Sambungan...
"Cantik gila pantai dekat Terengganu ni!"
Jerit salah seorang pelajar yang baru sahaja turun dari bas.
"Tolong ambil gambar aku sekejap."
Pelbagai ragam dan kerenah pelajar saat tiba sahaja di hadapan sebuah pantai di Kuala Terengganu itu.
"Haih berat gila beg masing-masing."
Rungut Raisha yang sedang sibuk membawa keluar pelbagai jenis beg pelajar dari perut bas.
"Ginilah, asyik kita je kena buat kerja sorang-sorang."
Biarpun mulut bersuara, namun tangannya turut berjalan.
Sedang sibuk membawa keluar beg-beg tersebut, salah satu tangan turut sama mengangkat beg yang berada di dalam perut bas itu. Anak mata Raisha laju menoleh ke sisi.
"Lain kali kalau takde sesiapa nak tolong, mintaklah tolong. Manusia ni kalau tak disuruh, memang takkan buat."
Keluhan berat muncul di bibirnya.
"Kalau tak ikhlas tak payahlah tolong."
Eidil mengambil beg yang terakhir dari perut bas tersebut lalu diletakkan bersama beg-beg yang lain.
"Ikhlas tu hanya Tuhan yang tahu."
Raisha langsung menggulingkan anak matanya ke atas.
"Kau kan patut bertugas untuk kawal diorang. Dah kenapa kau dekat sini?"
"Fahri dah ada dekat sana. Cukuplah dia sorang je. Takkan aku nak biar perempuan sorang-sorang buat kerja berat dekat sini."
Wajah selamba Eidil direnung lama.
"Perempuan mana boleh angkat berat-berat sangat. Nanti rahim jatuh."
Raisha langsung tertawa.
"Dah macam makcik-makcik dah bebel."
"Aku cakap benda betul. Memanglah anak tu kurniaan Tuhan, tapi kita sebagai manusia kena jaga apa yang Tuhan dah berikan. Macam rahim kau la. Kena jaga baik-baik. Lagi-lagi kau belum kahwin."
Makin kuat tawa Raisha.
"Yang kau kisah sangat kenapa? Kau fikir ni first time aku buat kerja-kerja berat macam ni? Dah puas dah aku angkat benda berat. Takde apa jadi pun dekat rahim aku. Elok je."
"Urut untuk naikkan rahim tu sakit dia bukan sikit. Kalau kau sanggup hadap silakan. Lagipun aku taknak benda macam tu jadi dekat orang yang aku sayang."
Kerutan di dahi Raisha langsung muncul. Terkejut dengan apa yang didengarinya.
"Hah???"
"Kau pergi panggil diorang, biar aku susun beg ni."
"Okay..."
Tanpa sebarang bangkangan, Raisha langsung menuju ke arah pantai.
"Aduh... Macam mana boleh terlepas pulak..."
*****
"Eidil."
Dia memandang sekilas ke arah Fahri di sisi.
"Nah."
Fahri menghulur sebotol air mineral kepadanya bersama segaris senyuman.
"Dari tadi kau tak berhenti-henti buat kerja."
Eidil meneruskan aktivitinya menyusun kerusi yang tidak teratur memandangkan mereka semua baru sahaja selesai melaksanakan program petang itu.
YOU ARE READING
EIDIL SAFWAN | EUNSEOK | 16+ [COMPLETE]
Фанфик"Song Eunseok!" Matanya membulat memandang Eidil. Eidil yang tersedar akan renungan Raisha itu mula mengerutkan dahinya. "Mak ayah aku bagi nama aku Eidil Safwan. Bukan Song Eunseok." Jika anda ingin mengetahui kisah selanjutnya tentang Eidil, anda...