Sosok badan yang tinggi yang bertopi hitam melangkah masuk ke dalam café. Terasa seperti dirinya diperhati tapi tidak diendahkan. Dah biasa.Tempat biasa untuk lelaki introvert sepertinya untuk bersosial sendirian. Mahu mengajak kawan-kawannya yang lain bersosial, masing-masing pula sudah berkahwin. Tinggallah dia sahaja yang bujang terang-tang-tang.
Air espresso blended dipesan di kaunter. Selesai membuat bayaran, Nufail menuju ke satu meja. Memandangkan hari ini hari Sabtu, café kegemarannya itu dipenuhi orang. Untung sahaja dia mendapat tempat duduk untuk dia berchill.
Air yang dipesan juga telah dihantar. Nufail meraba poket seluarnya. Alamak! Airpods boleh pula tertinggal time-time macam ni!
"Sorry lambat Angel!" Tegur satu suara daripada belakang Nufail.
Nufail menoleh ke belakang. Oh kawan orang dibelakang dia rupanya.
"Erm takpe. Pergilah order air." Balas orang di belakang Nufail.
Nufail mengabaikan dua orang gadis di belakangnya. Sekali sekala terdengar dua gadis di belakangnya bergelak ketawa.
Nufail pula hanya bermain telefon sahaja. Nak dengar lagu tak dapat. Airpods pula tertinggal kat rumah. Kurang asam betul. Dahlah lagu kat café ni not his type.
"Kau start kerja Isnin ni kan?" Tanya si gadis. Kawan kepada orang yang membelakangi Nufail.
"Erm Isnin ni lah. Nervous dah aku!" Balas gadis yang membelakangi Nufail.
"Kau ni Angel. Ini kerja yang kau impikan tau. Jangan takutlah. You can do it! Aku banggalah dengan kau. Akhirnya, dapat pun kau jadi cleaner!"
Cleaner? Bisik hati Nufail. Kalau tak silap tadi kawan kepada gadis itu berkata kerja impian. Jadi cleaner ke impian gadis itu?
Si gadis tergelak perlahan.
"Impian jadi kenyataan! Tak dapat cleaner airport, dapat jadi cleaner office pun aku suka!"
"Angel, Angel. Banyak-banyak kerja, cleaner juga kau suka. Ni kau apply pakai sijil degree ke?"
Sekali lagi gadis itu tergelak.
"Pakai beb. Tak tahu pula zaman sekarang apply kerja cleaner kena pakai degree."
Nufail yang bersandar di kerusi, mendengar setiap bibit cerita dua sekawan di belakangnya. Memang jelas kedengaran sebab kerusi mereka berdua rapat.
Lagi-lagi kerusi gadis yang kerja cleaner to be tu.
Eh sorry sikit. Bukan niatnya mahu memasang telinga mendengar perbualan dua gadis di belakangnya itu. Dah terdengar nak buat macam mana. Dah kerusi rapat macam ni.
Kalau ada Airpods dia, dia pun tak nak dengarlah conversation gadis tersebut.
"Apa-apa pun good luck Angel!"
Tidak lama kemudian Nufail pun keluar daripada café tersebut. Selepas ini dia mahu pulang ke rumah Megat Naseer pula. Semalam dia sudah bermalam di rumah Puan Fira. Kenalah bergilir-gilir tidur di rumah orang tuanya.
Kedua orang tua Nufail sudah lama bercerai. Masa tu umur dia baru sahaja 10 tahun. Tipulah kalau dia tidak terkesan. Di kala kanak-kanak yang lain sedang bergembira dengan kedua orang tua mereka, dia dan adiknya pula terpaksa menghadap penceraian orang tua mereka.
Apabila sudah meningkat dewasa, beginilah kehidupannya. Nufail dan adik perempuan, yang berusia dua tahun muda daripada Nufail akan tidur di rumah orang tuanya secara bergilir-gilir setiap minggu.
YOU ARE READING
HAUR MILIK NUFAIL [COMPLETE]
Short Story[COMPLETE] 4th MILIK SERIES NAYLAH HAUR x MEGAT NUFAIL Mula-mula kau dan aku, last-last abang sayang 💌 Idea asal dan cerita adalah idea saya sepenuhnya. Penulisan agak ringkas sebab ditulis sekadar suka-suka. Cerita ini tidak ada kaitan dengan oran...