PART 26

358 14 4
                                    



(Chapter ni saya "lajukan" sikit! Enjoy!)

Haur sabar menanti suaminya yang tercinta. Dia duduk sorang-sorang ni pun payah-payah nak tahan gelak. Rasa kelakar.

Nufail pula masih kat dalam tandas. Apalah suami dia ni. Lama-lama kat tandas berak batu ke apa?

Kedengaran pintu dikuak. Suami kesayangan keluar dengan muka yang lesuh dan pucat. Agaknya kalau ditoreh muka Nufail pun tak berdarah sekarang. Haur mengemam bibir. Nak gelak tapi tengok muka Nufail rasa kasihan pulak.

Nufail tenung muka isteri yang tengah tahan gelak. Tak payah nak kemam sangatlah bibir tu. Nak gelak tu gelak je lah. Beria betul tahan gelak. Dahlah dengan kaki dia berhayun-hayun tu.

Ingat comel ke? Tapi memang comel pun!

Dengan langkah longlailah dia menghampiri Haur di birai katil. Wajahnya yang lesu pun sudah tak diendahkan. Penat duk muntah yang tak ada isi. Dahlah bilik ni macam berpusing-pusing dia tengok.

"Sampai hati sayang buat abang macam ni kan?" Gurau Nufail perlahan. Tapi kepala dah terlentok di bahu isteri. Eleh benci aku!

"Hahaha mana ada!" Haur gelak sakan. Eh salah dia pula. Nufail yang buat dia jadi macam ni. Amboi biasher dia ni.

Nufail angkat kepala. "Sejak bila tahu?" Soalnya lagi dengan bibirnya tersenyum lebar.

"Semalam? Hehe..." Jawab Haur tersengih.

Semalam di bilik persalinan Haur dan Acik Sal...

Haur masuk ke tandas dengan sekotak pregnancy test yang dibeli di farmasi berdekatan dengan bangunan syarikat. Kali ini dia keluar senyap-senyap. Tak bagi tau suami dia pun.

Selesai membaca arahan dikotak, Haur memulakan misi.

Pregnancy test ditangan ditenung. Haur menelan air liurnya kesat. Dalam masa yang sama dia juga berdebar. Tidaklah berharap mana pun. Kalau ada rezeki, syukurlah. Takde rezeki, kita cuba lain kali.

Bibir juga digigit berkali-kali. Tak lama lepas tu, ternampak samar-samar garis di pregnancy test tersebut.

Double line.

Haur menutup mulutnya dengan sebelah tangan. Matanya juga mula bergenang. Debaran di dada juga hilang! Kalau dua garis, maksudnya dia...

Pregnant?! Mengandung lagi?!

Hampir sahaja dia melompat tapi teringat ada nyawa kecil di dalam perut dia sekarang. Kuss semangat!

"Patutlah Nufa jadi pelik. Rupanya anak dia punya kerja." Gumam Haur sendiri.

Sesudah tu dia simpan pregnant test tadi ke dalam kotak semula. Selesai membasuh tangan dan muka, dia pun berlagak seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.


Hari ini dia sengaja mengajak Nufail ke klinik Doktor Kina. Katanya Nufail kena pergi check-up ke klinik. Nak tahu kenapa Nufail jadi pelik sejak kebelakangan ni. Padahal Haur nak buat kejutan kepada suami tersayang dia tu.

"Tak Kina. Ulang balik apa kau cakap tadi." Arah Nufail tegas. Rasanya dia salah dengar ni tadi. Macam tak jelas saja pendengaran dia sekarang.

Dahlah orang tengah pening-pening. Telinga pula buat hal.

Doktor Kina cuba menahan ketawa. Nafas ditarik dan dihembus perlahan.

"Tahniah, both of you bakal jadi parents!" Doktor Kina menjawab sambil bertepuk tangan. Gembira bila mendapat tahu Nufail dan isterinya bakal menimang cahaya mata.

HAUR MILIK NUFAIL [COMPLETE]Where stories live. Discover now