"Sikit-sikit anak. Anak je lah sayang fikir. Abang ni, sayang sikit pun tak fikir kan?!" Muka Nufail mulai tegang. Matanya merenung mata isterinya yang sedang berdiri di hadapan sekarang."Abang!" Haur mengetap bibirnya kuat. Dalam masa sama air matanya sudah bergenang. Renungan Nufail dibalas tajam.
"Dua hari je sayang. Dua hari! Abang tak minta banyak pun. Abang minta sayang teman abang je. Apa yang susah sangat sayang nak ikut cakap abang ni ha?!" Tangan Nufail mencengkam lembut kedua bahu isterinya. Rentak dadanya mula turun dan naik menahan rasa marah.
"Abang, kalau sayang ikut abang anak-anak macam mana?" Haur bertanya dengan suara yang mula bergetar. Takkan nak tinggal kembar macam tu je?
Nufail menghela nafas perlahan. "Abang dah cakapkan, Ishaan dengan Iskhaan tinggal kat rumah Mummy. Abang nak kita dua spent time sayang. Lately ni sayang selalu abaikan abang. Sayang dah tak tidur sebelah abang dah. Kenapa sayang? Sayang dah benci, dah tak sayang abang ke?"
Nufail meluah rasa. Sejak kebelakangan ni dia terasa seperti diabaikan oleh isterinya itu. Baru mahu meluangkan masa bersama, kejap-kejap anak menangislah, merengeklah. Nak susulah. Itu belum lagi Haur tidur di bilik Ishaan dan Iskhaan di malam hari. Ditinggalkan saja dia tidur berseorangan.
Di mata Nufail, fokus Haur sekarang kepada anak-anak sahaja. Sedangkan dia? Diabaikan. Hendak bermanja pun susah!
Dahi Haur berkerut. Terasa sungguh hatinya apabila Nufail menuduh dia bukan-bukan!
Abaikan? Setahu Haur, tidak pernah sekali pun dia mengabaikan keperluan dan kehendak Nufail. Makan, minum, dan pakaian lelaki itu semuanya dijaga rapi.
"Abang sedar tak apa yang abang cakap ni?! Sayang tak suka abang tuduh sayang macam tu. Ishaan dengan Iskhaan tu baru baik dari demam tau abang. Takkanlah sayang nak biarkan je anak-anak macam tu?!
Diam. Jawapan Haur menyentak Nufail.
Jiwa Haur mula memberontak! Bukannya dia sengaja berbuat demikian. Ishaan dan Iskhaan dilanda demam panas beberapa hari yang lepas. Membuatkan Haur terpaksa berjaga di malam hari kerana Ishaan dan Iskhaan merengek rimas dan tidak selesa dengan demam yang melanda.
Dan Nufail... Lelaki itu juga banyak membantu dia mengurus anak-anak mereka. Tak cukup tangan Haur mahu mengurus anak-anak mereka apabila anak kembar mereka dilanda demam serentak.
Nufail sendiri nampak dia lelah kepenatan beberapa hari lepas menguruskan Ishaan dan Iskhaan. Sehinggakan dia tertidur di tepi katil anak kembarnya itu kerana kepenatan.
Badannya yang lenguh juga tidak diendahkan. Kerana Nufail dan anak-anak adalah tanggungjawabnya sebagai seorang ibu dan isteri.
"Abang selfish!" Haur menolak badan Nufail kuat lantas dia keluar daripada bilik tidur utama. Bilik tidur anak-anak dituju bagi menenangkan diri sendiri buat seketika.
Nufail hanya melihat tubuh isteri melangkah keluar. "Abang selfish!"
Tangan meraup muka sendiri. Mulut mula beristigfar. Maafkan abang sayang...
Haur melipat sejadah yang terbentang dilantai. Dia baru selesai menunaikan solat subuh tanpa Nufail. Perbalahan yang berlaku semalam membuatkan dia berjauh hati dengan suaminya sendiri.
Semalam pun, dia tidur di bilik Ishaan dan Iskhaan. Membawa rajuk di hati. Tak sanggup rasanya mahu berhadapan dengan suaminya yang tiba-tiba berubah sebegini.
Tetapi satu hal yang Haur perasan semalam, Nufail datang ke bilik tidur anak-anak dan mengucup dahi dan pipi mereka semua.
"I'm sorry sayang abang..." Bisik Nufail di telinga Haur keluar daripada bilik tersebut. Sementelahan, air mata Haur mengalir semula selepas Nufail keluar daripada bilik.
YOU ARE READING
HAUR MILIK NUFAIL [COMPLETE]
Short Story[COMPLETE] 4th MILIK SERIES NAYLAH HAUR x MEGAT NUFAIL Mula-mula kau dan aku, last-last abang sayang 💌 Idea asal dan cerita adalah idea saya sepenuhnya. Penulisan agak ringkas sebab ditulis sekadar suka-suka. Cerita ini tidak ada kaitan dengan oran...