BAB 26: HILANG

5 1 0
                                    

Sambungan...

"Aku yang berusaha~
Mengharap kau kan setia~
Namun kau berpaling~
Dan aku tersia~
Kemanakah~
Sumpah dan setia~
Yang pernah mengikat hatimu~
Padaku~
"

Tepukan gemuruh diberikan kepada William, iaitu pelajar dari Thailand yang telah membuat persembahan tersebut.

Eidil memerhati ke arah penyanyi tersebut bersama riak wajahnya tanpa perasaan. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam saku seluar.

Setelah turun sahaja penyanyi itu dari pentas, dia mula berpaling untuk meninggalkan Dewan Canselori tersebut. Wajahnya kembali dingin dan serius.

Dia mula melabuhkan duduk di sebuah pondok tidak jauh berhadapan dengan Dewan Canselori. Rokok dinyalakan lalu di letakkan di hujung bibir.

"Assalamualaikum."

Anak mata Eidil melirik ke sisi. Hembusan asap dilepaskan dari bibirnya. Kemudian dia kembali memandang ke hadapan.

"Walaikumsalam."

Raisha mula melabuhkan duduk di kerusi kosong di bahagian kanan Eidil.

"Ada apa kau datang sini?"

Soalnya dingin tanpa memandang ke wajah wanita itu.

"Ermmm... Kau sihat?"

"Macam yang kau nampaklah."

Raisha mendiam buat seketika. Dia menunduk sambil menahan air matanya dari keluar.

"Lama kita tak jumpa kan? Kau... Lama dah tak datang rumah... Mama selalu tanya pasal kau."

"Dah takde sebab lagi nak datang sana."

Raisha mengangguk sebagai tanda memahami.

"Kenapa kau cari aku? Kenapa tak cari Wafiq?"

Bibirnya menghembuskan asap rokok ke hadapan. Anak matanya memandang sekumpulan pelajar yang sedang menunggu bas di pondok perhentian bas.

"Aku... Tak jadi kahwin dengan Wafiq."

Eidil mendiam bagi memberi ruang kepada wanita itu melanjutkan bicara.

"Anak kita dah takde..."

Bagaikan panahan kilat menusuk ke jantungnya. Biarpun jiwanya tersentak dengan kata-kata itu, namun dia tetap bersama wajahnya yang dingin.

"Aku datang sini sebab nak beritahu kau pasal ni–"

"Kalau kau beritahu aku pasal tu pun, bukan boleh ubah apa-apa. Aku pun bukan sesiapa lagi dalam hidup kau."

Air mata yang ditahan dari tadi akhirnya mengalir di pipi.

"Sepatutnya kau teruskan je perkahwinan kau dengan Wafiq. Bukan batalkan hanya disebabkan kau kehilangan zuriat. Macam-macam manapun, Wafiq tu boleh jaga kau."

"Tapi dia sendiri yang batalkan! Bukan aku!"

"Lepas tu kau datang cari aku lagi dekat sini kenapa?!"

Tengking Eidil dengan kuat. Rokok yang dipegangnya dari tadi langsung di campak di atas rumput.

"Datang jauh-jauh ke sini semata-mata nak cari aku hanya sebab nak beritahu semua ni. Kau tahu tak semua yang kau cakap ni sia-sia? Tak boleh ubah apa-apa dah pun. Aku dengan kau dah takde apa-apa. Aku dah takde kaitan dengan kau. Aku hanya ada kaitan dengan kau masa anak tu masih ada dalam perut kau. Sekarang budak tu dah takde. Kau nak buat apa? Kau fikir aku boleh selesaikan masalah ni? Hah?"

Dia langsung mendengus kasar.

"Aku ni memang pembawa suwei. Kau jangan cari aku dah. Aku taknak tengok muka kau lagi."

EIDIL SAFWAN | EUNSEOK | 16+ [COMPLETE]Where stories live. Discover now