PART 13

732 30 1
                                    



"Welcome to my game Ain..." Bisik halus Haur dengan sinisnya.

Saat itulah Haur mengeluarkan air mata palsunya. Dia memegang kepalanya yang masih di cengkam Ain.

"Auch! Sakit..." Adu Haur dengan air matanya seperti dia kesakitan yang amat.

Ain yang terkejut melihat air mata Haur yang mengalir disertakan pula dengan esakan halus daripada gadis itu. Kuat sangat ke dia cengkam rambut cleaner ni?

Tidak sempat dia bersuara, bunyi tapak kaki Nufail berjalan menuju ke arah mereka. Cengkaman terus dilepaskan.

Seperti baru tersedar daripada rasuk, Ain menoleh ke belakang. Nufail dengan wajahnya yang menahan marah berjaya membuatkan gadis itu ketakutan. Matilah kau Ain!

Haur mengelap air matanya. Sengaja dia teresak halus di situ.

"Tu— Tuan. Say— Saya boleh explain..." Pujuk Ain perlahan. Tangannya menyentuh lengan Nufail dengan harapan Nufail termakan dengan pujuk rayunya.

Tetapi pantas saja Nufail menepis tangan perempuan itu. Dia tidak suka disentuh sembarangan!

"Kau jangan sentuh aku!" Pekik Nufail kuat sehingga bergema suaranya di ruangan pantry tersebut.

"Apa kecoh-kecoh ni?" Megat Naseer menegur. Dia baru sahaja tiba di tingkat ini, dan tiba-tiba terdengar jeritan daripada ruangan pantry. Cepat-cepat dia dan Farisa bergegas ke ruangan tersebut.

Matanya meliar melihat keadaan ruangan pantry. Haur yang sudah lencun, baldi tercampak jauh, Ain yang menundukkan kepala. Di tambah pula muka amarah anak lelakinya itu, rasanya dia dapat mengagak dengan tepat apa yang terjadi.

"Farisa bawak Haur masuk ofis saya! Check kalau ada luka kat Haur!" Nufail memberikan arahan kepada Farisa yang sedari tadi berdiri di sebelah Megat Naseer. Mulutnya hanya mampu mengangah kerana tidak percaya apa yang dilihatnya sekarang.

Kalau diikutkan selepas berjumpa Haur, dia ada sedikit discussion bersama Megat Naseer dan Farisa. Tetapi nampak gayanya lain pula yang jadi sekarang. Megat Naseer dan Farisa datang awal daripada sepatutnya.

Tanpa banyak bunyi, Farisa membawa Haur keluar daripada ruangan pantry. Ada beberapa orang pekerja turut serta melihat drama tadi. Masing-masing berbisik sesama sendiri. Tetapi dihalau oleh Farisa untuk masuk ke ofis semula.

"Ain, come to my office." Sekali lagi Megat Naseer bersuara. Kali ni biarlah dia yang uruskan gadis itu. Selama ini dia pekakkan telinga sahaja apabila mendengar khabar angin mengenai gadis itu.

Ain menjadi cuak. Kalau dah Megat Naseer yang menjemput dia ke ofis lelaki tua itu, dia pasti dia akan dibuang kerja! Selama ini pun dia sudah menerima tiga warning letter daripada pihak atasan!

"Tuan Megat— Saya boleh explain!" Pujuk Ain! Dia tidak mahu dibuang kerja. Tidak!

Megat Naseer mengeluh perlahan. Dia ni nasib dah tua tau. Kalau dia masih muda seperti Nufail, agaknya dia juga turut serta mahu mengamuk.

"Ye ye. Explain kat ofis I. Nufail, suruh security department check CCTV." Arah Megat Naseer tenang lalu keluar daripada ruangan pantry.

"Baik Tuan."

Sementara itu, Haur sudahpun berada di bilik ofis Nufail bersama dengan Farisa. Badannya juga menggigil sekarang. Kesejukan!

"Er... Miss boleh tak saya balik kat bilik cleaner? Saya boleh ganti baju saya kat sana." Tanya Haur. Tidak selesalah dia  berada di bilik ofis Nufail dengan keadaannya yang basah lencun sekarang ni. Dahlah bau dia sekarang bau sabun.

HAUR MILIK NUFAIL [COMPLETE]Where stories live. Discover now