PART 21

844 31 5
                                    



Nufail tidak senang duduk. Tangannya sedari tadi mengetuk-ngetuk dagu sendiri.

Sekejap dia mengeluhlah, sekejap dia mendenguslah. Drawing di atas meja hanya dipandang kosong.

Jam ditangan dikilas. Aduh baru pukul 10.00 pagi. Kenapalah lambat sangat masa berjalan ni?!

Tidak lama kemudian dia membuka ruangan WhatsApp pula. Chat si isteri ditekan. Dia sudah pin siap-siap chat Haur di atas.

"Sayang? Come to my ofis jap. I miss youuuu! 🥺🥺🥺"

Sent!

Siap dengan emoji puppy eyes lagi dia tambah. Nampak tak dia rindu kat Haur macam mana? Hahaha.

Beberapa saat berlalu, chatnya masih tidak dibalas! Tetapi dah double tick. Selalunya Haur membalas chatnya on the spot tau.

Disebabkan chat dia hanya double tick sahaja, Nufail tidak betah menunggu. Rindu menggunung seakan Gunung Kinabalu yang belum sempat ditawan olehnya. Apa benda kau ni Nufail???

"Tak boleh jadi ni. Chat lagi lah." Nufail bermonolog. Cepat jarinya menari ke sana ke mari menaip di skrin.

"Busy sangat ke sayang?"

Sent!

Seminit berlalu, masih tiada balasan daripada isteri tercinta. Nufail gigit bibir. Dia tidak mahu menunggu lagi! Pantas punggung diangkat daripada kerusi dan melangkah ke pintu bilik pejabat.

Tarik sahaja pintu, matanya terpampang muka Haur yang sedang menahan gelak. Sampai bergerak-gerak bahu isterinya.

Patutlah chat dia double tick sahaja. Disangkakan isterinya sibuk dengan kerja, rupanya tengah seronok berborak dengan Awish, Fakir dan Kim. Apa yang lucu pun dia tak tahu.

Nufail mengepal kedua tangannya. Hatinya mula merasai satu perasaan yang tidak pernah dirasai setelah sekian lama. Bagaikan ada api membahang di dada, dia mengetap bibir kuat.

Sakit hatinya bila melihat Haur bergelak ketawa dengan lelaki lain. Apatah lagi ada Kim disitu! Walaupun dia sudah tahu yang Kim dan isterinya hanya berkawan sahaja, tetapi dia tetap tidak suka si budak Kim tu!

Sudahlah pandangan mata Kim tu seperti masih berharap kepada isterinya. Hey dia lelaki, dia tahulah pandangan itu macam mana.

Kerana perasaan cemburu mula menguasai diri, Nufail terus menutup pintunya kuat!

Perbuatan Nufail itu mengejutkan semua orang ketika itu. Tiada ribut taufan pun dalam ofis sekarang, tetapi bunyi pintu yang ditutup tadi membuatkan mereka terkedu.

"Wei Nufail kenapa siak?" Tanya Fakhir risau.

Kim angkat bahu. "Bad mood kot." Kepala dipaling ke bilik pejabat Nufail.

"Member tu bad mood ke tak bad mood sama je muka dia." Awish menjawab selamba. Tapi betullah tu. HAHAHA.

Haur menggeleng kepala. Apa lagilah tak kena dengan Nufail pagi-pagi macam ni.

"Seronok betul kutuk suami depan isteri dia." Bisik Haur di dalam hati.

"Okaylah, saya nak kemas bilik bos dulu. Bye korang!" Haur pamit diri lalu menolak troli kecil yang berisi segala pekakasnya.

"Hati-hati Haur. Harimau tengah lapar gamaknya!" Gurau Awish perlahan.

Senyum sahaja Haur disebalik mask. Lapar apanya pagi-pagi ni. Nufail tu dah bersarapan dengan dia kat rumahlah.

Tangan Haur mengetuk pintu pejabat Nufail. Dalam diam dia takut sebenarnya. Dapat dia rasakan mood Nufail pagi ini ada kureng sedikit. Mungkin suami dia stress dengan drawings dia kot.

HAUR MILIK NUFAIL [COMPLETE]Where stories live. Discover now