Masuk hari ketiga bekerja di tempat baru, Haur sudah gelabah dan cuak. Sebab apa? Sebab dia terpaksa bekerja keseorangan tanpa Acik Sal. Wuarghh!Haur dapat tahu pun ketika dia di dalam perjalanan menuju ke syarikat.
Acik Sal terpaksa emergency leave kerana suaminya tiba-tiba sahaja demam panas. Acik Sal kata tiada orang mahu melihat suaminya di rumah. Anak-anak Acik Sal pun kerja.
"Kau boleh Angel. Jangan takut!" Bisik Haur sendirian. Ayat yang sama diulang berkali-kali di hadapan cermin. Pipi di tampar lembut beberapa kali.
Selepas mengumpul semangatnya pagi ini, barulah Haur mengikat skarf ke kepala dan memakai mask ke muka.
Jam ditangan dikerling. Baru 7.30 pagi. Setengah jam lagi, dia akan membersihkan tandas perempuan dahulu, dan setengah jam kemudian barulah tandas lelaki pula dibersihkan.
Semoga hari ini dapatlah dia bergerak pantas. Dahlah first time buat kerja cleaner sorang-sorang kat syarikat ni. Dua hari lepas ada Acik Sal membantu dia. Hari ini dia bersendirian pula. Huhuhu~
Tepat 8.00 pagi Haur sudah berhempas pulas membersihkan tandas perempuan dan lelaki. Nasib baiklah pagi ini semuanya berjalan lancar sahaja. Tidaklah sesusah yang disangka apabila dia bekerja sendiri. Good job Haur!
Selesai membersihkan kedua tandas, Haur menanda kertas bersize A4. Dikertas itulah tertulis segala benda. Pukul berapa cuci tandas, pukul berapa kutip sampah kat pantry, kutip sampah dalam office dan macam-macam lagi lah.
"Ini dah, dah, dah. Lepas ni kutip sampah pulak!"
Troli yang menyimpan segala bahan cucian dimasukkan ke dalam bilik yang terletak di sebelah bilik persalinan mereka.
Sesudah itu Haur mengambil plastik sampah bersize XL untuk menukar plastik sampah di pantry pula. Plastik sampah kecil tidak terkecuali. Selepas membersihkan ruangan pantry, dia kena mengutip plastik sampah di ruangan pejabat pula.
Fuhh tak cukup tangan!
Tanpa membuang masa, Haur pun bergerak ke ruangan pantry. Sedang dia mengelap kabinet pantry ada suara menegur dia di belakang.
Haur menoleh ke belakang. Eh ni lelaki semalam. Siapa nama dia ek? Awish? Ke ni Kim? Ke Fakhir? Alah tak kenal lah.
"Morning." Tegur lelaki semalam itu.
Haur membalas dengan kepala menunduk sedikit.
"Acik Sal mana?" Tanya lelaki itu sambil tangannya lincah membuat air.
"Acik Sal EL. Suami dia sakit." Jawab Haur dengan endah tak endahnya. Tangannya mengelap kabinet laju.
Kim hanya mengangguk tanda faham. Kim menjeling Haur yang berada sedikit jauh daripadanya. Khusyuk betul minah ni mengelap kabinet.
"Haur." Kim memanggil. Haur yang terkejut terus mengusap dada. Dia dahlah tengah khusyuk sekarang. Kena sergah macam tu pula. Terkejut lah!
"Ye?" Dengan matanya membulat, Haur terkebil-kebil memandang Kim di sebelahnya.
Kim hanya menatap Haur. Tinggi sangat ke dia ni sampai Haur terpaksa mendongak melihat dia.
"Cute!" Bisik hati Kim.
"Nothing. I masuk office dulu." Macam gitu sahaja Kim balas beb. Soalan Haur pun dibiarkan tanpa dijawab.
Lagilah Haur terkebil-kebil. Dia hanya menghantar pemergian lelaki itu dengan pandangan sahaja.
"Tadi panggil pastu tak cakap apa..." Bisik halus Haur sambil mengangkat bahu. Tam paham akum.
Tuk! Tuk!
YOU ARE READING
HAUR MILIK NUFAIL [COMPLETE]
Short Story[COMPLETE] 4th MILIK SERIES NAYLAH HAUR x MEGAT NUFAIL Mula-mula kau dan aku, last-last abang sayang 💌 Idea asal dan cerita adalah idea saya sepenuhnya. Penulisan agak ringkas sebab ditulis sekadar suka-suka. Cerita ini tidak ada kaitan dengan oran...