PART 19

276 17 8
                                    




"Come on Daddy! Along baru je kahwin. Kenapa pulak jadi macam ni?" Rungut Nufail sambil mengusut rambutnya sendiri. Sesudah itu, dia duduk dibirai katil pula.

"..."

"Tak boleh ke Daddy wakilkan Along je?" Dipandang Haur yang baru sahaja keluar daripada bilik air.

Haur menghampiri Nufail di katil. Masam saja muka suami dia malam ni. Pelik, kenapa Daddy call Nufail malam-malam sebegini?

"..."

Nufail lepas keluh perlahan. "Okay fine Daddy..." Dan talian dimatikan. Sekali lagi dia mengeluh. Telefon bimbit dicampak ke bantal.

Kenapalah dalam banyak-banyak masa, waktu dia cuti ni jugalah dia diganggu?!

"Sayang..." Panggil Nufail lemah. Sungguh, seperti terbang semangatnya sekarang. Dia toleh kepala. Wajah Haur dipandang sayang. Macam manalah dia nak tinggalkan Haur lepas ni?

"Ye?" Jawab singkat Haur lalu mendekati Nufail. Pipi Nufail dielus lembut. Tegang betul muka suaminya itu. Apa yang diborakkan dua beranak itu tadi?

"Nak peluk boleh?" Tanya Nufail perlahan tanpa senyuman secalit pun. Tiba-tiba perasan sedih timbul dihati. Dia kena berpisah dengan Haur...

Ketawa halus keluar daripada mulut Haur. Kelakar betul suami dia nilah. Selama ni tak pernah minta kebenaran pun. Dahlah muka masam macam sour candy.

"Sejak bila pandai minta kebenaran ni? Meh sini." Haur bangun lalu duduk diriba Nufail. Kedua tangan merangkul leher Nufail. Manakala tangan Nufail memeluk pinggang Haur.

Muka dibenamkan terus ke leher si isteri. Menghirup bau wangian di badan Haur. Peluk Haur macam ni adalah terapi untuk dia. Tenang sikit fikiran dia. Sayanggg dia ni!

Haur berdiam tanpa bersuara. Dibiarkan momen senyap begini. Tangannya menepuk-nepuk perlahan belakang Nufail.

"Girl..."

"Ye Nufa..."

Nufail tarik nafas dan dihembus perlahan. Pelukan mereka juga dileraikan. "Daddy suruh aku masuk kerja lusa ni..." Tangannya menolak rambut ke belakang telinga Haur. Cantiknya isteri dia. Beruntung betul dia kan.

Nufail memberitahu hal sebenar. Serba salah rasanya memberitahu hal ini kepada Haur. Sepatutnya waktu cuti inilah masa mereka untuk bersama, berkepit 24 jam kalau boleh.

Walaupun baru berkahwin seminggu lebih,, Nufail kalau boleh nak isteri dia tu ada di depan mata dia sepanjang masa! Rasa nak menempel saja rasanya.

Haur memasak, dia peluk dari belakang. Haur duduk di sofa sambil menonton anime, Nufail lentok kepala dibahunya. Haur tidur, Nufail tenung macam tak ada hari esok.

"Sayanglah dia ni! Muahh!"

"Sayang! Kenapa lama-lama kat toilet tu?!"

"Sayang dah habis periodkan? Aku dah set period date kau kat phone aku. Hehehe."

Haur pandang Nufail dengan riak terkejut. Ada apa-apa berlaku di pejabat ke selama mereka berdua cuti ni? Macam urgent saja bunyinya.

Kalau tak urgent, mana mungkin Daddy sanggup kacau cuti Nufail.

"Kenapa? Ada masalah ke kat ofis?" Tanya Haur panik.

Nufail geleng kepala. "Takde masalah pun. Ada client nak datang jumpa aku. Aku dah minta Daddy wakilkan aku sebab aku kan cuti lagi. Tapi client insisted nak aku turun meeting jugak."

Sekali lagi Nufail letak dahi di bahu Haur. Menyorok rasa sedih melanda diri.

"Oh okay." Haur hela nafas lega. Ingatkan apalah tadi. Rupanya suami dia ni terpaksa masuk kerja awal dari sepatutnya. Patutlah masam saja muka Nufail tadi.

HAUR MILIK NUFAIL [COMPLETE]Where stories live. Discover now