Sambungan...
Eidil memicit-micit kepalanya sambil memandang skrin iPad. Kusut fikirannya memikir silibus yang baru sahaja dia pelajari di dalam kelas tadi. Fahri yang berada di sisinya langsung menyiku lengannya.
"Kau dah kenapa? Serabut semacam je aku tengok."
"Tak, aku pening dengan silibus ni..."
Fahri tertawa kecil.
"Pening-pening kau, sekali keluar result kau jugak yang dapat A."
Eidil langsung menjeling ke wajah Fahri.
"Aku dapat A sebab study. Kalau tak study aku dah dapat E."
Tawa Fahri meletus kuat.
"Gelak, gelak."
"Aku rasa kau bukan rungsing pasal silibus ni kan? Kau rungsing pasal lain kan?"
Eidil mengeluh berat.
"Takde maknanya pasal lain."
"Ni, kau tau tak kau ni kusut dari lepas kita balik dari Terengganu hari tu lagi. Kalau kau ada masalah cerita jelah dekat aku. Tak payah pendam sendiri, pastu kusut, serabut bagai."
Sekali lagi keluhan berat muncul di bibirnya. Kemudian dia menatap wajah Fahri.
"Kalau aku cakap kau janji jangan gelak."
Fahri mengangkat tangannya sebagai simbol janji.
"Janji."
Sebelum meluahkan apa yang terbuku di hatinya, dia mengambil nafas sedalam yang mungkin. Kemudian barulah dilepaskan perlahan-lahan. Matanya tepat menatap wajah Fahri.
"Aku ajak Raisha tunang."
Mulut Fahri langsung melopong.
"Sepatutnya hujung minggu lepas, tapi tak jadi. Sebab Raisha suruh tangguh dulu. Dia suruh bagi masa."
Tangannya laju mengusap rambutnya kebelakang.
"Masalahnya dah panjang lebar aku bagi explaination tapi dia still nak tangguh."
"Kejap. Kejap."
"Apa?"
"Yang kau kelam kabut sangat ajak dia tunang dah kenapa? Korang baru je kenal kot. Kalau aku jadi Raisha pun aku nak kena fikir dulu. Benda libatkan masa depan. Takkan nak main terima je."
Eidil menggulingkan anak matanya ke atas. Keluhan berat muncul lagi di bibirnya.
"Aku ajak tunang. Bukan ajak couple do. Means aku serius nak jadikan dia wife aku. Aku taknak couple couple ni. Buang masa and buat maksiat. Even bukan berzina pun tapi still maksiat. Sebab takde ikatan yang sah. Haram hukum dia. Jadi aku cari jalan yang lebih baik dengan ajak dia tunang, then bulan depan kahwin."
Fahri sekali lagi melopong. Rasa tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Baginya, Eidil benar-benar sudah gila.
"Kau suka dekat Raisha sampai macam tu sekali ek?"
"Yelah. Apa kau ingat aku main-main?"
"Taklah... Tapi bagi aku la kan kalau korang taknak couple pun, korang still boleh kawan dulu. Ajak tunang atau ajak kahwin terus tu macam- cepat sangat..."
"Benda baik kena percepatkan. Karang kalau lambat-lambat orang keliling jugak cakap jangan lama-lama sangat. Tak baik usung anak dara orang sana sini."
"Jap. Mama dan papa kau tahu ke pasal ni?"

YOU ARE READING
EIDIL SAFWAN | EUNSEOK | 16+ [COMPLETE]
Fanfic"Song Eunseok!" Matanya membulat memandang Eidil. Eidil yang tersedar akan renungan Raisha itu mula mengerutkan dahinya. "Mak ayah aku bagi nama aku Eidil Safwan. Bukan Song Eunseok." Jika anda ingin mengetahui kisah selanjutnya tentang Eidil, anda...