BAB 18: RUJU'

4 1 0
                                    

Sambungan...

Pandangannya dilontarkan ke arah ombak yang sedang beralun di tepi pantai. Angin yang tidak terlalu kencang membuatkan daun-daun di pohon berguguran jatuh di atas pasir.

Pantai sedikit sepi kerana waktu itu hari berkerja dan masih pagi. Terasa tenang dan nyaman seketika kerana jauh dari keramaian.

Tubuhnya mundar mandir di tepi pantai sambil menunggu seseorang yang dinanti-nantikan. Kemudian dia berhenti seketika sambil memerhati ke arah kereta Mazda CX-3 berwarna merah yang baru sahaja parkir di bawah pokok bersebelahan dengan keretanya.

"Lama dah ke tunggu?"

Soal Raisha sambil memandang ke wajah Eidil. Sedikit senyumanpun tidak terhias di bibirnya. Kelihatan serius namun tenang.

"Baru lagi."

Akhirnya mereka berdua melabuhkan duduk di sebuah kerusi yang tersedia di hadapan pantai.

"Ada apa nak jumpa ni? Sanggup drive jauh-jauh dari KL semata-mata nak datang sini."

Eidil mendiam seketika sebelum melanjutkan bicara.

"Mama sihat?"

Raisha mengangguk.

"Alhamdulillah sihat."

"Sebenarnya aku datang ni sebab nak tanya khabar kau dan tu..."

Eidil memuncungkan sedikit bibirnya ke arah perut Raisha. Raisha langsung memandang perutnya lalu mengangguk.

"Ohhh... Erm, kitorang berdua okay. Baru je balik dari klinik semalam."

"Kau dah kerja ke sekarang?"

"Belum. Aku masih mencari. Susah nak dapat kerja sekarang ni. Lagi-lagi untuk fresh graduated. Kalau ada kabel senanglah nak dapat. Ni takde kabel, kena usaha lebih la."

Eidil merenung ke wajah Raisha buat seketika. Jauh di dalam hatinya, dia berasa kasihan dengan bekas isterinya itu. Sudahlah sedang mengandung, kerja pula masih belum dapat.

"Kau pulak camne belajar? Okay ke?"

"Boleh la..."

Raisha hanya mengangguk lalu memandang ke pantai.

"Kalau aku tanya something boleh?"

"Tanya jelah."

Eidil mengambil nafas seketika lalu dilepaskan perlahan-lahan.

"Kalau... Kita ruju' semula boleh tak?"

Tepat anak matanya memandang ke wajah Eidil.

"Ohhh... Jadi drive jauh-jauh ke sini sebab nak tanya ni la? Kenapa ea?"

"Taklah... Sebab, kau pun pregnant. Apa salahnya kalau kita bersama semula."

Raisha menunduk seketika. Kemudian dia memandang ke pantai.

"Aku rasa better kita terus je macam ni. Lagipun kalau mama kau tahu kau nak kembali pada aku, mesti dia akan plan benda lain pulak untuk runtuhkan rumah tangga kita. Dari kau kembali pada aku, apa kata kau try ngorat Camelia. Mama kau mesti suka punya kalau dia jadi menantu."

Dengusan halus muncul di rongga hidungnya. Pandangannya turut dilemparkan ke arah pantai.

"Orang yang dah rosakkan rumah tangga aku, lepas tu kau nak suruh dia jadi isteri aku pulak? Aku lagi rela kahwin dengan janda tua mati suami dari perempuan tu."

"Tapi restu ibu tu penting kan? Disebabkan kau tak dapat restu mama kau, rumah tangga kita jadi retak. Kita tak boleh nafikan benda tu."

Eidil langsung berdecit.

EIDIL SAFWAN | EUNSEOK | 16+ [COMPLETE]Where stories live. Discover now