Sambungan...
"Alhamdulillah... Akhirnya selesai dah majlis akad nikah. Tahniah ya Eidil, Raisha."
Eidil dan Raisha tersenyum manis.
"Terima kasih pak ngah sebab sudi datang ke majlis akad nikah kami."
Bapa saudara Eidil merangkap adik kepada bapanya iaitu Dato' Shahrizal mengangguk sambil tersenyum. Kemudian dia menepuk bahu Eidil beberapa kali.
"Eidil jangan susah hati pasal majlis resepsi. Majlis resepsi tu bila-bila boleh buat. Yang penting akad nikah ni."
Eidil mengangguk sebagai tanda memahami.
"Betullah tu. Tak payah rungsing pasal mama tu ya."
Sampuk bapa Eidil sambil menyentuh lembut bahu anaknya.
"Betul. Apa yang penting sekarang ni, Eidil jaga isteri baik-baik ya. Jangan stress stress. Jangan emosi tak bertempat. Relax relax je okay?"
"Baik pak ngah. Insha Allah."
"Ni Eidil, papa nak keluar kejap. Tengok mama."
Eidil mengangguk.
*****
Datin Rahimah memerhati suaminya melalui kaca mata hitam yang di pakainya. Dia hanya duduk di dalam kereta setelah selesai sahaja majlis akad nikah tadi.
"Imah, awak taknak jumpa ke adik-beradik abang dulu? Diorang masih ada dalam masjid tu."
"Takpelah bang. Saya nak duduk dalam kereta je. Panas dekat luar tu."
Dato' Shahrizal mengeluh berat.
"Awak tak jumpa pun lagi mama Raisha. Dia dari tadi tunggu nak berbual dengan awak. Yang awak terburu-buru nak masuk kereta. Tak baik buat dia macam tu."
Datin Rahimah langsung memandang tajam suaminya.
"Masa abang dan Eidil rancang majlis ni, ada ke nak bincang dengan saya? Baik sangatlah membelakangkan saya macam tu?"
Suaminya terdiam seribu bahasa. Akhirnya dia menutup pintu kereta dan berjalan kembali ke arah masjid.
"Eiii... Jangan harap aku nak terima perempuan tu. Sampai mati pun aku takkan terima."
Tangannya langsung menguatkan suhu aircond kereta. Bukan cuaca sahaja panas, malah hatinya juga turut panas.
*****
Eidil meletakkan bagasi di atas lantai ruang tamu rumah ibu mertuanya. Anak matanya memerhati setiap inci suasana di dalam rumah.
"Maaflah Eidil... Rumah mama ni tak berapa selesa. Maklumlah mama pun tinggal dengan Raisha je. Harap, Eidil dapat suaikan diri dekat rumah ni ya?"
"Ya Allah mama, kenapa cakap macam tu? Rumah mama ni besar jugak tau untuk dua orang. Eidil suka tengok suasana dalam rumah ni. Cantik, bersih, biarpun barang banyak."
Puan Haryati tersenyum manis.
"Yang selalu bersihkan rumah ni Raisha. Dia memang rajin. Mama ni biasanya jadi tukang masak je kat rumah ni. Kerja-kerja rumah yang lain semua Raisha yang buat. Termasuklah bertukang dan tukar mentol lampu."
Anak mata Eidil langsung membulat.
"Raisha pandai bertukang mama?"
"Pandai jugak sikit-sikit. Kadang tu baiki pintu, almari ke, dia yang buat. Tebuk-tebuk lubang dekat dinding untuk gantung frame gambar ni dia yang buat. Mama memang tak pandai."

YOU ARE READING
EIDIL SAFWAN | EUNSEOK | 16+ [COMPLETE]
Fanfiction"Song Eunseok!" Matanya membulat memandang Eidil. Eidil yang tersedar akan renungan Raisha itu mula mengerutkan dahinya. "Mak ayah aku bagi nama aku Eidil Safwan. Bukan Song Eunseok." Jika anda ingin mengetahui kisah selanjutnya tentang Eidil, anda...