"You ada apa-apa ke dengan Nufail?" Suara Farisa memenuhi ruang bilik. Terhenti tangan Haur dari mengelap rambutnya yang basah. Dia sudah pun selesai membersihkan diri.Kerana ketakutan, Haur cuba mengukir senyum.
"Tak—Takde. Kitaorang kawan kerja je Miss." Haur menjawab setenang yang boleh. Miss Farisa ni tadi elok je bercakap dengan dia. Sekarang dah lain pula nada dia.
Kedua mata Farisa tetap menatap wajah Haur yang gelabah. Suka pula dia melihat Haur ni. Dengan tangan dan kaki bersilang, Farisa sekali lagi Farisa bertanya.
"You tahu Along tu duda?" Kening di angkat sebelah. Cuba mahu menduga gadis di hadapannya. Jika tadi itu ada eyelinernya, sekarang wajah itu bersih daripada sebarang solek. Cantik!
Gulp. Itulah bunyi air liur yang ditelan Haur. Sumpah takut dengan Miss Farisa. "Ta— Tahu..." Tersekat-sekat Haur menjawab.
Farisa menghela nafas berat. "You know what? Selama kitaorang kerja sekali, I tak pernah tengok muka dia serisau tadi kat staff dia. Sayang? Tch! Selama empat tahun ni, telinga I tak pernah dengar perkataan "sayang" keluar dari mulut dia untuk mana-mana perempuan selain Mummy. I curious sebenarnya..."
Farisa mula berdiri mendekati Haur yang teguh berdiri dihadapannya. Selangkah dua dia menapak, Farisa menunduk sedikit ke telinga kiri Haur.
"Nufail tu dah fall in love ke?" Bisik halus Farisa dengan sengihnya.
Haur kekal berdiri kaku tanpa menjawab. Sekali lagi liur di telan perlahan. Perasan gugup mula menyelubungi diri. Berduaan dengan Miss Farisa ni benar-benar membuatkan dia lagi merasakan dia dan Nufail tidak layak untuk bersama. Mereka tidak sekufu.
Sudah terang lagi bersuluh kau Haur!
Tuala di tangan di genggam erat. Dia muka menunduk kepalanya ke bawah. Miss Farisa kenapa macam benci kat dia? Dia sedarlah diri dia ni siapa! Dia ni cuma cleaner syarikat!
Melihat wajah sugul Haur, membuatkan Farisa mahu tergelak sendiri. Perempuan ni ke yang dah ketuk pintu hati abang kesayangan dia yang tertutup rapat selama ni?
Rambut Haur yang lembap diselit ke belakang telinga. Tersentak sedikit badan Haur kerana ulah Farisa!
"Kalau betul Along dah fall in love, I harap you pun rasa benda yang sama. I pun dah lama tak merasa ada kakak ipar. Dulu ada kakak ipar pun tak guna." Luah Farisa lagi.
"Eh?" Sedikit terkejut mendengar apa yang dibicarakan Farisa. Kakak ipar?!
Terhenjut-henjut bahu Farisa menahan tawa. Over betul ke lakonan dia tadi? Padahal dia saja-saja nak usik Haur ni. Tapi tak sangka pula menjadi lakonan dia!
"Hahaha cuak ke?! Opps sorry! Garang ke I tadi?!"
Haur mengerdipkan mata beberapa kali. Confuse dia buat seketika dengan adik Nufail ni. Tadi garang, lepas tu okay pula. Biar betul Miss Farisa ni?
"Sorry tau I dah buat you cuak! I gurau je tadi dengan you!Come, I hairdryer kan rambut you!"
"Eh eh takpe. Nanti dia kering sendiri Miss!"
Farisa menarik tangan Haur untuk ke arah sofa. Selepas itu dia masuk ke bilik rehat Nufail dan mengambil hairdryer berjenama mahal milik Nufail.
Haur pula hanya memerhati dalam diam. Mahu dilarang, Farisa sudah keluar dari bilik rehat Nufail dengan hairdryer di tangan.
"Meh sini I buatkan. Oh my god! Bestnya! You tahu tak I dah lama tau nak buat macam ni! Nak keringkan rambut orang. Eh nanti kalau you kahwin dengan Along, I makeup kan you tau! I ada lesen MUA don't worry! Mesti you cantik nanti! Eee tak sabarnya!"
YOU ARE READING
HAUR MILIK NUFAIL [COMPLETE]
Short Story[COMPLETE] 4th MILIK SERIES NAYLAH HAUR x MEGAT NUFAIL Mula-mula kau dan aku, last-last abang sayang 💌 Idea asal dan cerita adalah idea saya sepenuhnya. Penulisan agak ringkas sebab ditulis sekadar suka-suka. Cerita ini tidak ada kaitan dengan oran...