BAB 1: MINAT

44 2 0
                                    

"Get get get get a guitar~
Get get get get a guitar~"

"Oi."

Raisha terus mengangguk-angguk tanpa menghiraukan manusia yang berada di hadapannya. Tumpuannya diberikan seratus peratus terhadap iPad di tangan.

Headphone yang terletak elok di kepala langsung di tarik. Serta merta kepala yang sibuk menunduk itu terangkat dan memandang tajam wajah manusia yang berada di hadapannya.

"Kau pehal! Bagi balik headphone aku!"

"No."

Dania langsung duduk dan meletakkan headphone yang di ambilnya di atas riba.

"Kacau daun la kau ni... Spoiled."

Kerutan di dahi Dania langsung muncul.

"Eh, aku panggil kau, kau buat tak tahu je ea. Tak habis-habis dengan Kpop tu. Cuba jadi perempuan tu matang sikit. Ini umur dah nak masuk 26 sibuk lagi dengan Kpop. Orang lain umur macam kau dah ada anak satu tau."

Raisha hanya menjeling. Dia langsung menutup iPad lalu di letakkan di dalam beg sandangnya.

"Suka hati aku la aku nak minat Kpop ke apa ke. Bukan aku mintak duit kau pun kalau beli album ke merch ke. Bising je."

"Eh eh pempuan ni. Aku ni nasihat kau sebagai seorang kawan. Yelah orang lain duk sibuk bercinta sibuk cari jodoh. Yang engkau berzaman zaman tori dah single. Kau nak jadi anak dara tua ke apa? Jadi-jadilah layan Kpop tu. Fokus pada hidup realiti ni. Kpop ni takde manfaat pun. Membuang masa je. Lagi teruk membuang duit."

Sakit hatinya mendengar kata-kata Dania itu. Walaupun bukan kali pertama dia mendengarnya, tetapi kata-kata seperti itu benar-benar mengguris hatinya.

"Kau tau kan couple tu haram? Aku layan Kpop ni sekadar dengar lagu je. Habis-habis tengok diorang menari, layan video diorang. Bukan aku bercinta dengan diorang. 24 jam tatap muka diorang. Berpeluk-peluk, bercium-cium. And kau sebagai kawan nak ke tengok aku keluar dengan lelaki entah sesiapa pastu berpeluk cium dengan alasan cinta? Belum halal lagi dah buat benda haram. Lagi satu. Jodoh tu di tangan Tuhan. Ada jodoh aku kahwin. Takde jodoh sudah. Apa, hidup ni pasal kahwin je ke? Please la."

Raisha langsung berdiri untuk beredar dari situ. Headphone miliknya di ambil secara kasar dari riba Dania. Jelingan tajam diberikan kepada sahabatnya itu.

"Oi! Aku tak sempat balas lagilah!"

Ekor matanya terus mengikut langkah Raisha yang sudah beredar dari situ. Keluhan berat muncul di bibirnya.

"Baru cakap sikit dah terasa."


*****


"Assalamualaikum warahmatullah... Assalamualaikum warahmatullah..."

Usapan lembut diberikan di wajahnya. Kemudian dia memandang ke wajah sahabat-sahabatnya yang sedang memerhati dirinya dari sisi. Mereka di sampingnya sudah lama selesai melaksanakan solat. Hanya dirinya sahaja yang terlambat kerana ada urusan di pejabat fakulti.

"Korang dah kenapa pandang aku sambil tersengih-sengih macam tu?"

"Tak la... Tengah tengok muka bakal pemimpin keluarga ni yang berseri-seri bak cahaya Ilahi."

Kening kanannya langsung terangkat.

"Merepek apa korang ni?"

"Beberapa hari ni aku perasan muka kau berseri semacam je. Macam orang nak kahwin."

EIDIL SAFWAN | EUNSEOK | 16+ [COMPLETE]Where stories live. Discover now