Sambungan...
Tujuh sahabat mula berkumpul di sebuah pondok tidak jauh di hadapan Dewan Canselori. Masing-masing baru sahaja selesai menghadiri sebuah program yang dianjurkan oleh universiti. Memandangkan waktu masih awal untuk pulang ke kolej, mereka mengambil keputusan untuk berbual-bual sesama mereka sebelum azan Asar berkumandang. Masuk sahaja waktu solat, boleh terus ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat berjemaah.
"Eidil. Aku dah baca invitation kau dekat whatsapp. Diam-diam je ye kau bercinta? Tahu-tahu nak kahwin dah."
Ujar Hafiy lalu tertawa kecil.
"Entah kau. Takde angin. Takde ribut. Tiba-tiba hantar wedding invitation."
Sampuk Jahran pula.
"Aku bukan taknak beritahu korang. Tapi kita pun jarang berjumpa. Masing-masing sibuk dengan kelas, dengan program, dengan aktiviti itu ini. Jadi aku beritahu benda penting jelah. Lain la kalau korang sama macam Fahri. Satu kelas dengan aku."
Jahran langsung mencebik.
"Erghhh... Meluat je aku dengar. Walhal kita semua ni satu fakulti. Satu jurusan lagi. Batch je lain-lain. Jumpa hampir setiap hari. Alasan je lebih."
Eidil tersenyum janggal.
"Ni kau nak kahwin ni, mama dan papa kau tahu tak?"
Riak wajahnya langsung berubah setelah mendengar soalan Umair itu.
"Apa punya soalan kau ni? Takkan la aku dah susah payah buat invitation tapi parents aku tak tahu. Logik la sikit soalan tu kot ye pun."
"Lah, manalah tahu. Sebab seingat akulah, mama kau tu jenis susah nak deal punya orang. Takkan senang je dia terima pilihan kau."
Eidil langsung terdiam. Semua mata kini tertumpu ke wajahnya.
"Sejujurnya... Dia tak tahu pun pasal perkahwinan ni."
"Hah?????"
Serentak mereka semua bersuara.
"Kau biar betul Eidil??? Habis tu invitation tu??? Jap, aku peninglah."
Balas Jahran sambil menggeleng kepala. Eidil melepaskan keluhan berat.
"Papa aku, adik aku, dan ahli keluarga Raisha tahu pasal majlis nanti. Mama aku je yang tak tahu."
"Eiii... Ni mesti ada apa-apa ni kan?"
Soal Hafiy sambil merenung ke wajah Eidil.
"Aku beritahu mama aku nak kahwin. Tapi dia halang. Sebab pilihan aku tak sesuai dengan keinginan dia."
"Aduh, sian kau..."
Balas Jahran lalu menyentuh tangan Eidil.
"Aku even kena tampar sebab melawan dia hari tu. End up, papa kata teruskan je niat aku nak kahwin tu. Papa siap bagi kad kredit lagi untuk beli barang-barang kahwin."
"Aduh... Sampai macam tu sekali ek? Mama kau pun satu, tak boleh langsung consider sikit hasrat kau. Haih..."
"Tulah... Tapi apa nak buat, terpaksa belakangkan dia untuk hal ni."
Mereka semua membisu buat seketika. Fikiran masing-masing menerawang entah ke mana-mana.
"Takpe Eidil... Apapun aku respect kau sebab kau tak mengalah macam tu je nak halalkan Raisha."
Ujar Hairy pula sambil menepuk-nepuk bahu Eidil.
"Kalau mama kau tahu pasal ni, then dia suruh kau berpisah dengan Raisha, macam mana?"
YOU ARE READING
EIDIL SAFWAN | EUNSEOK | 16+ [COMPLETE]
Fanfiction"Song Eunseok!" Matanya membulat memandang Eidil. Eidil yang tersedar akan renungan Raisha itu mula mengerutkan dahinya. "Mak ayah aku bagi nama aku Eidil Safwan. Bukan Song Eunseok." Jika anda ingin mengetahui kisah selanjutnya tentang Eidil, anda...