BAB 24: KECEWA

3 1 0
                                    

Sambungan...

"Ehem!"

Eidil mendongak memandang ke wajah Jahran. Kemudian dia memandang pula ke wajah Umair dan Wafiq di belakang.

"Apa?"

"Ni apa abang Eidil~?"

Anak matanya mula memandang skrin handphone Jahran. Kemudian dia mempamerkan riak terkejut.

"Alamak, viral dekat X ke?"

Gambarnya dan Eunseok ketika di Fansign terpampang di artikel di aplikasi X tersebut. Tidak kurang juga gambarnya ketika wajahnya muncul di skrin besar Axiata Arena disertakan di dalam artikel itu.

"Bukan setakat dekat X, dekat Tiktok, dekat Insta. Jadi viral sebab muka kau sama dengan artis Kpop tu. Kemain ya kau gi Fan Meeting Kpop, tak ingat dunia kau sampai sana ya?"

Balas Umair sambil meletakkan buku dan beg sandangnya di atas meja. Jahran dan Wafiq turut meletakkan beg di atas meja lalu melabuhkan duduk di kerusi kosong yang tersedia.

"Ni aku nak tanya, sejak bila kau minat Kpop? Bukan ke kau benci gila dengan Kpop?"

"Aku teman orang la."

"Kau teman Raisha kan?"

Eidil melirik ke wajah Wafiq setelah soalan itu menyergah dirinya. Wafiq langsung tidak memandang ke arahnya, sebaliknya dia sibuk melihat handphone.

"Haah. Dia yang minat. Aku ajak jelah gi sebab kebetulan group tu datang Malaysia. Aku cuma nak buat dia happy je. Salah ke?"

"Tak salah haih, siapa kata salah. Saja tanya."

Eidil langsung menjeling ke wajah Jahran. Geram rasanya ingin tampar sahabatnya itu. Sengaja sungguh membuat kecoh!

"Korang, nanti tengok group kita dekat Whatsapp."

Semua mata memandang ke wajah Wafiq.

"Kenapa?"

"Tengok jelah. Aku send something dekat situ."

Laju ibu jari Jahran menekan bahagian Whatsapp untuk melihat link yang dikongsikan oleh Wafiq di group Whatsapp mereka.

"Oh my God! Wedding Invitation!"

Eidil melirik kembali ke wajah Wafiq. Hatinya tersentak setelah menekan link tersebut.

"Laju la buat kerja..."

"Yelah, sebab tak lama lagi dia nak due date."

"Kiranya lepas dia habis pantang nanti korang kahwin la?"

"Ya... Takkan nak nikah sekarang, dia tengah sarat."

"Untung kau ea mak ayah kau laju bagi lampu hijau."

"Diorang tak kisah pun kalau aku nak kahwin awal. Lagi cepat lagi bagus. Tapi dia kan tengah pregnant sekarang ni, so apa-apa hal lepas habis pantang la."

"Lepas nikah terus jadi bapak la kau."

Jahran dan Umair langsung tertawa setelah mengusik Wafiq seperti itu.

"Rezeki tak pernah salah alamat."

"Ya... Betullah tu..."

Mereka bertiga mula memandang ke wajah Eidil yang hanya mendiam dari tadi.

"Oi, mengelamun apa kau?"

Soal Jahran sambil menepuk meja di hadapan Eidil.

"Hah? Apa?"

EIDIL SAFWAN | EUNSEOK | 16+ [COMPLETE]Where stories live. Discover now