Sambungan...
Raisha memasuki ruangan kecil yang menjadi tempat kebiasannya meluahkan segala rasa yang terbuku di jiwa. Setelah tubuhnya masuk ke dalam, dia mengunci pintu. Dalam diam air matanya mengalir perlahan di pipi.
Pelbagai rasa yang menikam jiwa. Selama ini dirinya hanya berpura-pura kuat. Seolah-olah tiada apa-apa kesulitan yang membelenggu fikiran dan kehidupan harian. Ternyata itulah manusia. Bersembunyi disebalik topeng yang sentiasa berperwatakan ceria.
"Kpop ni takde manfaat pun. Membuang masa je."
"Even kau gemuk sikit tapi okaylah. Ada muka. Ada mata. Ada hidung. Ada mulut. Okay la tu. Kira sempurna la dari segi ciptaan Tuhan. Walaupun tak level good looking."
Wajahnya ditekup bersama air mata yang semakin laju mengalir di pipi.
Seperti biasa. Setelah puas menangis, tubuhnya keluar dari tandas seperti tiada apa yang terjadi. Namun, hati yang sarat dengan pelbagai rasa tidak mampu menipu anak matanya yang bengkak dan fikirannya yang sangat terganggu.
"Raisha! Kau dari mana? Puas aku cari tau!"
Ujar Balqis bersama nafasnya yang tidak teratur. Penat berjalan jauh dari fakulti ke perpustakaan pusat. Hampir 20 minit juga. Sudahlah cahaya matahari tiada belas kasihan terhadap manusia. Terik dan bahang membakar kulit.
"Kenapa?"
"Ni... Miss Fadila cari kau tau. Aku pun tak tahu kenapa."
Tidak lain tidak bukan pasti isu di dalam perpustakaan tadi. Laju sahaja dua manusia itu menyampaikan berita kepada pendidik kesayangan.
"Miss ada di mana sekarang ni?"
"On the way ke sini."
"Ermm."
"Kau okay tak? Semacam je muka."
"Aku okay. Sorry la. Disebabkan aku, kau kena jalan dari fakulti sampai ke sini. Dah la panas. Jauh lagi."
"Takpe. Bukan apa, aku tengok muka Miss serius semacam je. Kebetulan lepas bincang tu, ada orang call dia. Then dia tak cakap banyak. Terus suruh aku cari kau. Nasib baik aku tak balik kolej lagi. Tu aku teringat kau kena buat tugasan dekat library pusat. Tu aku terus gi sini."
"Ohhh..."
"Jom la masuk dalam. Kita tunggu kat dalam."
"Kau taknak balik kolej ke?"
"Taklah. Dah alang-alang datang sini, baik aku siapkan assignment. Boleh cari bahan rujukan sekali."
"Okay. Tapi kita tunggu dekat tingkat 1 la."
Balqis mula berasa hairan.
"Kenapa pulak? Bukan biasanya tingkat 1 ramai orang ke?"
"Hari ni kurang orang. Sebab orang sibuk kelas."
"Ohhh... Okay la kalau macam tu."
Bimbang bertemu dengan dua jejaka kejuteraan tersebut, ada baiknya mengelak selagi mampu.
*****
"Balqis, aku balik dulu."
"Okay."
Hanya sepatah sahaja jawapan yang diberikan. Anak matanya sibuk menelaah buku-buku yang bertebaran di atas meja.

YOU ARE READING
EIDIL SAFWAN | EUNSEOK | 16+ [COMPLETE]
Fanfic"Song Eunseok!" Matanya membulat memandang Eidil. Eidil yang tersedar akan renungan Raisha itu mula mengerutkan dahinya. "Mak ayah aku bagi nama aku Eidil Safwan. Bukan Song Eunseok." Jika anda ingin mengetahui kisah selanjutnya tentang Eidil, anda...