BAB 27: KEMBALI

9 1 0
                                    

Sambungan...

Eidil menyandarkan tubuhnya di bahu kerusi batu di pondok fakulti. Salah satu kakinya di silang ke atas. Anak matanya tekun melihat iPad. Helaian buku yang terbuka di atas meja terbang setelah ditiup angin. Air kopi ais yang tinggal separuh tidak lagi disentuh olehnya.

Bungkusan makanan yang diletakkan di atas meja di hadapannya membuatkan pandangannya mula beralih. Kemudian dia menunduk kembali memandang iPad tanpa mempedulikan manusia yang sedang berdiri memandang ke wajahnya.

"Ada apa lagi kau datang sini?"

Soalnya sambil scroll skrin iPad.

"Aku ada bawak makanan yang kau suka."

"Kau datang dari jauh semata-mata sebab nak hantar makanan ni?"

"Aku datang melawat papa dan Eshal. Diorang kata kau dah lama tak balik rumah. Jadi aku bawakkan makanan ni dekat kampus."

Raisha mula melabuhkan duduk di kerusi kosong di bahagian sisi Eidil. Kemudian dia membawa keluar makanan tersebut dari bungkusan plastik lalu di letakkan di hadapan Eidil. Segaris senyuman muncul di wajahnya setelah memandang ke wajah Eidil.

"Makanlah."

Eidil merenung seketika ke arah bekas makanan tersebut.

"Aku rasa ada baiknya kau beri makanan ni dekat Wafiq. Dia lebih memerlukan makanan ni dari aku."

"Tapi aku niat untuk kau. Bukan untuk dia."

Penutup casing iPad di tutup. Wajah Raisha di pandang.

"Aku taknak makanan ni. Kau balik jelah."

Dia langsung berdiri. Namun Raisha menarik hujung bajunya sehingga Eidil memandang ke wajahnya.

"Please maafkan aku..."

Entah kenapa hatinya berasa luluh melihat wanita itu mengalirkan air mata. Sebelum ini hatinya kering. Langsung tidak memberi peluang walaupun sedikit.

"Aku betul-betul minta maaf atas semua benda yang aku dah buat. Aku harap kau kembali pada aku."

Dia menyeka air matanya yang terus mengalir.

"Aku janji lepas ni aku takkan ulang lagi semua silap aku yang lepas. Aku cuma perlukan kau dalam hidup aku. Aku cintakan kau."

Bagai dipanah hatinya setelah mendengar ayat terakhir itu. Ayat yang selama ini dia berharap untuk didengar walaupun hanya sekali. Kerana wanita itu tidak pernah sekalipun menyatakan ayat tersebut kepadanya biarpun ketika mereka masih bersama sebelum ini.

"Aku sedar yang aku– cintakan kau sangat-sangat. Aku tak boleh kalau kau takde–"

Dia langsung menekup wajahnya sambil menangis teresak-esak. Bibir Eidil seperti kaku untuk mengeluarkan sebarang ayat. Entah kenapa kakinya turut seperti terpaku di lantai untuk terus bergerak.

"Aku tahu selama ni aku banyak lukakan hati kau. Aku selalu fikir pasal hati sendiri sampai aku lupa nak jaga hati kau. Aku harap sangat, kau boleh beri peluang pada aku untuk kali terakhir."

Air liurnya ditelan. Fikirannya mula menjadi buntu.

"Eidil."

Dia langsung menoleh ke sisi setelah mendengar panggilan namanya itu.

"Aku pun salah. Kau tak pernah rampas Raisha dari aku. Tapi aku yang tak sedar diri sebab tak reti nak move on. Aku mintak maaf sebab aku dah lukakan hati kau. Aku tak fikir perasaan kau selama ni. Aku pentingkan diri. Aku mintak maaf sangat-sangat."

EIDIL SAFWAN | EUNSEOK | 16+ [COMPLETE]Where stories live. Discover now