"I suka you." Luah si lelaki itu dengan tenang. Wajahnya tidak setara dengan degupan jantung yang berdegup kencang."Hah?!" Jerit kecil Haur. Terkejut sangat pagi-pagi dah dapat confession macam ni. Dia tak mimpi kan?
Kim menarik nafas dan menghembusnya perlahan. "I cakap I suka you." Sekali lagi dia meluahkan perasaannya yang tulus ini.
"Dalam ramai-ramai orang kat sini, you choose me? Are you crazy or what?"
"Look Haur. Perasaan I kat you bukan main-main tau. I suka tengok you. You rajin, you baik, you comel. You memang type I!"
"Kim, I ni cleaner bodoh-bodoh je. Tapi I memang tak boleh nak terima cinta you. I dah anggap you macam kawan dah!"
"Tak salah if kawan jadi couples kan?"
"Oh please Kim. I'm not interested with love right now. Diri I sendiri pun terumbang-ambing. Inikan lagi nak bercinta. I'm not ready for it."
"Takpe Haur. I boleh tung—"
"No, jangan tunggu. Thank you sebab jujur dengan I. But I'm so sorry Kim. I tak boleh nak balas balik perasaan you. I need to go..."
Nufail memicit dahinya. Bibirnya juga turut mengeluh sama. Belakang badan disandar ke kerusi.
"Ah sh*t. Aku tak patut dengar benda tu tadi..." Keluh lelaki itu panjang.
Sejam yang lalu, Nufail melangkah ke pantry mahu membuat secawan kopi. Tapi langkahnya terhenti apabila dia mendengar ada dua suara tegang di ruangan pantry.
"Haur? Kim?" Bisik hati Nufail. Sempat dia menyorok di sebalik dinding.
Tiba-tiba dia jadi part time kepochi pulak.
Usai mendengar Haur meminta diri, cepat-cepat kaki panjangnya melangkah ke tandas lelaki. Risau kalau terserempak dengan Haur.
Sekarang lelaki itu pula yang tidak senang duduk. Selepas mendengar luahan perasaan Kim kepada Haur dia tak senang duduk. Otaknya melayang pergi ntah ke mana. Kerja satu apa tidak disentuh. Tapi dalam masa yang sama dia juga bersyukur Haur menolak perasaan Kim.
Boleh-boleh Kim tu suka kat Haur. Kelakar.
"Tak masalahnya sekarang ni kau dah kenapa Nufail? Bukan masalah kau pun." Nufail meraup mukanya. Baru sahaja tangannya mahu memegang pensil, pintu bilik pejabat diketuk daripada luar.
"Masuk!" Arah Nufail.
Oh Haur rupanya. "Sir, macam biasa." Mendatar sahaja nada budak ketot itu. Sudah tentu Nufail dapat "menghidu" aura bad mood daripada gadis itu.
"Kau apahal bad mood?" Nufail menegur. "Eleh, kau padahal dah tahu kenapa budak ni bad mood. Sembang kau Nufail."
"Aku okaylah. Memandai ja lah kau kata aku bad mood." Haur menjawab dengan nada mendatar lagi. Sumpah moodnya tidak baik selepas berjumpa dengan Kim pagi tadi. Seperti biasa, Haur membersihkan bilik pejabat Nufail.
Bad mood pun kerja kena buat. Kena chill tapi kalau hendak bergelak tawa sekarang memang tak dapat. Sebab luahan perasaan daripada Kim membuat kepalanya serabut. Serabut sebab celah mana si Kim boleh suka dia?!
"Opss sorry." Maaf Nufail. Takut hendak bersuara lagi, baik dia tengok Haur buat kerja. Kerja dia ni erm nanti-nantilah.
Haur menjengketkan bahu. Lantaklah, janji kerjanya jalan. Hendak menipu, tapi Nufail sudah membaca moodnya sebentar tadi. Biarlah. Jangan Nufail pula tiba-tiba confess kat dia.
YOU ARE READING
HAUR MILIK NUFAIL [COMPLETE]
Short Story[COMPLETE] 4th MILIK SERIES NAYLAH HAUR x MEGAT NUFAIL Mula-mula kau dan aku, last-last abang sayang 💌 Idea asal dan cerita adalah idea saya sepenuhnya. Penulisan agak ringkas sebab ditulis sekadar suka-suka. Cerita ini tidak ada kaitan dengan oran...