EPILOGUE: GERING

3 1 0
                                    

Sambungan...

"Amin Ya Rabbal Alamin..."

Air mawar dituang di atas tanah merah yang dipacak dengan dua batu nisan di bahagian kepala dan juga kaki. Kemudian bekas yang sudah kosong di letakkan di sisi. Wajah isterinya di pandang.

"Terima kasih sebab pujuk abang datang sini. Kalau tak disebabkan sayang, mungkin abang takkan pernah lagi jejak kaki di sini selepas arwah mama meninggal."

Raisha merenung setiap inci wajah suaminya. Segaris senyuman muncul di bibir merah jambu itu.

"Sebesar apapun salah mama, abang tak boleh nafikan yang mama bawa abang dalam kandungan selama sembilan bulan. Mama sentiasa mahukan yang terbaik untuk abang selama dia hidup. Cuma cara mama yang salah selama ni. Kita sebagai anak doakan supaya mama di ampunkan oleh Allah SWT dan ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman."

Eidil menunduk seketika. Kemudian dia memandang batu nisan yang terukir nama ibunya bersama wajah sayu. Tangannya mula menyentuh batu nisan tersebut.

"Ma, maafkan Eidil sebab selalu melawan cakap mama. Mulai hari ni, Eidil janji Eidil akan selalu doakan mama dan bacakan Yassin untuk mama setiap hari. Semoga Allah pertemukan kita di Syurga satu hari nanti."

Air matanya mengalir di pipi.

"Walaupun mama selalu lukakan hati Eidil, tapi jauh dalam hati Eidil, Eidil sayangkan mama."

Tangan Eidil digenggam kemas bersama kepalanya yang melentok di bahu suaminya.

"Kita jumpa lagi nanti ya mama."


*****


Pintu bilik wad yang bernombor 12 itu dibuka. Anak matanya langsung menangkap seorang doktor dan seorang jururawat yang sedang melakukan tugas terhadap pesakit yang terbaring kaku di atas katil.

"Doktor? Macam mana keadaan dia?"

Doktor lelaki tersebut mula memandang ke wajahnya.

"Dia stabil. Tapi masih belum ada tanda-tanda untuk sedar."

Bibirnya mengeluh berat. Sudah hampir lima bulan pesakit tersebut tidak sedarkan diri.

Memorinya ketika bertemu dengan pesakit tersebut beberapa bulan yang lepas langsung muncul di fikirannya.

"Kenapa tu???"

Soal Anton dan Sohee setelah melihat salah seorang peminatnya yang berada tidak jauh di kawasan pentas pengsan.

Semua ahli kumpulan Riize mula berkerumun di hujung stage untuk melihat keadaan peminat yang sudah tidak sedarkan diri itu. Pengawal keselamatan mula mengelilingi peminat tersebut.

"Paramedik! Paramedik! Tolong datang ke Section B sekarang! Ada peminat pengsan!"

Jerit pengawal keselamatan tersebut sambil memandang ke arah belakang venue. Tidak cukup dengan itu, dia menjerit menggunakan walkie talkie-nya untuk meminta bantuan.

"Tolong datang ke Section B dengan keadaan segera! Ada peminat pengsan!"

Pengawal keselamatan lain mula menggerakkan bahu peminat tersebut beberapa kali.

"Cik! Cik! Bangun cik!"

Wajah yang pucat lesi itu ditatap dengan perasaan bimbang.

"Encik, apa yang dah jadi?"

Soal Shotaro sambil memandang ke wajah salah seorang pengawal keselamatan tersebut.

"Peminat ni dia pengsan tiba-tiba! Kami tengah tunggu paramedik datang!"

EIDIL SAFWAN | EUNSEOK | 16+ [COMPLETE]Where stories live. Discover now