BAB 22: AKHIRNYA

9 1 0
                                    

Sambungan...

Eidil termenung jauh memandang iPad miliknya. Suasana hingar bingar di cafe fakulti itu langsung tidak dihiraukan.

"Eidil."

Sentuhan di tangannya membuatkan fikirannya kembali ke realiti. Wajah Fahri di hadapannya di pandang.

"Kau okay tak? Jauh betul termenung."

"Okay. Aku rasa ngantuk sikit."

"Sejak dua menjak ni aku tengok kau semacam je. Kau macam banyak termenung. Kau ada masalah ke?"

"Takdelah. Mana ada. Masalah aku sekarang ni satu je, aku tengah serabut cari bahan assignment ni."

Fahri langsung mengeluh kecil.

"Sokmolah buat rumit fikiran."

"Yelah. Kadang aku rasa macam nak tukar fakulti je. Stress aku belajar Engineering ni."

"Kalau kau tak ambil Engineering, kau nak ambil jurusan apa?"

"Seni muzik? Boleh nyanyi hari-hari."

Balasnya sambil tertawa.

"Kau fikir semudah ABC menyanyi tu? Sama je susahnya. Takde fakulti yang mudah. Semua susah."

"Taklah atleast aku takdelah serabut otak macam ni. Makin naik sem makin susah. Aku rasa nak cabut jap otak ni letak dekat tepi. Dah tenang baru pakai balik."

"Bengong."

Eidil langsung tertawa melihat reaksi sahabatnya itu.

"Ni dah dah. Aku nak gi library. Nak cari bahan. Kau nak ikut ke tak?"

"Bolehlah."

"Jom."


*****


"Salam sejahtera ke atas mu wahai sahabat-sahabatku sayang."

"Kau dah kenapa, buang tabiat?"

Soal Eidil setelah mendengar ayat Jahran itu tadi.

"Amboi cakap sikit marah."

"Itu bukan marah, tu tanya."

Jahran langsung mencebik. Kemudian dia menepuk tangannya sambil memandang ke wajah Eidil dan Fahri.

"Korang nak tahu satu benda tak?"

"Apa?"

Soal Eidil sambil menyelak helaian buku.

"Ermmm... Tapi macam tak best pulak aku yang beritahu. Kau kena dengar dari mulut tuan badannya sendiri."

"Eh, dari kau merapu camni. Baik kau duk diam-diam. Ni dalam library tau. Jangan kau fikir takde orang, kau suka-suka hati je nak buat bising."

"Ish dia ni emosi betul. Period ke apa."

"Aku lempang kang."

"Okay, okay, aku duduk."

Setelah melabuhkan duduk di hadapan Eidil, Fahri langsung tertawa kecil melihat dia mengejek Eidil dengan mimik mukanya. Sementara Eidil pula sedang sibuk membaca buku.

Umair, Wafiq dan Hafiy baru sahaja tiba di dalam perpustakaan di tingkat 3 itu. Manakala Hairy pula masih di dalam kelas. Jadi dia tidak dapat bersama dengan mereka pada waktu itu.

"Aaaa sampai pun, lambat."

Ujar Jahran setelah terpandang ke wajah mereka bertiga.

"Kau fikir ni perlumbaan ke apa?"

EIDIL SAFWAN | EUNSEOK | 16+ [COMPLETE]Where stories live. Discover now