Sambungan...
"Weh, seminggu dah aku tak nampak Fahri dan Eidil. Kau tahu tak diorang pergi mana?"
Soal Umair pada Hafiy yang sedang mengunyah makanan. Mereka sedang makan tengahari di cafe ketika itu.
"Entahlah. Takde pulak diorang beritahu diorang pergi mana."
"Ran, kau tahu tak diorang berdua pergi mana?"
Jahran langsung menggeleng sambil melihat handphone-nya.
"Pelik. And satu lagi aku pelik, aku tak nampak story IG diorang dah lama dah. Diorang block aku ke apa hah?"
"Diorang berdua kan memang jarang bukak IG. Aku tak rasa diorang block."
Balas Hafiy sambil memandang ke wajah Umair.
"Haah ek. Betul jugak. Hmmm."
Buku yang diletakkan di atas meja secara tiba-tiba membuatkan semua mata membutang ke arah Hairy. Dia baru sahaja tiba di cafe setelah tamat kelas.
"Korang ada kelas lagi ke kejap lagi?"
"Takde dah. Tadi last. Lepas habis makan ni nak gi solat. Pastu terus gi library siapkan assignment."
"Ohhh... Wafiq mana?"
"Wafiq jumpa lecturer. Ada hal katanya."
Hairy mengangguk. Kemudian dia memandang ke arah menu yang terpampang di black board cafe.
"Hairy, mana Eidil dan Fahri?"
Hairy kembali memandang ke wajah Umair.
"Ohhh... Diorang takde kat Malaysia. Diorang pergi Jepun 2 minggu."
Semua serentak memandang ke wajah Hairy bersama mata yang membulat.
"Jepun???"
"Haah. Diorang pergi bercuti."
"Bapak ah tak ajak aku pun... Sampai hati."
Rungut Jahran.
"Kenapa tiba-tiba je gi bercuti?"
Soal Umair bersama sedikit kerutan di keningnya.
"Tak tahulah yang tu. Kebetulan aku tengok Fahri beria kemas beg sebelum berangkat tu. Tu aku tanya dia nak gi mana. Then malamnya tu Eidil jemput dia nak gi airport."
"Aku rasa diorang gi healing kot."
Sampuk Hafiy sambil memandang ke wajah Umair dan Jahran.
"Taklah... Kenapa tak ajak do. Sedap je gi berdua. Ish."
"Diorang berdua kan rapat. Memang kacip. Serapat-rapatnya kita semua ni dengan diorang, diorang berdua lagi rapat each other."
Umair dan Jahran langsung terdiam. Ada benarnya juga.
"Aku nak beli makanan la. Sebab aku nak kena cepat. Lepas Zohor ni ada kelas lagi."
"Okay."
Balas Hafiy lalu menyambung makan.
"Macam pelik je kan tiba-tiba gi travel."
Ujar Umair pada Jahran.
"Tulah. Tak pernah-pernah lagi rasanya diorang gi travel berdua macam tu. Diorang balik nanti aku nak try korek."
"Nak ikut jugak."
"Bereh."
*****

YOU ARE READING
EIDIL SAFWAN | EUNSEOK | 16+ [COMPLETE]
Fanfic"Song Eunseok!" Matanya membulat memandang Eidil. Eidil yang tersedar akan renungan Raisha itu mula mengerutkan dahinya. "Mak ayah aku bagi nama aku Eidil Safwan. Bukan Song Eunseok." Jika anda ingin mengetahui kisah selanjutnya tentang Eidil, anda...