Seperti yang dijanjikan siang tadi, Nufail menelefon Haur untuk berbincang hal mereka. Tetapi sekarang lain pula kejadiannya.Nufail mengajak Haur ke café. Tidak jauh dari rumah Haur. Macam dia katakan siang tadi, dia mahu berdeeptalk dengan gadis itu.
Mahu berbicara soal hati, baik bertemu empat mata. Bolehlah Nufail melihat ekspresi Haur.
"Mummy kirim salam." Serentak Nufail dan Haur melabuhkan punggung ke kerusi.
Haur menjawab salam daripada Puan Fira. Dia pun rindukan wanita itu. Dia tidak ada bertemu dengan Puan Fira selepas dia menumpang di rumah wanita itu beberapa bulan lepas. Hanya Nufail sahaja menjadi orang tengah untuk mereka berkirim salam.
"Daddy tanya kau okay tak. Daddy risau betul kat kau." Tambah Nufail lagi.
Haur kulum senyum. Uncle risau betul dekat dia. Walaupun orang kata Megat Nasreen tu tegas, jarang senyum tetapi dengan Haur elok sahaja Megat Naseer bergelak tawa dengan dia.
Teringat pula masa mula-mula Haur baru sedar yang Megat Naseer dengan Megat Nufail ni anak beranak. Tika itu, kebetulan Haur sedang menunggu lif mahu membeli makanan di bawah.
Buka sahaja pintu lif, kelihatan Megat Naseer dengan Nufail sedang berborak sesama sendiri. Apabila dua beranak itu menatap Haur serentak, barulah Haur tersedar yang Nufail dengan Uncle ni rupanya copy and paste! Punyalah lama otak dia mahu mendigest rupa dua beranak tu.
"Bagi tau Uncle aku okay je. Say thank you to him sebab bagi aku cuti."
Nufail mengangguk faham perlahan-lahan. Air yang dipesan di hirup perlahan. Haur di hadapannya juga diperhati.
"Girl... Apa yang aku cakap siang tadi tu aku ikhlas."
Haur pangguh kepala. Dari tadi dia mengawal perasaannya berhadapan lelaki ini. Dia sendiri tahu Nufail juga menyimpan perasaan yang sama seperti dia.
Dia bukannya bodoh tidak tahu apa yang terjadi selama ini. Rasanya dia sudah cukup dewasa mahu menghadap perkara seperti ini. Mungkin.
Tetapi dirinya merasa dia tidak layak untuk lelaki itu. Katakan saja dia bodoh menolak jodoh di depan matanya sekarang ini. Nufail deserve someone better than her!
"Aku pun nak minta maaf sebab dah peluk kau tadi. Tapi tu bukan masalahnya sekarang. Aku— Aku betul-betul nak kat kau. Kalau sayang pun bukan setakat kawan. Aku mengaku aku selesa berkawan dengan kau. Kalau kau tanya aku bila aku ada perasaan macam ni, aku sendiri tak tahu girl. Tapi bila je aku dengan aku, jantung aku ni. Jantung aku berdegup kencang girl!"
"Kau kena bertanggungjawab girl. Kau dah buat aku tersuka kau. Takkan kau biarkan aku tepuk tangan sendiri?"
Luah Nufail lagi. Terlalu banyak dia mahu luahkan sekarang. Tetapi tempat mereka sekarang tidak sesuai. Ini pun dah pilih tempat kat hujung café dah.
Melihat Haur tanpa reaksi, membuatkan Nufail tertanya sendiri. Gadis itu tampak tenang sekali.
Haur menghela nafas berat. Dia nampak dari mata Nufail. Lelaki ini betul-betul maksudkan setiap bicaranya.
Dia juga sama seperti Nufail. Pintu hatinya yang tertutup rapat selama ini sudah terbuka kerana seorang Megat Nufail. Tidak dinafikan lelaki seperti Nufail boleh melembutkan hati Haur yang "keras". Selama ini pun, bukannya dia tidak berusaha menidakkan perasaan dia terhadap lelaki di hadapannya ini.
Semakin dia menolak Nufail jauh, semakin hampir lelaki itu melangkah ke arahnya.
"Okaylah tu. Tepuk tangan sendiri, berbunyi juga kan?" Balas Haur sambil tersengih. Cuba menghilang suasana janggal antara mereka berdua.
![](https://img.wattpad.com/cover/372019010-288-k873293.jpg)
YOU ARE READING
HAUR MILIK NUFAIL [COMPLETE]
Short Story[COMPLETE] 4th MILIK SERIES NAYLAH HAUR x MEGAT NUFAIL Mula-mula kau dan aku, last-last abang sayang 💌 Idea asal dan cerita adalah idea saya sepenuhnya. Penulisan agak ringkas sebab ditulis sekadar suka-suka. Cerita ini tidak ada kaitan dengan oran...