BAB 4: HAKIKAT

19 2 0
                                    

Sambungan...

Raisha mengusap kasar wajahnya sambil menatap skrin komputer riba. Terganggu dek kerana surat yang diterima melalui e-mail tersebut.

"Apesal?"

Miqaila menatap wajah sahabatnya merangkap rakan sekelas yang selalu menjadi salah seorang ahli kumpulannya ketika melakukan tugasan.

"Ni, aku tak dapat kolej sem depan."

"Hah? Siez ah? Engkau senior kot. Takkan tak dapat?"

"Ni kau tengok sendiri."

Anak matanya turut menatap skrin komputer riba tersebut.

"Iyalah... Alahai pastu macam mana? Kena cari rumah sewa la?"

Awning tudung yang terletak elok kini menjadi tidak sekata akibat tangan yang terus-menerus mengusap kasar.

"Erghhh serabut!"

Tubuhnya langsung berdiri dan berlalu pergi. Barangan peribadi miliknya ditinggalkan di atas meja bersama sahabatnya.

Setelah kelibat sahabatnya itu tiada, Miqaila kembali memandang skrin komputer riba dan mengeluh kecil.

"H.E.P. ni pilih kasih la... Habis madu, sepah dibuang."

Raisha termenung jauh bersama bibirnya yang sibuk menyedut air coklat strawberi frappe. Setelah keluar sahaja dari perpustakaan, dia langsung ke cafe sebelah untuk membeli minuman. Otaknya memerlukan gula untuk mencari solusi.

Fahri menyentuh bahu Eidil setelah terpandang manusia yang dikenali tidak jauh di hadapan mereka. Eidil yang dari tadinya menunduk melihat handphone mula mengangkat wajah.

"Dah kenapa muka monyok macam tu?"

Soal Eidil perlahan.

"Jomlah."

Fahri mendahului perjalanan. Kemudian baru diikuti Eidil dari belakang.

"Raisha."

Wajah comel itu mula memandang ke arah si pemanggil namanya.

"Ah-"

"Okay tak? Jauh termenung?"

Kerusi yang terletak elok di bawah meja ditarik keluar. Eidil juga turut berbuat demikian.

Bukan tidak nampak lelaki itu, tetapi dia menganggapnya seperti tidak wujud. Sekilas jelingan sahaja diberikan bersama wajah yang mendatar.

"Ni... Next sem tak dapat kolej..."

Fahri mempamerkan wajah terkejut. Sementara Eidil pula bersama riak bersahaja.

"Bukan biasanya junior ke yang susah nak dapat kolej? Senior pun kena jugak?"

Raisha hanya menunduk.

"Kolej Siti Aisyah memang lain sikit. Kalau junior baru nak masuk, memang senior-senior selalu kena buang. Tu sebab ramai yang duduk rumah sewa."

"Macam tu ea? Sebab kami tak pernah dengar pulak senior kolej kami kena buang melainkan ada masalah disiplin je."

"Korang kolej mana?"

"Kitorang dari Kolej Saidina Ali."

"Ohhh... Kolej lelaki semua situ. Memang jarang buang student situ. Sebab satu-satunya kolej dalam universiti yang dipenuhi pelajar lelaki."

"Lepas tu, awak nak kena duduk rumah sewa la?"

Raisha hanya mengangguk pasrah. Apa lagi pilihan yang ada. Jika membuat rayuanpun, rayuan pasti tidak akan dilayan."

EIDIL SAFWAN | EUNSEOK | 16+ [COMPLETE]Where stories live. Discover now