Sebulan berpantang berjaya diharungi wehuu! Haur pun kembali bekerja seperti biasa. Walaupun pada awalnya dia ada perasaan takut untuk kembali ke pejabat, Nufail berjanji akan sentiasa berada di sisinya. Awww...Kalau ada sesiapa yang cuba-cuba mengapa-apakan isterinya, dia sedia untuk berlawan!
Pada hari pertama Haur kembali bekerja, untuk buat pertama kalinya, dia berjalan beriringan bersama dengan suami disisi. Nufail menggenggam erat tangan isterinya. Sejuk betul tangan Haur.
Wajah Haur yang nervous di tatap sayang dengan bibirnya tersenyum. "Don't worry sayang. Abangkan ada...".
Sayang bini punya pasal, Nufail sendiri yang menghantar isterinya masuk ke bilik persalinan Haur dengan Acik Sal. Kali ini berjela-jelalah pesanan lelaki itu. Risau kalau ada ada orang membuli isterinya mungkin.
Acik Sal pula bila mendapat tahu Haur mengalami keguguran, dia terus menangis. Disebabkan perangai gila si Ain tu, Nufail dan Haur kehilangan cahaya mata mereka. Sudahnya Haur pula yang memujuk menenangkan Acik Sal.
Ain pula sudah selamat menjalani hukumannya. Dia disabit kesalahan di atas percubaan untuk membunuh. Dia sendiri mengaku ketika di soal siasat tempoh hari. Apa dia peduli, janji Haur cedera dia pun gembira katanya. Memang sudah terang lagi bersuluh bahawa niat asal Ain memang mahu membalas dendam dan membunuh Haur ketika itu.
Awish, Fakhir dan Kim pula gembira apabila Haur akhirnya kembali bekerja. Bolehlah lunch break sama-sama nanti. Eh tapi mana boleh dah... Haur kan isteri kepada Nufail yang tak reti nak senyum tu. Hahaha.
Terkejut jugalah mereka apabila mendapat Haur terpaksa bercuti selama sebulan selepas kecoh satu bangunan pasal dia diserang oleh perempuan gila.
Pada mulanya mereka beranggapan mungkin Haur ada mengalami kecederaan yang serius sehingga terpaksa bercuti sebulan.
Beberapa hari kemudian pula, timbul desas desus mengatakan Haur merupakan isteri kepada Nufail.
Ramai pekerja mendengar dengan jelas apabila Nufail menyatakan Haur adalah isterinya sebelum lelaki itu menampar pipi si perempuan gila tersebut.
Mendapatlah kau. Sentuh bini orang lagi, mana laki dia tak naik hantu.
Sehinggalah desas desus tersebut sampai ke telinga Nufail sendiri. Tapi dia buat endah tak endah sahaja. Benda betul kan? Buat apa nak disorokkan. Dia dan Haur kan pasangan suami isteri yang sah. Itu pun nak pelik ke. Manusia-manusia...
Sekarang ni Nufail senang hati. Rindu isteri, call saja isterinya untuk masuk ke bilik pejabat dia. Dulu lunch sorang-sorang. Sekarang boleh lunch dengan isteri kat café lobby. Terasa bahunya sengal-sengal? Dia suruh isterinya datang tolong urutkan bahu.
Sepuluh ribu kali Haur mengugut Nufail jangan buat perangai yang bukan-bukan di pejabat. Malu dek orang tengok perangai Nufail yang ntah apa-apa ni. Dia yang malu kejap-kejap keluar masuk ke bilik pejabat Nufail.
Sampailah ke satu tahap Haur mengadu sendiri kepada Megat Naseer. Megat Naseer pun dah berbuih mulut menasihati anak lelakinya itu. Hilang terus Nufail yang bersikap profesional apabila Haur masuk bekerja semula.
Tapi muka tak reti senyum masih dikekalkan. Dengan isterinya sahaja riak wajah itu tidak di tayang. Bayangkan keluar lunch berdua pun Nufail genggam tangan dia turun ke café lobby. Siap tarikkan dia kerusi bagai.
Sudah dilarang tapi Nufail apa dia kisah. Bukan dia peduli apa orang nak cakap apa. Janji dia dan isterinya sentiasa bersamaaaaa!
Akhirnya Haur pun mengalah. Kibarkan bendera putih. Nufail ni keras kepala. Anak sulungkan. Samalah macam dia pun. Dua-dua keras kepala kadang-kadang.
![](https://img.wattpad.com/cover/372019010-288-k873293.jpg)
YOU ARE READING
HAUR MILIK NUFAIL [COMPLETE]
Short Story[COMPLETE] 4th MILIK SERIES NAYLAH HAUR x MEGAT NUFAIL Mula-mula kau dan aku, last-last abang sayang 💌 Idea asal dan cerita adalah idea saya sepenuhnya. Penulisan agak ringkas sebab ditulis sekadar suka-suka. Cerita ini tidak ada kaitan dengan oran...