Sambungan...
"Pagi yang gelap, kini sudah terang.
Aku adikmu, dan engkau abang~"Hafiy menyanyi riang di telinga Eidil. Sementara lelaki itu pula sedang nyenyak tidur di atas katil.
"Abe Eidil, sekarang dah pukul 7.30 pagi. Abe taknok gi kelas ke bea?"
Eidil menekup wajahnya dengan bantal.
"Abe, kalau abe asyik ponteng kelas jo, nanti kena gantung semester bea."
Lelaki itu masih tidak mempedulikan kata-katanya.
"Abe, bangunlah bea~"
Hafiy menyentuh dada Eidil sambil tersenyum nakal.
"Abe, jange wak lagu niy ko kito bea. Kito saye ko abe, amik berat ko abe deh."
Jahran dan Umair yang baru sahaja masuk ke dalam bilik langsung tertawa melihat tingkah Hafiy itu. Mereka berdua baru sahaja kembali dari bilik mandi.
"Erghhh!"
Eidil menepis kasar tangan Hafiy setelah tangan itu menyentuh lehernya.
"Bea sobar bea~
Bea rilek bea~
Jange jange wi jadi gegey~"Umair sudah menekup mulut menahan tawa dari terus meledak. Begitulah jika ada kelas di waktu pagi. Begitu susah rakan-rakan sebilik berusaha untuk membangunkannya.
"Bea... Bangunlah bea..."
Eidil sekali lagi menepis tangan Hafiy dengan kasar. Tubuhnya langsung bangun dan anak matanya tajam menikam wajah Hafiy.
"Kau takde kerja lain ke ha? Ganggu aku pagi-pagi macam ni?"
"Soba bea~ Bea kan ado kelas pagi niy. Kito ni mikir tanggungjawab jo bea. Takmoh bea repeat sem nanti."
Eidil merengus kasar sambil menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.
"Bea bangun tido pon jangok hor. Untung bini nanti hari-hari cuci mato. Sudoh la bea tido tok suko paka baju hor."
Jelingan tajam diberikan kepada Hafiy.
"Diamlah setan."
Eidil langsung menolak kasar bahu Hafiy lalu mencapai tuala yang tergantung di kerusi. Jahran dan Umair hanya memerhati sahaja abang mereka sambil memakai baju.
"Bea! Jange lupo amik wuduk qada' solat deh!"
Eidil hanya berlalu pergi tanpa menghiraukan jeritan Hafiy itu.
"Badmood semacam je mamat tu."
Ujar Jahran sambil memandang ke wajah Hafiy dan Umair.
"Itulah. Dari petang semalam muka dia semacam je. Macam singa kelaparan dah sekali tengok."
Balas Umair sambil memakai perfume.
"Korang berdua memang tak tahu ke apa yang jadi?"
Serentak Jahran dan Umair menggeleng.
"Dia gaduh dengan Fahri semalam. Sampai bertumbuk dekat library."
Terbeliak mata mereka berdua mendengarnya.
"Siezlah??? Apesal do???"
Hafiy mengeluh kecil.
"Katanya si Fahri sebut pasal Qaseh."
"Qaseh? Ohhh ex dia dulu kan?"
Hafiy mengangguk beberapa kali.
"Mak aih, sampai macam tu sekali ea dia marah?"

YOU ARE READING
EIDIL SAFWAN | EUNSEOK | 16+ [COMPLETE]
Fanfiction"Song Eunseok!" Matanya membulat memandang Eidil. Eidil yang tersedar akan renungan Raisha itu mula mengerutkan dahinya. "Mak ayah aku bagi nama aku Eidil Safwan. Bukan Song Eunseok." Jika anda ingin mengetahui kisah selanjutnya tentang Eidil, anda...