BAB 7: IKATAN

13 2 0
                                    

Sambungan...

"Entah siapa yang salah~
Ku tak tahu~
Yang kini menjadi~
Beban fikiran~
Dihati hatiku~
Kau berlalu pergi~"

Segelas air kopi diletakkan di sisi Eidil. Kemudian dirinya melabuhkan duduk di atas bangku yang sama diduduki Eidil. Pandangannya dilontarkan ke pantai yang terbentang luas di hadapan mereka berdua. Biarpun suasana gelap kerana sudah malam, namun masih kelihatan air laut yang tenang dan beberapa nelayan yang sibuk menjala ikan.

"Eidil."

Lelaki itu hanya mendiam. Cuba memberi ruang kepada manusia di sisinya bersuara.

"Aku ni... Dah lama sangat single. Kalau nak bersama dengan seseorangpun, aku kena hadap 'talking stage'. Benda tu buat aku rasa exhausted. Salah satu punca jugak buat aku nak terus single. Selain dari masalah kepercayaan."

Eidil mendiam seketika. Nelayan yang sedang menarik jala ditenung.

"Aku rasa, aku tak bersedia lagi untuk bersama dengan sesiapa buat masa ni."

Wajah Eidil dipandang. Redup pandangannya disebabkan angin lembut menyentuh wajah.

"Aku pun tak bersedia."

Tubuh yang memakai sweater bersama cargo pants itu ditenung dengan riak terkejut.

"Tapi aku nak bagi peluang pada diri aku. Untuk buka buku baru."

Mata yang bersinar itu mula memandang ke arah Raisha. Terkedu seketika melihat anak mata yang cantik bersama wajah yang lembut. Biarpun sudah acap kali memandang, sampai ke hari ini dirinya masih terpegun. Tampan sungguh lelaki ini. Asyik melihatnya.

"Aku takkan paksa kau, kalau kau tak bersedia. Tapi bila kau dah bersedia nanti, kau carilah aku. Aku akan selalu tunggu kau."

Jika tadi terkedu kerana pandangan, kini terkedu kerana ayat yang dilontarkan.

Senyuman manis terukir di bibirnya. Wajahnya menunduk seketika.

"Mungkin aku tak perfect macam Eunseok, tapi aku akan usaha untuk setia dengan kau sampai ke akhir hayat."

Raisha memerhati Eidil dari sisi. Jauh di lubuk hati, dia tidak dapat menafikan lelaki ini sangat persis seperti Song Eunseok. Namun lebih sempurna kerana dia seorang Muslim. Sementara Eunseok pula mempunyai kekurangan dari segi itu.

"Tapi kalau kau nak cuba bagi peluang, kita akan usaha sama-sama. Perlahan-lahan. Hidup bersama bukan untuk bersaing dengan sesiapa. Kita hidup untuk diri kita, untuk Tuhan, untuk akhirat."

Anak mata mereka mula bertaut antara satu sama lain.

"Saranghae."


*****


Raisha sedang menyimak 300 keping borang soal selidik yang diterimanya tadi. Kemudian dia mencatit catatan di buku notanya. Fahri, Eidil dan dua orang pelajar lain hanya melihat Raisha melakukan tugasnya.

Setelah selesai, dia mula memandang ke wajah mereka di hadapannya.

"Fahri, nanti tolong bagi borang soal selidik ni pada Miss Fadila ya. Jumlah persetujuan cadangan dari responden saya akan hantar melalui e-mail pada Miss Fadila nanti."

"Insha Allah. Nanti saya bagi pada Miss."

Raisha mengangguk sambil tersenyum nipis. Kemudian dia memandang tiga lagi sahabatnya.

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada korang sebab dah banyak membantu saya."

Mereka bertiga hanya tersenyum sambil mengangguk.

EIDIL SAFWAN | EUNSEOK | 16+ [COMPLETE]Where stories live. Discover now