PART 23

307 13 6
                                    



"Rindunya..." Keluh Nufail perlahan.

Nufail bangun dari kerusi. Rambut yang kusut dibiarkan sahaja. Hari ini dia berperam sahaja di bilik pejabatnya di rumah. Banyak kerjakan. Biasalah tu.

Tapi tetap saja kepalanya berfikir tentang isterinya. Penatlah menahan rindu yang terkumpul di hati ni. Dah masuk dua minggu Haur berpantang. Isteri kesayangannya itu masih dibawah pengawasan Puan Fira.

Dari pintu bilik kedengaran seperti ada orang sedang membasuh pinggan di dapur. Di intai ke ruang tamu, kosong.

Toleh kepala di dapur, eh eh isteri kitalah wak! Ahaks!

Hihi tanpa membuang masa, Nufail terus melangkah besar menghampiri isterinya. Bibirnya sudah terkulum senyum manis punyalah!

Mummy, Daddy dengan Farisa tak ada kat rumah. Inilah masanya!

"Sayang..." Manja saja kedengaran bunyinya. Tangannya sudah melilit di pinggang Haur. Dirapatkan jarak mereka serapat-rapatnya. Kalau boleh angin pun tak boleh lalu.

Pelukan Nufail daripada belakang, mengejutkan Haur. Aiyo orang tengah khusyuk tau basuh pinggan. Tiba-tiba Nufail buat macam tu. Nasiblah tak kena serangan jantung.

"Terkejut aku Nufa. Kenapa ni?" Tanya Haur sambil mengelap tangan dengan tuala kering. Tak banyak pun pinggan dia basuh tadi. Dipusingkan badan menghadap Nufail.

Nufail buat muka sedih. "Aku rindu... Sampai bila nak tidur asing ni?"

Luahnya jujur. Tahu tak dah dua minggu dia tidur sorang-sorang! Nak manja-manja sikit pun tak boleh. Sebab "pengawas" sentiasa memerhati.

Terkekek Haur tengok muka suami dia ni. Dah dua minggu tak adapt lagi rupanya.

"Kan Mummy kata sampai habis pantang. Tak lama lagi aku habislah berpantang." Haur mengemas rambut Nufail yang kusut masai itu. Mesti Nufail tengah stress ni sekarang. Ye lah arkitek macam Nufail ni banyak kerja nak di lakar.

Terpejam mata Nufail apabila Haur mengelus rambutnya perlahan. Haur ni tetaplah wangi walaupun hari-hari mandi daun herba.

"Dua minggu lagi yang. Lama sangat! Rindulah kat isteri aku yang ketot ni." Gumam Nufail sambil mata terbuka menatap ke anak mata Haur di bawah dagunya.

Haur yang berkulit cerah, bibirnya juga sudah kembali kemerah-merahan. Dah tak pucat dah isteri dia ni. Adalah jerawat halus sikit tapi takpe comel je.

Sudah lama dia tidak sedekat ini dengan isterinya. Mulalah perasaan teruja menampar ke dadanya. Dari menatap anak mata Haur, pandangan dilarikan di bibir isterinya.

Dia rindukan isterinya sangat-sangat. Walaupun duduk serumah, tetapi dia tak boleh manja-manja sikit pun!

Setiap masa dia dahagakan belaian daripada isteri tercinta ini. Macam sekarang.

Klantang!!!

Kerana terkejut Haur menolak badan suaminya tetapi ditahan oleh Nufail. Terus kepala Haur disembamkan ke dadanya.

Mampuslah kalau Mummy tau apa jadi!

"Ad... Adik nak ambik air je tau tapi sorrylah dah kacau daun." Tunduk Farisa sambil mengutip tumblernya yang terjatuh sebentar tadi.

Er— Dia terkejut sebenarnya. Sungguh bukan niatnya mahu mengintai. Dia keluar daripada bilik mahu mengambil air di dapur. Alih-alih matanya ternampak abang dan kakak iparnya yang sedang...

Farisa melarikan mata ke badan Nufail. Kelihatan Haur masih menyorokkan mukanya ke dada abangnya.

"Ha sila-sila. Ambiklah air sampai penuh tumbler tu..." Sengih Nufail. Farisa ada rupanya kat rumah ni.

HAUR MILIK NUFAIL [COMPLETE]Where stories live. Discover now