Nama Leanna muncul di notifikasi telefon pintar. Jari sempat membalas pesanan sahabatnya sebelum bingkas bangun dari sofa. Tote beg disangkut pada bahu lalu Dilan yang sedang nyenyak tidur dicium sekilas.
Armani memanjangkan leher setelah menutup pintu. Kelihatan kereta Range Rover diparkir di hadapan rumah. Leanna lah tu kut. Kaki berjalan pantas setelah pintu rumah dan pintu pagar dikunci.
Pintu penumpang bahagian depan dibuka.
"Lama kau tunggu?" soalan lantas diaju sedang Armani menarik tali pinggang.
"Lama lah juga sampai aku dah pasang niat nak hempuk kepala kau."
Jawapan Armani membuatkan Leanna mengekek ketawa.
"Aku memang sengaja lambat sebab aku bagi peluang kau pilih baju nak dipakai. Padahal nak lepak rumah Nadine je kut." Leanna kenal benar perangai Armani yang satu itu. Memanjang tak ada baju katanya padahal semua pakaian Armani boleh disedekahkan kepada 2 buah kampung.
"Anak kau mana?" soal Armani memaling ke belakang. Tiada langsung kelibat anak kecil comel itu.
"Aku baru lepas hantar dia pergi rumah mak mertua aku. Rindu sangat dengan cucu dia katanya. Malam sikit aku dengan Az ambil dia semula. Azrael tu mana boleh jauh dengan anak dara dia." jawab Leanna sambil fokus memandu.
"Aku tumpang gembira untuk kau, Lea. Az pandai jaga kau, sayang kau. Dulu aku paling risau kau tau. Takut kau hidup membujang sampai tua. Tak pun kau dah kahwin lari pergi Thailand. Kau tahu kan negara kita mana boleh kahwin sejenis."
"Mulut kau kan, Armani!" Cepat saja tangan Leanna menampar bahu Armani. Kurang ajar punya kawan!
Armani ketawa terbahak-bahak. Siapa suruh dulu suka tunjuk perangai anti-lelaki? Kan dah kena cop lesbian oleh dia dan Nadine.
"Aku pun tumpang gembira untuk kau. Akhirnya kawan baik aku dapat juga kahwin dengan crush dia zaman sekolah. Dulu boleh intai dari jauh je. Sekarang intai sampai bilik air pun tuan punya badan tak marah." giliran Leanna memulang paku.
Mati terus ketawa Armani. Berubah kerut wajahnya.
"Mana ada aku crush dengan Darrell dulu?! Kau jangan buat cerita ya, Lea? Aku tak pernah suka dia!" bentak Armani geram.
Giliran Leanna ketawa kuat. "Semua orang tahu lah, Armani yang kau suka dekat Darrell. Kau tak ingat peristiwa kau luahkan perasaan kau dekat dia guna mikrofon dulu? Satu sekolah dengar-"
"Kau diam boleh? Kau memang tak guna kan? Perlu ke kau nak ungkit balik peristiwa paling bodoh tu depan aku? Aku dah tak ingat lagi benda tu. Ee, bencinya aku dekat kau, Lea!" bahu Leanna dipukul berkali-kali. Biar lebam bahu tu dia kerjakan.
Sebenarnya Armani tak lupa dan takkan pernah lupa. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa susahnya Armani untuk berlagak biasa di hadapan Darrell setiap kali peristiwa itu terlintas di fikirannya. Darrell mungkin sudah lupa tapi mati hidup semula pun, kejadian itu takkan pernah luput diingatan Armani.
Waktu itu, mereka masih berumur 14 tahun. Pertama kali berjumpa Darrell, Armani sudah jatuh suka. Armani pernah berkali-kali menulis surat pada Darrell tapi satu pun lelaki itu tidak pernah balas. Entahlah, sebab sakit hati punya fasal. Armani terus jumpa Darrell di belakang pentas. Ketika itu juga, sekolahnya mengadakan persembahan teater. Armani tak sedar ada mikrofon yang belum dimatikan berhampiran tempat dia meluahkan perasaan.
And the rest of it...
Setahun Armani diejek kerana peristiwa hitam itu. Hampir dia mahu berpindah ke sekolah lain tapi ada satu hari tiba-tiba cerita itu lenyap begitu saja macam tak ada apa-apa yang berlaku.
ANDA SEDANG MEMBACA
ARMANI FAIRY
RomanceArmani Fairy x Darrell Raed Yang tidak ditakdirkan untukmu, Akan menemukan caranya untuk hilang. Yang ditakdirkan untukmu, Akan menemukan jalannya untuk pulang. Yang buruk sengaja Tuhan lepaskan, Agar yang baik mempunyai kesempatan untuk datang.
