya.

Khair hanya senyum nipis. Masih terhibur dengan reaksi terkejut ibunya dengan kehadiran mengejut dia malam tadi. Saja nak buat surprise, alih-alih kena bebel pula.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Jun 14, 2025 ⏰

Tambah cerita ini ke Pustaka anda untuk dapatkan notifikasi tentang bahagian baharu!

ARMANI FAIRYCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang