Sambungan...
Renungan Raisha ke wajahnya membuatkan hatinya kurang senang. Dania yang berada di sisi Raisha langsung menampar lengan sahabatnya itu.
"Kau dah kenapa???"
Anak mata yang membulat langsung dialihkan ke wajah Dania.
"Muka dia macam Eunseok RIIZE!"
"Hah???"
"Iya weh. Jap aku tunjuk."
Raisha mengeluarkan iPhone 14 Pro Max dari saku baju kurungnya. Kemudian dia menunjukkan wajah Eunseok yang terpapar di wallpaper handphone miliknya.
Berpinar-pinar anak mata Dania melihat wajah lelaki yang berada di handphone itu dan wajah Eidil. Berkerut-kerut dahinya memikir persamaan di antara wajah mereka berdua.
"Iyalah... Macam sama..."
Ujarnya perlahan. Eidil yang melihat situasi tersebut langsung menghampiri Dania lalu mengambil handphone Raisha dari tangannya.
"Oi kau dah kenapa–"
Saat anak matanya jatuh di screen wallpaper, dia langsung terdiam. Fahri mula menghampirinya sambil turut melihat gambar di screen handphone tersebut.
"Yelah weh... Lelaki ni muka macam kau."
Agak lama dia memerhati gambar lelaki itu bersama mukanya yang sangat serius.
"Nah."
Eidil menghulur handphone tersebut kepada Dania. Kemudian anak matanya memandang ke wajah Raisha.
"Aku lagi handsome dari lelaki tu."
Dania dan Raisha langsung terlopong. Wajah Eidil yang bersahaja membuatkan mereka tidak percaya dengan tingkah lakunya seperti itu. Sementara Afra pula sudah cuak kerana Miss Fadila sudah mula masuk ke dalam kelas.
"Weh, jomlah masuk kelas. Miss dah masuk tu."
Tanpa sempat membalas kata-kata Eidil, Dania memulangkan kembali handphone Raisha dan mereka mula melangkah menuju ke kelas. Wajah Miss Fadila lebih menakutkan di fikiran mereka berbanding perbualan bersama dua jejaka tampan tersebut.
Namun begitu, jelingan ringkas sempat diberikan kepada Eidil. Eidil yang tersedar akan jelingan Raisha itu mula memberikan tatapan dingin. Setelah kelibat mereka bertiga tiada, Eidil mula bersuara tanpa memandang ke wajah Fahri.
"Muka aku ni sama sangat ke macam lelaki Cina tu?"
Fahri langsung tertawa kecil setelah mendengar soalan Eidil itu.
"Bukan Cina tu... Itu Korea. Aku rasa artis Kpop tu."
Eidil langsung berpaling dan memandang Fahri.
"Siez la? Bukan Cina ke?"
Sekali lagi Fahri tertawa kecil.
"Bukan... Itu Korea... Aku tahulah, adik aku minat sangat Kpop. Adik aku pun letak gambar artis Kpop dekat wallpaper handphone dia. Sebijik la macam perempuan tu."
"Mendelah obses sangat dengan Kpop. Macam budak-budak."
"Kau jangan benci sangat... Sekali kau kahwin dengan peminat Kpop nanti ha... Baru padan muka kau."
Renungan sinis langsung diberikan kepada Fahri.
"Kau fikir aku takde test sangat ke sampai nak kahwin dengan peminat Kpop?"
"Aihhh mana tahu... Lagipun, kau jangan cakap besar. Jodoh tu takdir Tuhan. Kpop tu hobi je. Bukan benda yang menjengkelkanpun."
Eidil langsung berdecit.
YOU ARE READING
EIDIL SAFWAN | EUNSEOK | 16+ [COMPLETE]
Fanfiction"Song Eunseok!" Matanya membulat memandang Eidil. Eidil yang tersedar akan renungan Raisha itu mula mengerutkan dahinya. "Mak ayah aku bagi nama aku Eidil Safwan. Bukan Song Eunseok." Jika anda ingin mengetahui kisah selanjutnya tentang Eidil, anda...