"Aku pernah berkahwin." Luah Nufail tiba-tiba. Dan saat ini, barulah dia sedar bahawa bukan benda ini yang patut diluahkan.Dia sudah tersilap langkah!
"Tapi tu empat tahun lepas." Tambahnya lagi. Lantaklah apa jadi lepas ni. Kau dah silap catur Nufail!
Haur terkedu. Terkejut! Nufail... Pernah berkahwin? Maksudnya...
"Kau du— Duda ke Nufa?" Walaupun terasa perit di hati tetapi tetap disuah juga soalan itu!
Melihat wajah kaget Haur itu, sahlah Haur mesti akan tolak dia mentah-mentah lepas ni! Tapi benda dah terlajak perahu, kita lajakkan sajalah.
"I am Haur." Luah Nufail tulus ikhlas.
"Aku datang malam ni pun nak bagi tau yang aku dah TERada perasaan dengan kau. Masa Kim confess kat kau, jujur aku tak senang duduk. Tapi bila kau reject dia, somehow aku happy. So Haur, will you be mine? Be my wife?"
"Ya ampun. Apa benda lagi ni..." Haur mengeluh sendiri. Dugaan apakah kali ini lagi. Sedari tadi dia terngiang-ngiang perbualannya dengan Nufail.
Hari tu Kim. Sekarang ni Nufail pula.
Haur menekup mukanya ke bantal dan "ARGHHHH!" jerit Haur di sebalik bantal. Mahu menjerit kuat tak dapat. Ada housemate yang lain. Sesudah itu dia termenung sendiri.
"Aku pun dah tersuka kau Nufa. Tapi aku sedar diri aku tak layak untuk kau. Tak layak sangat-sangat. Kau takkan terima aku once kau tahu keluarga aku macam mana nanti Nufa. Mungkin aku tersuka kau sebab layanan kau kat aku. Kau caring dengan aku. Aku pula bodoh cepat cair dengan lelaki yang caring dengan aku..." Bisiknya sebelum Haur menutup matanya rapat. Dia mahu tidur supaya fikirannya tenang malam ini.
Dua minggu berlalu dengan pantas sekali. Nufail memandu keretanya dengan cermat. Dia menuju ke satu tempat hari ini. Ni semua si Luth Aufat tu yang suruh!
Nufail memasuki ruang halaman rumah Luth Aufat. Kereta Edra dan Aqasha pun sudah terparkir elok. Dari luar rumah dia sudah mendengar keriuhan di rumah itu. Ntah apa yang riuh sangat.
"Assalamualaikum!" Nufail memberi salam dan melangkah masuk ke rumah tersebut.
Salam Nufail memberhentikan mereka yang sedang berborak di ruang tamu. Masing-masing menoleh ke arah Nufail.
"Waalaikumsalam!"
Keriuhan tadi herhenti selepas Nufail masuk ke rumah tersebut. Derapan kaki menerjah ke arah Nufail.
"Arghhh Uncle Pael!!!" Jerit kanak-kanak di rumah itu.
Tersenyum lebar Nufail sehingga terbentuk lesung pipitnya melihat reaksi anak-anak Edra, Aufat dan Aqasha. Masing-masing rupa seperti dijilat kucing. Berpeluh yang amat!
"Assalamualaikum anak-anak Uncle!" Lantas kanak-kanak tersebut memeluk Uncle favorite mereka.
Mereka yang lain hanya menggelengkan kepala. Sudah biasa melihat reaksi sebegitu. Bila datang saja Uncle favorite mereka, auto mak bapak sendiri diaorang lupa.
"Bukan main happy diaorang jumpa Uncle favorite dorang tu." Aufat membuat muka annoying. Antara mereka semua Uncle Pael ni lah paling mendapat sambutan hangat.
"Ni semua kenapa muka macam ni?" Tanya Nufail sambil tangannya mengelap peluh anak-anak tersebut.
"Kita semua main lari-lari Uncle!"
Nufail menggosok kepala anak-anak Edra, Aufat dan Aqasha. Anak-anak ini juga sudah dianggap seperti anaknya sendiri.
"Hati-hati lari. Jangan jatuh!"
![](https://img.wattpad.com/cover/372019010-288-k873293.jpg)
YOU ARE READING
HAUR MILIK NUFAIL [COMPLETE]
Short Story[COMPLETE] 4th MILIK SERIES NAYLAH HAUR x MEGAT NUFAIL Mula-mula kau dan aku, last-last abang sayang 💌 Idea asal dan cerita adalah idea saya sepenuhnya. Penulisan agak ringkas sebab ditulis sekadar suka-suka. Cerita ini tidak ada kaitan dengan oran...