ARMANI FAIRY - 22

3.7K 316 22
                                        

Sunyi. Sepanjang perjalanan, masing-masing hanya mendiamkan diri. Sama ada Darrell atau Armani, dua-dua seakan tidak mahu mengalah untuk menjadi orang pertama memecahkan kesunyian. Armani apatah lagi.

Perasaannya sedang bercampur baur. Di antara marah, geram dan malu. Semuanya berkumpul menjadi satu rasa yang membuatkan dia sakit hati sendiri. Armani tahu kebisuan Darrell ketika ini ada kaitannya dengan kejadian malam tadi.

Buktinya, malam tadi Darrell langsung tidak masuk bilik tidur. Apa? Darrell geli sangat ke dengan dia? Lagipun bukan Armani yang mengundang, Darrell sendiri memulakan. Tapi sekarang kenapa pula nampak macam dia yang bersalah? Sepatutnya Armani yang harus marah atau menjauhkan diri. Bukan Darrell.

Ingat dia hadap sangat ke?! Tolonglah!

Bunyi hentakan pintu kereta mengejutkan Armani. Mata meliar di sekeliling. Dah sampai rumah ibu Darrell rupanya. Armani pandang kerusi pemandu di sebelah pula. Orangnya sudah tidak kelihatan.

See?

Buat macam kita tak wujud saja! Eee, geramnya!

Armani melangkah keluar dari perut kereta. Pintu dihempas kasar mahu melepaskan geram. Biarlah rosak. Bukan kereta dia pun.

Kaki dibawa menuju ke bonet kereta untuk mengambil bagasi namun kelihatan Darrell sudah mengeluarkan semua barang mereka. Armani terus melencongkan langkah ke pintu masuk. Malas nak menghadap muka Darrell. Pandailah dia angkat semua beg itu nanti.

"Armani, wait." Darrell sempat menyambar lengan Armani. Hampir jatuh Armani dibuatnya.

"What?" Suara mendengus berat. Sesekali tangan Darrell yang masih lekat dilengannya dijeling.

"Ingat perjanjian kita. Selagi kita ada di dalam rumah ini, you dengan I mesti berlakon depan ibu dan Danilla. Like a real husband and wife."

Armani ketawa sinis.

"Tak perlu you nak ingatkan pun, I sendiri tahu lah. Kita kan dulu pernah datang and tidur sini."

"No, no." Darrell geleng kepala.

"Sebelum ini, setakat tinggal sehari dua I tak kisah sangat. Tapi kali ini kita duduk lama, and I takut masa tu nanti macam-macam benda boleh jadi. Ibu tu walaupun dia tak sihat, mata dia tajam. Sekecil-kecil benda pun dia boleh perasan. So, behave yourself." ugutan halus dari Darrell langsung tidak menggerunkannya.

Armani meraup rambut ke belakang. Darrell yang sedang berdiri dihadapannya diperhati atas bawah.

"Jadi sekarang ni, you tak percaya dekat I lah? Hm?" Armani menyilang tangan. Darrell ini memang pandai betul mengusik moodnya.

"Bila masa I cakap I tak percaya-"

"Stop." Jari telunjuk Armani diarahkan ke bibir Darrell. Mata memandang jari dan wajah Armani silih berganti.

"You jangan risau. Selama kita berada di sini, I akan tunjuk depan semua orang yang kita berdua ialah pasangan suami isteri yang betul-betul in love. Paling sweet dan paling romantik di alam semesta." Meleret senyuman Armani.

Mengecil mata Darrell. "Okay. We'll see."

"Darrell, Armani! Kenapa tak masuk lagi? Panas dekat luar tu." suara Puan Maryam kedengaran di pintu masuk.

"Ibu!" Armani terus mempercepatkan langkah mendapatkan ibu mertuanya. Tangan orang tua itu lantas di salam.

"Ibu sihat?"

ARMANI FAIRYTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang